Kisah Liverpool Dan Rekod: Tak Guna Juara Kalau Tak Pecah Rekod Bro!

Selepas tewas di tangan Arsenal, maka keluarlah satu kenyataan yang menyatakan Liverpool kecewa nak mampus tak dapat pecah satu lagi rekod.

https://twitter.com/AMC_tips/status/1283530847468032000

Lalu ada penyokong Liverpool sendiri melayan juga banter itu.

Ada apa dengan rekod?

Dalam beberapa musim ini Liverpool antara kelab yang hanya ceria dengan rekod.

Rekod individu, seperti Mo Salah dengan pelbagai rekod.

Musim lalu Liverpool menamatkan saingan liga dengan rekod sebagai pasukan naib johan dengan mata terbanyak iaitu 97 mata.

Tahu apa mereka kata?

97 mata pun tak menang liga ke? Jika benar mereka ini memuja pemecah rekod mereka akan menghargai 97 mata itu jauh lebih banyak daripada banyak pasukan juara.

Malang sekali ada pasukan bernama City yang sangat bagus dan mereka still juara walaupun Liverpool ada 97 mata sekalipun.

Dan apa yang mereka kata? Ada apa dengan mata? Kalau 100 mata sekalipun kalau nombor dua tetap menjadi first loser bro.

Malah pada musim yang sama Liverpool memecah rekod pungutan mata mereka sendiri dengan 88, pada April. Dan rekod itu boleh menjadikan mereka juara jika:

Tak guna bro, kalau tak juara. See apa kau dapat? Tak ada, orang akan ingat piala je. Orang tak kisah pasal rekod.

Liverpool berjaya mengelakkan EPL menjadi liga petani dikerjakan Guardiola dengan beza 1 mata. Merekodkan 125 mata terkumpul antara naib juara dan juara.

Masih Liverpool diejek, kenapa? Ya, tak guna bro sebab tak juara. Rekod tak penting.

Banyak lagi rekod Liverpool capai sebelum ini.

Musim lalu, Trent Alexander Arnold menjadi pemain pertahanan dengan rekod assist terbanyak dalam semusim dengan 12.

Sampai masuk buku Guiness tu.

Menewaskan rekod yang dicipta Andy Robertson, rakan dia sendiri dengan 11 dan juga Leighton Baines dan Andy Hinchcliffe juga sebelas.

Duo pertahanan Liverpool menjadi duo pertahanan pertama mencipta 23 assist dalam semusim liga.

Tak guna bro kalau tak juara kan? Rekod tu tak penting.

Lalu wujud agenda mencari point nak memperlekehkan Liverpool selepas kegagalan pandemik menghentikan Liverpool.

Mereka mulai menceritakan bahawa, Liverpool pasukan yang gagal kerana ini?

Orang yang sama memuji Leicester sebagai pasukan legend kerana melepaskan komitmen cup competitions dan juara tunggal EPL.

Sekarang ni macam dah terbalik. Tak guna juara kalau tak quadruple, tak invincible, tak treble, tak ada double, tak pertahankan UCL, tak menang 100% di home dan tak dapat 100 mata ke atas dalam satu musim.

Kau ingat semua benda tu achievable ke? Nak rembat sekali.

Bahkan Sir Alex Ferguson pernah menyatakan, gugurkan saja nama Quadruplet daripada kamus bola sepak. Beliau bengang dengan tekanan media ke atas Man United membuatkan pemain hilang fokus.

Beberapa tahun kemudian Pep Guardiola menyatakan lupakan Quadruple, Atok Fergie yang maha power di EPL pun tak dapat.

Namun bagi mereka di luar sana, sifirnya dah terbalik: Tak guna juara kalau tak quadruple, tak invincible, tak treble, tak ada double, tak pertahankan UCL, tak menang 100% di home dan tak dapat 100 mata ke atas dalam satu musim.

Namun seperti yang dikatakan sebentar tadi, tak guna juara kalau tak pecah rekod.

Daripada pasukan yang dianggap hidup di alam silam, kini kita diserang dengan kejayaan pasukan mereka pada berdekad yang lalu.

Ya, mereka kata: Tak guna juara kalau tak pecah rekod.

Baiklah, kita sembang pasal rekod pulan musim ni.

1. Liverpool tamatkan penantian 30 tahun

Rekod pertama, Liverpool menamatkan kemarau EPL dalam masa 30 tahun. Dalam erti kata lain, Liverpool adalah current champion, pasukan yang paling baru melahirkan EPL.

2. Juara paling rakus dan tak sabar

Alisson seperti seorang YB

Liverpool mengesahkan kejuaraan mereka selepas 31 perlawanan sahaja.

3. Guard of honor terbanyak

Liverpool menjadi pasukan paling banyak menerima Guard Of Honor dengan 7 kali kerana baki 7 perlawanan. Terbanyak sebelum ini adalah 5 kali.

