Kisah Malam Neville Puas Hati Dapat Sabotaj Cristiano Ronaldo

“Ini memalukan, potonglah rumput tu,” tegas Ronaldo hampa ketika beliau menghampiri bekas kaptennya Gary Neville.

Ronaldo tahu padang pada hari itu direka untuk menyukarkan beliau menggelecek.

Namun bingkas Neville membalas: “Tidak sama sekali.”

Legenda Manchester United, Gary Neville mengakui pernah mesabotaj seorang lagi legenda United — Cristiano Ronaldo.

Ini dengan sengaja mengarahkan groundsman agar membiarkan rumput panjang di Mestalla ketika pertemuan La Liga di antara Valencia dan Real Madrid.

Neville juga mengarahkan agar padang itu dibiarkan kering dan tidak lembap. Valencia berlatih dalam keadaan padang tersebut sebelum perlawanan.

Real Madrid pasti menjangkakan mereka akan bermain di padang yang cantik seperti biasa di Mestalla.

Gary Neville menyatakan beliau sengaja mensabotaj Cristiano Ronaldo dengan padang seperti tempat bercucuk tanam.

Gary Neville tidak menikmati karier yang indah ketika melatih kelab Sepanyol itu. Dan hanya bertahan kurang dari empat bulan.

Bagaimanapun, beliau berjaya memastikan pasukannya mendapat mata dalam aksi menentang Real Madrid.

Neville puas hati

Pasukan serba bintang Real Madrid ketika itu pulang hanya dengan satu mata selepas seri 2-2.

Neville menggunakan apa yang dipanggil kelebihan tempat sendiri / home advantage. Di mana beliau menggunakan taktik long grass / rumput panjang untuk merosakkan gaya permainan Real Madrid.

Ronaldo tidak dapat bermain baik kerana terpaksa bermain di atas permukaan padang seperti itu.

Tetapi Neville gembira dengan kejayaan menggagalkan pemenang lima kali Ballon d’Or dan juga bekas rakan sepasukan Old Trafford.

Neville memberitahu podcast Script Off — Sky Sports: “Ketika seri 2-2 dengan Real Madrid, ketika itu kami hampir memenanginya pada lewat aksi, dalam malam yang luar biasa.”

“Rafa Benitez adalah pengurus Madrid dan itu adalah perlawanan terakhirnya sebelum dia dipecat.”

Neville menyatakan fokus utama mereka adalah mahu melambatkan tempo permainan Real Madrid dan menyukarkan gerakan pemain yang laju seperti Ronaldo dan Gareth Bale.

Jelas sekali mereka berjaya memberikan malam yang sangat sukar kepada Ronaldo dan Gareth Bale.

Ronaldo, tidak dapat menggelecek langsung pada malam itu, dikerjakan oleh Neville.

“Apa yang saya paling ingat mengenai permainan itu adalah taktik kami membiarkan rumput yang sangat panjang dan kami tidak menyiram padang sehingga bola tidak akan bergerak dengan cepat.”

“Itu juga akan memperlambatkan lagi Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.”

“Ia seperti ladang tani.”

“Cristiano datang kepada saya sebelum perlawanan dan berkata ‘itu memalukan, potonglah rumput padang tu’ – saya berkata ‘tidak sama sekali’.”

“Cristiano Ronaldo langsung tidak dapat menggelecek pada malam itu.”

Taktik yang sama pernah digunakan oleh Jose Mourinho ketika menguruskan pasukan Chelsea, yang ketika itu berhadapan dengan Barcelona.

Beliau membiarkan padang rosak untuk menyukarkan taktikal hantaran rendah Barcelona.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.