Kisah Menarik Nota Botol Air Krul Yang Diinspirasi Daripada Van Der Sar

Ramai menganggap Tim Krul sebagai salah seorang penyelamat penalti yang terbaik dalam sejarah bola sepak.

Beliau pernah dimasukkan oleh Louis van Gaal hanya semata mata penalty shoot out.

Dalam aksi berhadapan dengan Spurs pada musim lalu, Tim Krul sekali lagi menjadi wira pasukannya dengan menafikan 2 penalti lawan untuk membolehkan Norwich menyingkirkan Spurs daripada pusingan kelima.

Namun di sebalik kejayaan itu Krul menyatakan ia adalah kerana persediaan, dan bukannya bergantung kepada bakat semata mata.

Apa tips yang diberikan Krul? Ya dia memakai nota pada botol. Walaupun nampak agak kelakar, namun itu tanda persiapan rapi yang mereka.

Analisis ketepatan nota

Apa yang ditulis pada nota pada botol air Tim Krul. Ianya berupa nota peringatan kepada Krul ke mana beliau melayangkan badan.

No 6. Sanchez (kanan)
No 18. Lo Celso (left)
No 15. Dier (kanan)
No 30. Gedson (Stand)
No 52. Parrott (kanan)
No 11. Lamela (kiri)
No 29. Skipp (Kiri)

Sejauh manakah ketepatan nota beliau ini?

Pada penalti Eric Dier, nota mengarahkan beliau melayangkan badan ke kanan dan Dier benar benar menuju ke kanannya. Namun bola gagal diselamatkan.

Kemudian, Lamela mengambil sepakan namun rembatannya tinggi. Nota Krul kali ini silap. Dia menulis kiri. Lamela tembak ke kanan.

Namun jelas sekali Lamela agak lemah nak merembat ke titik kanan.

Seterusnya adalah Giovani Lo Celso. Krul melompat ke sebelah kiri seperti mana yang tertulis pada notanya. Malangnya kali ini beliau tersilap dan rembatan pemain Argentina itu ke sebelah kanan dan masuk.

Troy Parrot pula tampil dan pemain itu merembat ke arah yang sama dengan tertera pada nota Krul. Bola berjaya diselamatkan.

Akhir sekali Gedson Fernandes mengambil sepakan. Pada nota Tim Krul beliau tidak dapat meletakkan arah yang mana satu. Tim Krul mahu menunggu beberapa detik sebelum melompat.

Kerana jika korang perhatikan apa yang Tim Krul lakukan beliau mengambil sedikit masa sebelum melompat.

Krul melakukan save mudah.

Beliau dan rakan-rakannya kegirangan meraikan kemenangan mereka di dalam penentuan sepakan penalti.

Persiapan yang rapi

Secara keseluruhan beliau telah mencatatkan nota yang baik.

Di mana ada tiga penalti menuju ke arah yang ditetapkan oleh beliau daripada 5 sepakan.

“Begitulah bagaimana ia dilakukan. Sebagai penjaga gol sejak dari kecil kamu akan berimpian untuk menjadi wira yang menyelamatkan penalti dan membantu pasukan kamu menang. Saya sangat-sangat emosi pada hari ini.”

“Para jurulatih dan saya telah melakukan kerja rumah kami. Saya mencatatkan semua nota itu di atas botol.”

“Ianya tempat yang hebat untuk melakukannya di sini di hadapan 9,000 orang penyokong kami yang sanggup berada di sini pada malam Rabu.”

Inspirasi dari Van der Sar

Tim Krul mengakui beliau mula menggunakan teknik tersebut selepas Edwin Van Der sar melakukannya ketika penentuan sepakan penalti berhadapan dengan Chelsea dalam final liga juara-juara Eropah 2008.

Edwin Van Der Sar berjaya menafikan sepakan penalti Nicolas Anelka.

Ketika itu Van Der Sar menyatakan: “Saya terpaksa melakukan melibatkan kira-kira 40 sepakan penalti Frank Lampard.”

“Saya juga banyak menulis nota tentang penalti oleh Nicolas Anelka.”

Edwin Van der Sar berhadapan dengan pasukan lawan yang turut mempersiapkan diri mereka dengan persiapan rapi untuk berhadapan dengan beliau.

“Saya juga mendapat tahu bahawa pasukan Chelsea ada melakukan analisis tentang cara saya menyelamatkan penalti.”

“Saya lebih banyak terbang ke sebelah kanan dan mereka Pada malam itu melakukan penalti ke sebelah kiri.”

“Saya kemudian mereka nicolas anelka akan melakukan penelitian kebahagiaan bertentangan dan syukur saya berjaya melakukannya dengan baik.”