Kisah Mourinho Guna Schmelzer Untuk Kirim Pesan Taktikal Kat Ozil Dan Skor

Jose Mourinho ketika itu berusaha untuk merealisasikan impian kejuaraan ke-10 UCL Real Madrid.

Jose Mourinho ada banyak kisah menarik, kontroversi, lucu dan panas sepanjang kariernya sebagai pengurus.

Misalnya pernah mencucuk mata mendiang Tito Villanova dalam aksi el clasico.

Seterusnya pernah juga dia menganjing satu stadium Juventus ketika skuadnya Manchester United menewaskan Juventus di sana.

Keraian itu dikecam oleh legenda Manchester United sendiri iaitu Paul Scholes.

Dalam aksi berdepan dengan Borussia Dortmund, skuad Mourinho sebelum itu tewas 2-1 di tangan pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu.

Borussia Dortmund yang sangat bertenaga ketika itu tampil dengan gaya bola sepak yang menggerunkan.

Mereka juga menjadi juara Bundesliga pada musim sebelumnya, menewaskan Bayern Munich.

Jadi dalam aksi di Santiago Bernabeu, Borussia Dortmund sedia untuk menang sekali lagi ke atas Real Madrid.

Pada kedudukan Real Madrid ketinggalan 1-2 di belakang, Jose Mourinho menggunakan pemain Dortmund Marcel Scmelzer untuk menyampaikan arahannya kepada perancang utamanya, Mesut Ozil.

️Marcel Schmelzer: “Ketika saya bersedia untuk melakukan lontaran ke dalam, saya terkejut Mourinho datang ke sebelah saya, bercakap dengan saya secara serius seolah-olah dia memberi saya arahan”

“Dia kata, kamu pergi kat Ozil dan beritahu dia dia kena pergi ke bahagian tengah tu lebih cepat!!” kata dia bercakap kat telinga saya.”

“Saya memandangnya dengan hairan dan tidak menjawab, tetapi selepas saya memasuki padang dan tiba di sebelah Ozil, saya memberitahunya apa yang Mourinho katakan.”

“Apa yang paling mengejutkan saya ialah Ozil mengangguk kepada jurulatihnya bahawa dia telah memahami apa yang Mourinho mahukan, seolah-olah ia adalah perkara biasa untuk mereka.”

“Dan kemudian selepas itu Ozil mendapat gol penyamaan, saya tidak percaya, mereka menyamakan kedudukan melalui arahan yang saya sampaikan kepada Ozil. Arahan itu pula daripada Mourinho.”

Kisah Mourinho dan Balotelli

Satu peristiwa kelakar tentang Balotelli, dikongsi oleh Mourinho adalah ketika pemain itu ponteng taklimat pemain hanya kerana Formula 1.

Pada suatu hari, Mourinho menetapkan tarikh mahu bertemu dengan Balotelli di pejabatnya. Perkara biasa bagi pengurus dan pemain.

Malang sekali Mourinho kena ‘pasang’ dengan Balotelli, menunggu lama, namun pemain itu tidak muncul langsung pada hari itu.

Rupa rupanya hari itu adalah hari yang sama dengan sesi kelayakan Formula 1 di Monza. Balotelli mengabaikan pertemuan dengan Mourinho kerana Formula 1.

Mourinho berkata: “Kami pernah ada beberapa masalah kelakar. Saya suruh dia datang ke pejabat saya pada pukul 1 petang untuk perjumpaan. Dia tak datang.”

“Saya hubungi dia dan dia sudah pergi ke litar Monza untuk melihat sesi kelayakan Formula One pada Sabtu.”

“Dia kata kepada saya: ‘meeting dekat pejabat kamu tu, kita boleh buat setiap hari pun, tapi nak tengok Formula 1 di Itali, ianya acara setahun sekali’.”

“Tergelak juga saya mendengar alasan dia tu.”

Mourinho ketika berkongsi cerita itu, dia membeli buku Balotelli. Dan Mourinho melabel buku autobiografi itu sebagai: “Buku yang kelakar dan buku yang bagus.”

“Dia budak yang baik masa saya di sana. Dia seorang yang perlukan sokongan dan dorongan daripada pemain senior.”

“Kerana bagi saya untuk mendidik pemain muda seperti dia, tidak terhad kepada pengurus-pemain, tetapi perlukan pemain-pemain juga.”

“Saya sentiasa percaya, sangat penting orang di sekeliling membantu pengurus dalam proses seperti ini.”

“Saya boleh menulis buku 200 muka surat berkenaan dengan pengalaman saya di Inter bersama Mario. Buku itu boleh menjadi drama atau komedi,” tambah Mourinho lagi.

“Saya masih ingat, ketika kami pergi ke Kazan untuk aksi UCL. Dalam perlawanan itu, semua penyerang saya cedera. Tiada Diego Milito, tiada Samuel Eto’o, saya benar benar dalam masalah kerana cuma ada Mario sahaja.”

“Mario dapat kad kuning minit ke-42. Ketika di bilik persalinan untuk rehat, saya meluangkan 14 minit daripada 15 minit rehat hanya untuk bercakap dengan Mario.”

“Saya kata kepada dia: ‘Mario, saya tak dapat ubah kamu, tapi saya sekarang tak ada penyerang lain dah. Jadi, jangan sesekali sentuh pemain lain, hanya bermain dengan bola. Jika kamu hilang bola, biarkan saja, jangan bereaksi.”

“Jika ada orang provok kamu, abaikan, jika pengadil buat kesilapan, abaikan je.”

“Dan kemudian minit ke-46, — kad merah!”

Baca yang lain