Pada 7 Julai 2015, Vanuatu mencipta rekod tidak rasmi untuk kemenangan terbesar dalam perlawanan bola sepak antarabangsa apabila menjaringkan 46 gol tanpa balasan menentang Micronesia.
Perlawanan dengan skor luar biasa itu berlangsung di Papua New Guinea sebagai sebahagian daripada perlawanan rasmi Sukan Pasifik di peringkat B-23.
Micronesia hanya boleh membawa skuad dengan 18 orang pemain sahaja.
Kesemua mereka adalah pemain bola sepak amatur yang tidak mempunyai pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa, walaupun hanya di rantau Oceania.
Mereka dipilih di kampung kampung dan siapa yang ada kelapangan untuk bermain.
Micronesia ditewaskan oleh Tahiti 0-30 dalam perlawanan pembukaan.
Kemudian, tewas di tangan Fiji 0-38. Jumlah bolos mereka ialah 114 gol dalam masa 270 minit selepas dikalahkan 0-46 pada perlawanan terakhir menentang Vanuatu.
Jika pasukan lain meraikan gol, para pemain simpanan Micronesia pula meraikan dengan girang setiap kali pertahanan mereka berjaya mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti.
Pada masa itu, Jean Kaltak malah mampu menjaringkan 16 gol dalam satu perlawanan.
Dengan pertahanan dan tiada penjaga gol yang sebenar, Vanuatu menghujani gol ke gawang lawan dan terus menyerang.
Vanuatu mendahului 22-0 pada separuh masa pertama dan menjaringkan 24 gol lagi pada separuh masa kedua. Mereka “terpaksa” berbuat demikian kerana memerlukan 38 gol untuk layak ke fasa seterusnya.
Mereka berjaya mendapatkan perbezaan jaringan lebih 38 gol dalam satu perlawanan yang mereka cari.
Di sebalik kejayaan menerobosi gawang Micronesia tanpa belas, keputusan itu ternyata tidak relevan. Ini, dalam perlawanan lain, Tahiti dan Fiji seri 0-0. Ini menyebabkan pasukan ranking FIFA 200 menduduki tempat ketiga dengan hanya empat mata.
Mereka hanya mempunyai perbezaan gol +45 jadi mereka gagal untuk layak.
Vanuatu tewas 1-2 kepada Tahiti dan seri 2-2 dengan Fiji.
Vanuatu layak ke Olimpik
Perlawanan B-23 itu juga merupakan pentas kelayakan ke Olimpik. Oleh kerana Tahiti pada masa itu bukan ahli IOC.
Ini bermakna Vanuatu layak ke separuh akhir play-off Sukan Olimpik 2016. Mereka akhirnya menewaskan New Zealand 3-0 dan layak ke Rio de Janeiro.
Anehnya, New Zealand turut menurunkan pemain yang dianggap tidak selayaknya bermain sehingga mudah tewas.
Persoalan muncul kembali
Walaupun ia berlaku pada 2015, perlawanan aneh Sukan Pasifik masih menjadi kontroversi dan orang ramai memperkatakan sehingga hari ini.
Ini kerana dunia internet, dulu ramai tak tahu pun tentang perlawanan itu. Dan sekarang apabila berita itu tular kembali, maka orang akan membincangkannya.
Tiada peraturan, oh ini cerita lama, oh ini video lama – apabila ianya masuk dalam internet, orang akan membincangkannya setiap masa.
Antara yang diketengahkan oleh ramai orang ialah hakikat bahawa sebilangan pemain Micronesia tidak pernah bermain 11 menentang 11 bola sepak sebelum kejohanan itu. Mereka juga tidak pernah meninggalkan kampung mereka. Ini bermakna, mereka benar-benar baru dalam banyak cara.
Disambut sebagai pahlawan negara
Walaupun dilabelkan sebagai pasukan paling teruk, Micronesia telah dilatih oleh Stan Foster. Dia adalah jurulatih Australia. Uniknya, apabila dia kembali ke Micronesia, dia menerima sambutan pahlawan daripada rakyat mereka.
Ini kerana mereka sangat sangat berterima kasih kerana Stan Foster telah membantu negara mereka beraksi di kejohanan antarabangsa. Pengurus itu juga banyak mengorbankan masa dan tenaganya, malah dari segi kewangan untuk membantu pasukan bola sepak mereka.
Bukan kekalahan terbesar dalam rekod FIFA
Jadi bagaimana skor itu tidak dikira rekod rasmi FIFA sedangkan ianya dalam perlawanan antarabangsa?
Jawapannya, nasib baik, Micronesia bukan ahli FIFA. Jadi, dalam senarai kerkalahan dengan skor terbesar tiada nama untuk mereka.
FIFA hanya mengiktiraf rekod kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak adalah keputusan 0-31, apabila Samoa Amerika dibelasah oleh Australia tanpa sebarang belas kasihan dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2002.