Kisah Luar Biasa Filip Panak Yang Pernah Hampir Mati Dan Kini Jadi MOTM Aksi UCL

Filip Panak menghabiskan masa 822 harinya di bilik rawatan. Ini kerana penyakit buah pinggang dan hati yang melandanya.

Dia melalui detik sukar daripada 2018 sehingga 2022. Dalam tempoh itu dia tidak memikirkan langsung akan kembali bermain bola sepak semula.

Dia cuma memikirkan cara untuk terus hidup dan melawan penyakitnya. Bermain bola sepak di halaman rumahnya pun pada satu ketika dia tidak mampu melakukannya.

Semalam dia dilantik menjadi kapten Sparta Praha dalam aksi Liga Juara Juara Eropah. Dan membantu kelab itu memenangi perlawanan UCL pertama sejak 21 tahun.

Kali terakhir kelab itu menang dalam pentas perlawanan UCL adalah pada 2003. Panak menjadi arkitek kemenangan Sparta. Di mana mereka menang ke atas RB Salzburg dengan skor 3-0 di Arena Epet.

Musim ini adalah penampilan pertama mereka di UCL sejak 19 tahun lamanya. Dan mereka berjaya menamatkan kemarau kemenangan di UCL dengan bergaya.

Kaan Kairinen membuka tirai jaringan untuk pasukannya sebelum Olatunji menambah gol kedua pada minit ke-42 selepas menerima hantaran daripada kapten, Filip Panak.

Olatunji kemudian menjadi penyumbang assist untuk gol ketiga yang disudahkan oleh Qazim Laci.

Selepas tamat perlawanan Filip Panak diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan. Ianya menjadi kisah luar biasa untuk pemain tersebut. Yang sebelum ini bertarung nyawa untuk hidup.

Kini dia kembali semula ke lapangan rumput hijau melakukan kerja yang dia cintai.