Tanpa Di Maria, Messi tak akan menang final dengan Argentina. Itu antara ayat yang disebut oleh peminat bola sepak. Tanpa menafikan kehebatan Messi, namun ada satu kisah unik tentang perjalanan karier Lionel Messi bersama pasukan kebangsaan.
Di Maria adalah pemain yang penting untuk membantu Messi mencipta legasinya bersama dengan Argentina.
Di Maria merupakan big game player yang sentiasa menjaringkan gol dalam aksi final ketika dia diperlukan. Dan setiap kali ada gol Angel Di Maria dalam final melibatkan Argentina dan Lionel Messi, maka mereka akan menjadi juara.
Bagi peminat Argentina, gol Di Maria adalah magis. Namun bagi peminat lawan mereka, gol Di Maria adalah venom, racun berbisa yang membuatkan mereka akan menangis.
Di Maria dan Messi: Kisah gandingan tertulis di bintang
Angel Di Maria dan Lionel Messi sudah tentunya akan dikenang sebagai legenda Argentina.
Gandingan mereka pertama kali mencipta kejayaan pada Sukan Olimpik 2008. Di mana gol tunggal Angel Di Maria memberikan pingat emas buat skuad belia Argentina.
Kedua dua mereka sebelum itu memenangi Piala Dunia B-20.
Karier mereka berdua kemudian melalui fasa baharu iaitu beraksi dalam pasukan senior ataupun pasukan utama La Abiceleste.
Jersi yang sudah melahirkan ramai legenda termasuk Diego Maradona yang dianggap antara yang terbaik sepanjang zaman. Seringkali dibandingkan dengan Pele.
Setelah negara mereka kemarau kejuaraan major, Angel Di Maria dan Lionel Messi menjadi tunjang kepada negara mereka untuk memenangi Copa America 2021.
Menamatkan kemarau kejuaraan sejak 1993. Itulah kejayaan pertama Messi sebagai kapten Argentina untuk piala antarabangsa major.
Sebelum itu Messi sudah memutuskan untuk bersara selepas kalah 3 kali final berturut turut.
Gol tunggal Angel Di Maria pada final Copa America 2021 membolehkan Messi mendakap piala yang selayaknya dia dapat bersama negaranya.
Media mulai mengenang magis gol final Di Maria. Di mana Messi menikmati kejayaan Olimpik dengan merangkul emas kerana gol Di Maria. Kali ini gol Di Maria membolehkan Messi menjulang Copa America.
Agak menarik kerana pada final Piala Dunia 2014, Angel Di Maria tidak dapat beraksi. Dan Argentina kalah dalam aksi tersebut kerana gol Mario Gotze.
Ángel Di María: 'We lost the World Cup, and I couldn’t control anything. It was the most difficult day of my life.'
From eight years ago, to now. pic.twitter.com/LEw4kuRgCD
— Players' Tribune Football (@TPTFootball) December 19, 2022
8 tahun selepas final itu, Angel Di Maria dan Lionel Messi sudah berstatus pemain veteran. Namun mereka masih lagi pemain elit dalam bola sepak.
Angel Di Maria berada dalam senarai kesebelasan utama Argentina bersama Messi. Satu perasaan yang indah di dalam hati peminat Argentina.
Kerana jika ada Angel Di Maria bersama Messi, biasanya perkara yang baik akan berlaku. Selepas kejayaan menjulang Copa America, Di Maria menjaringkan gol dalam final Finalissima menentang Itali. Pertemuan antara Juara Amerika Selatan dengan Juara Eropah. Di mana Argentina menang 3-0. Sekali lagi Argentina juara setiap kali Di Maria menjaringkan gol dalam final.
Angel Di Maria menguatkan lagi statusnya sebagai big game player dengan menjaringkan gol pembukaan pada final. Lantas sudah ada yang meramalkan bahawa Messi akhirnya akan menjulang Piala Dunia kerana gol final Di Maria.
Perlawanan kali ini tidak ditentukan oleh gol tunggal Di Maria. Kerana Perancis ternyata memiliki pemain istimewa bernama Kylian Mbappe. Rakan sepasukan Messi di PSG dan bekas rakan sepasukan Di Maria di kelab itu.
Hatrik Mbappe menangguhkan kejuaraan Argentina 2 kali dalam final itu. Membuatkan Di Maria kelihatan hampir menitiskan air mata di bangku simpanan. Dia menjadi tak keruan.
Dan akhirnya mereka menjadi juara menerusi kemenangan penentuan penalti 4-2.
2005—Di María and Messi win the U20 World Cup
2008—Win Olympic gold (Messi assists Di María winner)
2014—Lose in the World Cup final to Germany
2021—Win the Copa América on a Di María goal
2022—Both score in the World Cup finalTogether 🤗 pic.twitter.com/g77NHwBQPI
— B/R Football (@brfootball) December 18, 2022
Ángel Di María:
-Scored the lone goal to win the Gold in the 2008 Olympics
-Delivered a MOTM performance to secure La Décima for Real Madrid
-Scored the lone goal to win the 2021 Copa América
-Scored and drew a penalty in the 2022 World Cup Final
Legend of the game. pic.twitter.com/S39J9tK4cr
— Zach Lowy (@ZachLowy) December 18, 2022
Nama Angel Di Maria mungkin tidak terlalu banyak ditulis seperti Lionel Messi. Namun Di Maria sentiasa begitu. Dia selesa menjadi wira tak didendang dan melihat kebahagiaan rakyat Argentina termasuk kapten Messi.
Penyokong Argentina di dalam stadium menjerit bersorak nama Di Maria. Membuatkan dia mengalirkan air mata.
Quite moving piece of video as Angel Di Maria breaks down in tears when Argentina fans chant his name after yesterday’s World Cup win. Cinematic in both its style and Di Maria’s raw emotion. 🇦🇷❤️pic.twitter.com/DraTlzOLEl
— Men in Blazers (@MenInBlazers) December 19, 2022
Lionel Messi turut berpelukan dengan Di Maria. Lihatlah sendiri bagaimana Messi benar benar menghargai seorang insan bernama Di Maria.
the hug between messi and di maria hits different pic.twitter.com/Ojc2m1fhOC
— Aliona (@aliona_a_) December 20, 2022
Mungkin lepas ni Messi boleh masukkan lagu ni dalam spotify dia: