Kisah Aku Metallica, Sony Truvox Dan Budaya Musik 90’an

Mungkin ramai yang tak tahu yang aku ni penggemar musik heavy metal.

Sungguh pun macam tu aku taklah claim yang aku ni peminat berat dari genre musik ni tapi aku lebih kepada peminat berat band Metallica.

Heavy metal ni salah satu cabang musik yang berteraskan genre rock lepastu dia berevolusi kepada bunyi yang lebih berat dan tercetusnya irama heavy metal.

Aku taknak cakap lebih tentang ni sebab aku bukan pengkaji musik, aku cuma nak bercerita tentang sebuah band yang bernama Metallica.

Kenal dengan Metallica

Aku ni memang penggemar musik rock tapi pada mulanya aku ingatkan yang Metallica tergolong dalam golongan band yang main musik yang keras contoh macam trash metal, black metal, death metal atau sebagainya.

Dulu aku cuma tau Metallica tapi tak pernah berminat nak cuba dengar lagu-lagu dia.

American heavy metal group Metallica, UK, 1985. Left to right: lead guitarist Kirk Hammett, singer and guitarist James Hetfield, drummer Lars Ulrich and bassist Cliff Burton. (Photo by Fin Costello/Redferns/Getty Images)

Nak jadikan cerita, sedara aku dari Pahang mai rumah. Dulu kat rumah aku ada mini compo brand Sony. Model truvox.

Zaman 90’an dulu kalau rumah ada set mini compo ni kiranya pecah penyarom la nak nak pulak sony truvox.

Truvox ni power sebab include sekali vcd player dalam tu dan kualiti sound dia amat terbaik sebab dia dah pre install equalizer dalam tu.

Just pilih ja sound macamna yang hang nak atau hang boleh set sendiri. Dan tak payah nak beli aqualizer asing dan kualiti sound truvox ni memang sangat menakjubkan.

Lepas balik dari sekolah aku nak pi bukak lagu search. Aku ni jugak peminat berat kumpulan search kebetulan aku baru beli album rock ‘n roll pie. Aku nak dengar lagu seroja.

Zaman kaset dan CD

Album ori aku beli kat speedy. Kalau tak ori sound dia tak best lagi pulak masa zaman 90’an dulu takda lagi CD pirate. Kalau kaset pirate tu bersepah la.

Zaman dulu kalau hang beli CD or Kaset ori ni hang akan dapat macam-macam gift dari band yang hang beli tu contoh keychain, poster dan lain-lain.

Penulis juga peminat tegar dangdut dan pernah bercita cita menjadi Iwan

Kalau hang masuk kedai jual kaset lepas tu hang beli yang ori, penjual tu akan layan hang macam orang kayangan sebab masa tu harga kaset ori mahal, nak nak pulak CD lagi la mahal.

CD artis tempatan dalam lingkungan harga RM30 lebih kalau album artis luar yang ada sticker imported tu dalam lingkungan harga rm48.

Dengar macam murah tapi zaman 90’an harga macam tu dah sangat mahal sebab masa zaman tu hang ada RM10 dah boleh bawak awek pi makan kat food court.lepas makan boleh naik city world main daytona.

Bayangkan lah RM50 pun dah penuh troli.

Zaman tu bukan senang nak dapat poster artis. Kalau nak poster kena beli album ori tak kira CD or kaset ataupun dari majalah URTV. Kat URTV pun nasib la kalau ada sebab sebulan 1 poster artis ja yang URTV akan bagi.

Tu pun kalau artis tu jadi cover majalah. Tapi bukan senang nak dapat poster Search, Wings atau Ella sebab puak ni jarang keluar majalah.

Wings, Search dan Ella ni kiranya limited edition lah masa tu bukan senang nak dapat tengok walau dalam tv sekalipun.

Zaman la ni mudah, nak poster hang print ja dari internet sebab tu artis zaman la ni value tak tinggi.

Rock ‘n roll pie ni aku beli dalam bentuk CD sebab CD ni dapat maximumkan kualiti bunyi yang dapat dihasilkan oleh sony truvox berbanding kaset. Truvox ni jangan main-main dengan kualiti bunyi dia bang, silap haribulan jiran boleh baling tingkap rumah hang dengan ketul batu.

Tetiba aku nampak sebuah kaset atas truvox aku, album tajuk metallica reload.

Cover album kaler hitam ada gambar api.

Aku cancelkan tujuan awal aku nak dengar lagu search tadi sebab aku nak cuba dengar lagu metallica sebab aku hairan sebab apa la orang minat sangat dekat metallica ni. Sedap sangat ka irama ganas ni?

Ternyata Metallica itu padu

Masukkan kaset, kebetulan kaset tu dah siap di rewind so dia akan play lagu dari 1st track.

Terus keluar orang jerit “gimme fuel, gimme fire, gimme that which I desireeeee……. OHH!!”

Lepas tu terus keluar petikan guitar berapi Kurt Hemmet.

Perghh! ini rupanya Metallica? power nakharom!

Aku tingkatkan volume untuk terus mengembara ke alam musik Metallica yang sangat power. main dekat truvox pulak kan, aku aktifkan surround system lepastu set ke hall. Pergh feel dia macam dalam mini konsert.

Tetiba aku dengar suara nyaring vocalist perempuan menjerit dari belakang.

Wow! memang power truvox punya surround system, dengar macam real.

Aku macam tak percaya yang Metallica ni ada perempuan dalam band dia.

Suara tu semakin mendekat dan aku lagi teruja dengan kualiti sound yang truvox hasilkan.

Suara tu semakin dekat dan….

“Woi!! hang pelan sikit radio tu! hang ingat rumah ni tokong cina ka?!”

rupanya mak aku yang jerkah, mau taknya, rongtua tu dok kalut masak kat dapoq, yang aku dok memekak kat ruang tamu.

Dah la jiran sebelah rumah aku pak lebai.

Nota editor: Ini adalah artikel debut penulis yang merupakan fans tegar Amin Nazari, rujuk DP beliau di bawah ini.