4. Juara paling lewat

Ni kira rekod juga. Mungkin suatu hari nanti ada peristiwa yang sama menghalang EPL ditamatkan awal. Harap tak berulang la benda serupa ini.

Liverpool pasukan pertama disahkan juara pada lewat Jun. Dan mungkin rekod ni tak akan dipecahkan lagi?

5. Paling bernafsu kuda tewaskan semua lawan

Liverpool memerlukan 31 perlawanan untuk menewaskan semua lawan dalam liga.

Hanya 5 pasukan yang pernah menewaskan kesemua lawan mereka sekurang kurangnya sekali dalam satu musim โ€“ Manchester United (2010/11) โ€“ Chelsea (2005/06) melakukannya dalam gameweek ke-36.

Namun rekod sebelum ini dipegang skuad Man City di bawah Guardiola, di mana mereka merembat kesemua lawan mereka dengan rekod sama pada perlawanan ke-32 dan pada perlawanan ke-33 mereka tewas di tangan United di bawah Mourinho. Ingat lagi kes insiden, City bawa baju kejuaraan ke Old Trafford?

City 2018/19 juga menewaskan kesemua lawan mereka dalam semusim.

6. Rekod kemenangan straight paling buas di rumah sendiri dalam sejarah โ€“ 24 perlawanan

Kemenangan Liverpool 3-2 ke atas West Ham United pada 24 Februari adalah kemenangan ke-21 mereka di Liga Perdana Inggeris berturut-turut, mengalahkan rekod Man City sebanyak 20, yang dicapai antara 2011 dan 2012.

7. Jarak pendahuluan paling padu

Liverpool pernah berada di puncak liga dengan jarak 25 mata. Paling banyak.

Mereka terus menambah rekod ini kepada 24 dengan kemenangan atas AFC Bournemouth, Crystal Palace dan Aston Villa di Anfield.

Social distancing katakan.

8. Mengepau mata paling banyak selepas 38 perlawanan

Dengan kemenangan 1-0 di Tottenham Hotspur pada 11 Januari, Liverpool mencatat rekod 104 mata dari 38 perlawanan Liga Perdana, mengalahkan 102 yang dicapai oleh Manchester City dan Chelsea, masing-masing berakhir pada 2018 dan 2005.

Liverpool menambah rekod mereka kepada 110 mata daripada 38 perlawanan (W36 D2 L0) setelah menewaskan West Ham United 3-2 pada Februari.

9. Paling gelojoh dapatkan kemenangan ke-30

Kemenangan 3-1 di Brighton & Hove Albion pada 8 Julai adalah yang ke-30 untuk The Reds musim ini, dan mereka mencatat kemenangan itu dalam 34 perlawanan.

10. Permulaan terbaik yang pernah ada

Ketika Liverpool meraih 61 mata dari 21 perlawanan pembukaan mereka, itu adalah rekod terbanyak yang pernah dikumpulkan pada tahap itu di mana-mana lima liga teratas Eropah.

Mereka terus menambah rekod, memenangi enam perlawanan berikut untuk meraih 79 mata dari 27 perlawanan pertama mereka sebelum tewas di Watford.

Ok itu cerita 10 rekod Liverpool. Tapi kalau Liverpool juara, orang akan kata, tak guna bro pecah rekod banyak banyak tapi tak juara.

Dan aku nak cakap, aku boleh swap mana mana saja rekod asalkan Liverpool juara liga kan.

Tak tau kau la huhu. Kau nak kalah semua game lepas juara ni pun lantak kau la Liverpool. Aku puas hati gila dengan kau.

Tak kisah la tak quadruple, tak invincible, tak treble, tak ada double, tak pertahankan UCL, tak menang 100% di home dan tak dapat 100 mata ke atas dalam satu musim, yang penting dah terlepas satu penantian iaitu EPL. Dan penantian yang satu lagi musim lalu iaitu UCL, dengan status juara Eropah (masih dikira current champion masa artikel ini ditulis menggunakan kilmetrico), Juara Inggeris dan Juara Dunia.

Semuanya berlaku pada dua musim terakhir ini. Kita cuma harapkan yang terbaik daripada Liverpool pada musim mendatang. Buat masa ni, bergembiralah dengan yang sedia ada.

Rekod adalah rekod dan piala adalah piala. Yang pasti rekod itu penting tanda kau dapat sesuatu, pengiktirafan kau buat benda power. Namun piala walaupun sebijik, ia tetap di atas segala rekod.

Tak salah nak mengagungkan rekod sebab tu hak engkau. Tapi tak semestinya rekod yang padu itu menjadikan kau juara ye tak? Lebih indah rekod piala dan diakhiri dengan piala.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan