Ketika berusia 7 tahun, Maria Yuryevna Sharapova dan ayahnya meninggalkan Rusia untuk berpindah ke Amerika Syarikat (AS).
Pada hari mereka tiba di AS, ayahnya cuma ada $700 ataupun sekitar RM2,800 di dalam simpanannya.
Maria Sharapova dipanggil Masha oleh keluarganya. Ayahnya sanggup ke Amerika Syarikat demi karier Maria Sharapova.
Meninggalkan Nyagan
Maria Sharapova lahir di Nyaga. Namun ayahnya – Yury – mahu Masha mendapat pendidikan yang terbaik. Beliau memutuskan untuk keluar daripada pekan kecil Nyagan di Siberia.
Sebab lain Yury mahu keluar dari Nyagan adalah kerana bencana Chernobyl. Yury risau anak dan isterinya, Elena akan terkena impak daripadanya.
Mereka mulai tinggal di Sochi bersama dengan rakannya Alexandr Kafelnikov yang menerima kedatangan mereka untuk berteduh sementara di rumahnya.
Cinta kepada tenis berputik
Pada harijadi Maria Sharapova yang keempat, Yury telah menghadiakannya reket tenis. Itulah pertemuan pertama Masha dengan raket tenis.
Dan cintanya kepada tenis berputik dan ia telah menjadi sebahagian penting daripada hidupnya selepas itu.
Maria seringkali bermin tenis dengan ayahnya. Dan bakatnya mulai dikesan oleh jurulatih profesional Yuri Yutkin.
Yutkin melihat pergelangan tangan Maria Sharapova sangat baik dan memiliki gaya pukulan yang padu.
Nasihat Martina Navratilova
Pada usianya 6 tahun, Maria Sharapova menyertai klinik tenis di Moscow anjuran pemain wanita nombor 1 dunia ketika itu – Martina Navratilova.
Martina juga melihat bakat yang ada ada Sharapova dan memberikan kata kata semangat agar beliau terus mengejar impiannya.
Martina mencadangkan Sharapova untuk terus berguru di Bollettieri Tennis Academy, yang menawarkan latihan profesional di Amerika Syarikat.
Kerana bakat Sharapova dilihat bukanya biasa biasa dan perlu dikembang dan dibangungkan dengan sebaiknya.
Nick Bollettieri Tennis Academy di Florida merupakan tempat lahirnya nama-nama seperti Andre Agassi, Monica Seles, dan Anna Kournikova.
Lalu ayahna memutuskan untuk pergi ke AS. Beliau percaya dengan Martina Navratilova.
Akibat ada isu dengan visa, ibunya, Elena tidak dapat menyertai mereka ketika itu. Terpaksa menunggu 2 tahun. Ibunya berasal dari Belarus.
Di sana, ayahnya mengambil upah dengan membuat apa sahaja kerja demi membayar yuran tenis Sharapova.
Menuai hasil
Nasib keluarga mereka berubah apabila Maria Sharapova membangun sebagai pemain tenis pada usia yang sangat muda.
Pada umur 17 tahun, Maria Sharapova sudah mampu meraih $723,000 daripada kejuaraan Grand Slam pertamanya pada 2004. Dan kemudian, beliau memenangi empat lagi Grand Slam di dalam kariernya.
Sharapova mulai menggegar dunia tenis profesional ketika berusia 17 tahun – ketika memenangi Wimbledon pada 2004. Beliau kemudian melengkapkan kariernya dengan kerjaya Grand Slam dengan dua gelaran di Terbuka Perancis dan satu di Terbuka A.S. dan Terbuka Australia.
Sharapova – Serena
Dalam kariernya juga, Sharapova menjadi penggugat utama dominasi beradil Williams iaitu Venus dan Serena Williams yang ketika itu sangat sukar dikalahkan.
Serena Williams kemudian menjadi musuh utama Sharapova di dalam gelanggang. Pemain tenis sensasi AS itu pada satu ketika dilihat langsung tiada kelemahan. Tetapi setiap kali berdepan Sharapova beliau berdepan masalah.
Pertemuan pertama mereka adalah pada 2004, di mana Williams menewaskan Sharapova di terbuka Miami. Namun pada akahir tahun 2004, Sharapova menewaskan Serena untuk menjuarai kejohanan Wimbledon pada usianya hanya 17 tahun.
Tahun yang sama Sharapova mengekalkan rekod cemerlangnya ke atas Williams. Kali ini belia menewaskan Serena di final Jelajah WTA. Namun tahun berikutnya, Williams membalas dendam dengan menyingkirkan Sharapova daripada Terbuka Australia di peringkat separuh akhir.
Pada 2007, Williams menang dalam Terbuka Australia. Dalam final beliau menewaskan Sharapova.
Lalu perseteruan mereka mulai menjadi panas. Malah Maria Sharapova pernah menyatakan bahawa beliau tidak pasti sama ada beliau boleh berkawan dengan Serena Williams.
Namun selepas itu Serena Williams terus mendominasi Sharapova termasuk rekod 7 kemenangan berturut turut.
Perseteruan mereka dianggap salah satu perseteruan paling sengit dalam sejarah WTA. Walaupun pada rekod, Williams menguasainya. Namun realitinya, Maria Sharapova sentiasa memberikan saingan sukar termasuk drama yang berlaku sepanjang perseteruan mereka.
Serena Williams berada di satu zaman di mana tenis wanita digelar pada zaman lemah / weak era berbanding dengan sebelumnya. Namun Maria Sharapova ada di sana memberikannya masalah.
Serena terlalu unggul. Fizikalnya dibentuk dengan sains sukan yang luar biasa, membuatkan fizikalnya seperti lelaki. Sangat kuat. Berbeza dengan pemain tenis lain yang ketika itu kekal feminin.
Selepas apa yang dilakukan oleh Serena, maka barulah semakin ramai pemain wanita yang menggunakan latihan keras seperti beliau.
Skandal doping
Dalam kariernya ada fasa yang paling teruk di mana Sharapova dikenakan penggantungan selama 15 bulan selepas gagal menjalani ujian doping pada tahun 2016.
Sejak penggantungan itu, Sharapova berjaya mara ke satu pusingan suku akhir dalam kejohanan utama.
Begitu banyak kejayaan di gelanggang tenis dan juga diberikan perhatian yang sangat tinggi oleh media kerana popularitinya – beliau menjadi antara atlet dengan hak imej tertinggi pada generasinya.
Sharapova menamatkan karier dengan tewas empat perlawanan berturut-turut di kejohanan Grand Slam.
Yang terakhir adalah di Terbuka Australia, di mana beliau kalah 6-3, 6-4 di tangan Donna Vekic.
Kekalahan yang menolak Maria Sharapova jatuh keluar dari ranking 350 teratas. Beliau berada di kedudukan ranking ke-373 minggu ini.
Ketika ditanya selepas kekalahan itu sama ada ia mungkin penampilan terakhir di Melbourne Park, di mana beliau pernah memenangi trofi pada 2008 – Sharapova berulang kali menjawab dengan “Saya tidak tahu.”
Badannya sudah berkata tidak
Tetapi kesakitan di bahu kanannya telah menjadi masalah utama selama bertahun-tahun. Maria Sharapova bermain sebanyak 15 perlawanan pada musim terakhirnya, dengan rekod 8-7.
Sharapova berkata: “Saya telah melakukan usaha yang betul di dalam kerja saya.”
“Namun tiada jaminan, walaupun anda telah melakukan semua itu, anda akan dijanjikan kemenangan di pusingan pertama, pusingan ketiga ataupun di final.”
“Sebab itu, sangat istimewa apabila anda menjadi juara, walaupun hanya sekali.”
