Kisah Micah Richards Bermain ‘Teka Kedudukan Bola’ Di Atas Padang Sebenar

Gary Lineker dan Alan Shearer tidak dapat menahan diri mereka daripada membahan Micah Richards dalam siri podcast terbaru mereka.

Ianya selepas Micah Richards mendedahkan sebenarnya dia ada masalah penglihatan ketika bermain bola sepak.

Secara tak langsungnya, bekas pemain antarabangsa England itu telah bermain teka kedudukan bola secara langsung di atas padang. Perkara itu diakui sendiri oleh Micah Richards yang mengakui ada masalah rabun.

Dia perlu memakai kanta mata untuk beraksi. Namum Big Meeks menyatakan bahawa itu membuatkan dia rimas dan tak selesa. Akhirnya dia suka bermain tanpa kanta mata.

Micah Richards mengakui dia bergelut untuk beraksi kerana masalah rabun yang dia hadapi. Dia lebih banyak fokus kepada kedudukan pemain penyerang utama pasukan lawan berbanding melihat di mana bola berada.

Micah berkata: “Saya sumpah, saya hanya dapat tengok di mana bola apabila ianya kira kira beberapa meter daripada saya. Saya cuma main agak agak je masa itu.”

Lineker tidak percaya dengan apa yang dia dengar dan berkata: “Kamu ni bergurau kan?”

Alan Shearer kemudian membahan Richards: “Patutlah kau buat banyak sangat kesilapan.”

Richards menyambung: “Saya biasanya akan pergi ke kedudukan penyerang lawan berada berbanding melihat di mana bola sebenarnya berada.

“Saya harus meneka di mana bola akan berada.”

Lineker akui bahawa Big Meeks masih pemain yang berkualiti pada masa itu walaupun berdepan dengan masalah penglihatan.

“Micah, kamu mungkin akan menjadi pertahanan terbaik sepanjang zaman jika kamu boleh melihat,” tegas Lineker.

Sebenarnya, ramai je pemain bola sepak yang rabun dan ada masalah penglihatan. Cristiano Ronaldo, Andres Iniesta, Mario Balotelli dan David de Gea antara contoh.

Namun semua mereka memakai kanta mata. Sebaliknya Big Meeks pula tak selesa memakainya. Dan lebih sanggup bermain teka kedudukan bola.

Micah Richards antara pertahanan muda yang menjadi perhatian dunia satu ketika dahulu.

Namun terpaksa bersara awal kerana masalah kecederaan yang menimpanya. Kini dia menjadi pundit dan personaliti tv yang disenangi ramai.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai