Liverpool diundi berhadapan Shrewsbury pada aksi pusingan keempat Piala FA. Dan bintang mereka Mo Salah ada cerita tersendiri dalam perlawanan ini.
Pada Oktober 2014, Salah bermain untuk Chelsea ketika mereka mengalahkan Shrewsbury Town 2-1.
Bermain hari itu adalah Mohamed Salah yang diberikan tempat dalam kesebelasan utama, benda dianggap rare.
Selepas perlawanan itu, Mourinho berkata dia kecewa dengan beberapa pemain dalam perlawanan menentang Shrewsbury dan menamakan secara spesifik Mohamed Salah dan Andre Schurller.
Dia berkata: “Saya mengharapkan pemain memberikan saya masalah, saya sukakan masalah, tetapi ramai yang tidak melakukannya dan mereka telah memudahkan untuk memilih pasukan saya untuk hari Sabtu ini [dalam aksi liga].”
“Saya mengharapkan pemain yang tidak banyak bermain untuk meningkatkan tahap permainan untuk mencetuskan masalah buat saya.”
Mourinho kemudiannya ditanya secara spesifik siapakah yang beliau maksudkan? Adakah ia merujuk kepada Mo Salah dan Andre Schurrle, dan beliau menjawab: “Ya.”
Mourinho tidak gembira dengan aksi Mohamed Salah ketika itu. Ia juga menjadi antara perlawanan yang membutakan Mourinho mulai berkira – kira mahu menjual Mohamed Salah.
Mourinho hanya memberikan Salah 19 penampilan dalam pasukannya selepas perpindahannya ke Chelsea dari Basel pada Januari 2014.
Salah kemudian dihantar ke Fiorentina setahun kemudian.
Salah menyinar dalam Serie A – musim pertama dengan La Viola, dan kemudian Roma – untuk mendapatkan belia secara tetap.
Tetapi beberapa musim kemudian, Liverpool membayar £36.9 juta. Angka yang dianggap terlalu tinggi ketika itu.
Dan kini Reds akan menghadapi Shrewsbury Town di pusingan keempat Piala FA pada hari Ahad ini.
Ia berpotensi memberikan Salah peluang yang sempurna untuk menunjukkan aksi terkini beliau. Salah mungkin tak bermain dalam kesebelasan utama. Namun siapa tahu kan?
Sejak menyertai Liverpool, Mohamed Salah telah menjadi salah seorang paling prolifik pada ketika ini.
Pada 2018, Mourinho menyatakan, tidak adil untuk menyalahkan beliau di atas penjualan Mohamed Salah pada ketika Mourinho menyalahkan BOD Chelsea yang dikatakannya punca kenapa Chelsea melepaskan pemain sehebat Salah.
Ini selepas mereka melepaskan beberapa nama seperti De Bruyne.
Pada 2018 Mourinho berkata: “Ini adalah kali pertama saya membincangkan akan hal ini, tetapi saya nak katakan itu adalah satu lagi ketidakadilan yang telah dibicarakan tentang saya oleh media.”
“Orang mengatakan bahawa saya adalah salah seorang yang bertanggungjawab menjual Mohamed Salah. Namun ia sebaliknya yang berlaku. Saya yang membeli Salah.”
“Ia adalah yang bertentangan, saya adalah salah seorang yang membeli Salah, saya adalah salah seorang yang memberitahu Chelsea untuk membeli Salah, saya bersama dengannya yang bertanggungjawab bahawa Salah datang ke Chelsea.”
“Tetapi dia datang sebagai pemain muda, secara fizikal dia tidak bersedia , secara mental dia tidak bersedia, secara sosial dan budaya dia dalam proses sukar nak beradaptasi dengan tempat baharu.”
“Kami memutuskan untuk meminjamkannya dan dia juga meminta agar dia bermain lebih banyak minit, dan dia mahu pergi dan kami menghantarnya ke Fiorentina, dan di Fiorentina dia mula lebih matang.”
“Chelsea memutuskan untuk menjualnya, ok! Bukan saya.
“Saya membeli Salah, saya tidak menjual Salah, tetapi tidak penting buat masa ini.”
“Apa yang penting ialah dia seorang pemain yang hebat, dan saya sangat gembira dengan segala yang berlaku untuknya dalam beberapa tahun ini.”
Kemudian pada tahun yang sama Mourinho keluar untuk mengatakan bahawa Salah memberikan Liverpool “kekuatan nuklear”.
“The Salah yang saya tahu di Chelsea adalah ‘pemain projek’ kami ketika itu,” kata Mourinho.
“Sekarang dia adalah salah satu yang terbaik di dunia, dia telah berkembang sangat baik di setiap peringkat. Dulu dia adalah ‘budak’ yang laju tetapi agak rapuh.”
“Dan sekarang dia seorang lelaki matang yang kuat, lasak, serta kondisi fizikal yang menakjubkan.”
“Dia tidak menyesuaikan diri dengan psikologi Liga Perdana Inggeris ketika dia datang dari sebuah kelab kecil di Switzerland [Basel] ke sebuah kelab besar di England.”
“Liverpool mempunyai banyak kekuatan dalam pasukan mereka, tetapi dia – Mohamed Salah – adalah kekuatan nuklear.”