Selamat tinggal tenis
“Tenis telah memperkenalkan saya kepada dunia dan menujukkan bahawa saya lahir untuk apa?”
"Tennis showed me the world – and it showed me what I was made of."
After a career spanning 28 years, and after winning five Grand Slams, Maria Sharapova has had her final "game, set and match".
— BBC Sport (@BBCSport) February 26, 2020
“Saya masih mentah untuk semua ini, jadi maafkan saya. Tenis – saya ucapkan selamat tinggal.”
“Kenang kembali, saya sedar bahawa tenis telah menjadi gunung dalam hidup saya. Jejak langkah saya telah dipenuhi dengan lembah berliku. Namun pandangan daripada puncak adalah luar biasa.”
“Selepas 28 tahun dengan 5 kejuaraan Grand Slam, saya sudah bersedia untuk mendaki satu lagi gunung, untuk bersaing dengan permukaan bumi yang berbeza.”
“Namun, untuk mengejar kejayaan itu, semangat itu tidak akan pernah berkurangan. Tidak kira apa yang akan berlaku, saya akan menggunakan fokus yang sama, etika kerja yang sama, dan semua pelajaran yang saya telah pelajari di sepanjang jalan.”
“Sementara itu, ada beberapa perkara mudah yang saya tak sabar untuk nikmati: Bangun dengan keluarga saya menghirup secawan kopi pada pagi. Hujung minggu yang tidak dapat dijangka. Menentukan sendiri jadual ‘workout’ saya. (hello, kelas tarian!) ”
“Di belakang pintu tertutup, 30 minit sebelum melangkah ke dalam gelanggang, saya perlu melakukan beberapa prosedur untuk mengurangkan kesakitan pada bahu saya untuk membolehkan saya beraksi.”
“Kecederaan bahu bukanlah sesuatu yang baru bagi saya – sudah sekian lama tendon saya telah menjadi satu kesakitan menemani.”
“Saya telah banyak melalui pembedahan – sekali pada tahun 2008, satu lagi prosedur pada tahun lepas – dan saya telah menghabiskan banyak untuk terapi fizikal.”
Sharapova menyatakan dalam perlawanan terakhir beliau, dia merasakan langkahan masuk ke gelanggang pada hari ini ibarat satu kejayaan terakhir beliau di dalam tenis.
Sukar untuk beliau melawan kesakitannya.
“Hanya melangkah ke gelanggang hari itu merasakan ia seperti kemenangan terakhir, sudah tentu ia hanya menjadi langkah pertama menuju kemenangan.”
Bersara dengan RM1.37 billion
Semasa persaraannya, beliau adalah pemain tenis wanita ketiga tertinggi di dunia dari segi pendapatan daripada bonus kemenangan, dan pemain tenis wanita paling tinggi pendapatan secara keseluruhan, dengan jumlah pendapatan iklan dan lain lain lagi.
Business Insider mengesahkan Maria Sharapova bersara dengan wang sebanyak $38.8 juta / RM157 juta daripada bonus kemenangannya sahaja.
Beliau memiliki pakej yang lengkap. Wajahnya yang jelita dengan kehebatan di gelanggang tenis membuatkan Maria Sharapova ibarat Cristiano Ronaldo di lapangan tenis wanita.
Atlet yang mampu menarik ramai penaja. Sepanjang karier profesionalnya selama 17 tahun, Sharapova telah meraih berjuta-juta dolar hasil tajaan dan kerjasama dengan syarikat syarikat besar seperti Nike dan Evian.
Maria Sharapova turut memiliki jenama gula gulanya sendiri. Oleh itu, Forbers menganggarkan pendapatan Maria Sharapova sepanjang kerjayanya adalah $325 juta ataupun RM1.37 billion – hasil daripada hak imej dan juga bonus kemenangan.
Legenda yang akan diingati selamanya. Terima kasih!