Pada 2018, beberapa hari sebelum Piala Dunia 2018 bermula, kem Sepanyol bergolak. Ini apabila pengurus mereka Julen Lopetegui telah dipecat.
Lopetegui dan Sepanyol tampil sebagai pasukan yang sangat menggerunkan ketika pusingan kelayakan. Mereka dianggap sebagai calon juara unuk edisi 2018.
Malangnya, Lopetegui telah dipecat dan ianya jelas memberikan kesan kepada kempen Piala Dunia Sepanyol pada masa itu.
Ketika media membuat liputan Piala Dunia yang mereka fikir Sepanyol boleh menang, di Sepanyol, keluar laporan menyatakan: “Julen Lopetegui sudah mengesahkan dia akan pergi ke Real Madrid.”
Bilik pejabat Presiden RFEF (Persatuan Bola Sepak Sepanyol), iaitu Luis Rubiales bergegar ketika itu. Mereka menganggap ianya laporan palsu. Satu siasatan dijalankan dan keadaan ditenangkan seketika.
Rubiales mendengar laporan menyebut bahawa Lopetegui sudah menandatangani kontrak dengan pasukan lain.
Namun kemuncak kepada perkara itu apabila Real Madrid mengumumkan secara rasmi bahawa Lopetegui akan menjadi pengurus baharu kelab mereka selepas tamat kempen Piala Dunia 2018. Lopetegui diberikan kontrak 3 tahun dengan gaji lebih lumayan.
Real Madrid have announced that Julen Lopetegui will take over as Los Blancos manager after the World Cup in Russia. pic.twitter.com/uwEso77S5K
— ESPN FC (@ESPNFC) June 12, 2018
Pada 2 bulan sebelum itu, Lopetegui sudah setuju dengan lanjutan kontrak sehingga Euron 2020.
Namun Real Madrid mengumumkan bahawa mereka akan membayar klausa pelepasan pada kontrak Lopetegui.
Selepas disiasat, ternyata Lopetegui dan Real Madrid sudah melakukan kesepakatan menggunakan pintu belakang ketika pengurus itu masih bergelar pengurus Sepanyol.
Tekanan dirasai RFEF. Ada pihak menyatakan bahawa, ianya bukan langkah bijak untuk memecat Lopetegui kerana kempen Piala Dunia 2018 adalah peluang untuk Sepanyol bangkit dan boleh menjuarainya.
Namun satu pihak lagi mencabar RFEF, takkan tak ada telor nak memecat jurulatih yang terang terangan tidak profesional, melakukan perjanjian pintu belakang.
Lalu RFEF memutuskan untuk memecat Lopetegui.
Pengarah sukan Sepanyol, Fernando Hierro, mengambil alih sebagai inter. Tugas pertamanya ialah mengambil sesi latihan terakhir sebelum perlawanan pembukaan mereka.
Dia hanya mempunyai pengalaman pengurusan setahun – semusim di divisyen dua Real Oviedo – dan tidak pasti dia akan menguruskan lagi mana mana kelab selepas itu.
Dia sebenarnya tidak mahu dengan pekerjaan tersebut, malah tidak pernah memikirkannya, kerana dia melihat Lopetegui sudah sempurna berada di sana.
Namun seseorang terpaksa melakukannya dan menggalas cabaran itu.
Walaupun berjaya melepasi cabaran peringkat kumpulan, namun Sepanyol disingkirkan Rusia pada 16 akhir menerusi penentuan penalti.
Di mana Hierro ketika itu mengakui bahawa sebenarnya, Sepanyol sudah ‘kalah’ sejak sepak mula pertama lagi. Mentaliti pemain jadi tidak menentu. Mereka serba kebingungan dan kekeliruan.
Kekalahan itu sudah biasa dalam bola sepak, namun pada malam mereka disingkirkan Rusia, para pemain dalam keadaan sangat sunyi dan pelik, menurut Hierro. Mereka benar benar kecewa dan tidak tahu nak merumuskan apa sebenarnya berlaku.
“Ia tidak harus berakhir begini dan juga tidak sepatutnya bermula seperti ini,” kata Hierro.
Lopetegui memulakan tugasannya di Real Madrid menggantikan Zinedine Zidane. Alasan utama melantik Lopetegui kerana Perez mahukan Real Madrid bermain bola sepak lebih moden. Walaupun Zidane memberikan mereka UCL pada masa itu, namun Real Madrid kerap digelar pasukan pragmatik.
BREAKING: Julen Lopetegui is on the verge of getting sacked by Spain one day before the World Cup after being announced as Real Madrid manager. (Source: Daily Mirror) pic.twitter.com/B9i6IIam54
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 13, 2018
Keadaan Lopetegui di Real Madrid pun tidak sebaik yang dia harapkan. Dia bergelut mengendalikan pasukan tersebut.
Ayahnya mendedahkan bahawa, salah satu sebabnya adalah, Perez campur tangan dalam isu jual beli serta kontrak pemain. Lebih mengejutkan Perez menjual Ronaldo ke Juventus, sedangkan dalam perbincangan mereka sebelum ini, Lopetegui mahu membina pasukan berasaskan Ronaldo.
Itu tidak berlaku, dan Real Madrid menukar polisi pembelian pemain mereka dan kurang berbelanja.
Akhirnya, hanya beberapa bulan kemudian dia dipecat daripada jawatannya di Real Madrid kerana dianggap pengurus yang teruk.
Lopetegui has been sacked and Santiago Solari has officially been announced the new Manager of Real Madrid [OFFICIAL]
.#RealMadrid pic.twitter.com/Qx3mwqDlWr— Nouman (@nomifooty) October 29, 2018