Kisah Muenier Menyantuni Florentino Perez Namun Kena ‘Sound’ Sebab Cederakan Hazard

Pemain pertahanan Belgium, Thomas Meunier telah berkongsi kisah lucu mengenai pertemuan pertamanya dengan salah seorang tokoh paling berpengarhuh dalam bola sepak: Presiden Real Madrid, Florentino Perez.

Namun pertemuan itu berakhir dengan kisah Meunier kena sound dengan Florentino Perez gara gara beliau mencederakan Eden Hazard.

“Selepas permainan, saya berada di dalam dewan dan saya melihat Florentino Perez,” jelas Meunier.

“Saya berjabat tangan dengannya dan berkata ‘Senang bertemu dengan kamu.’

“Dan kemudian dia menjawab dalam bahasa Perancis: ‘Senang bertemu dengan kamu mende ni? Kau sedar tak kau tu telah menyakiti Eden Hazard? Dan kau kata ,’ Senang bertemu dengan kamu ?! ‘”

Meunier mengaku dia tidak dapat menahan dirinya pada saat ini, walaupun dalam keadaan tegang, ketika dia berusaha mempertahankan dirinya.

“Saya berkata: ‘Saya menyakiti Eden Hazard? Jadi salah saya dia cedera di sana sini [merujuk kepada beberapa siri kecederaan Hazard]?’

“Dia [Perez] berkata, ‘Ya, ya, ini salah kau!’ Saya berkata, “Itu adalah duel sama seperti yang lain” … Saya tidak menyangka dia akan berbahasa Perancis, saya tidak tahu dia pandai kecek Perancis molek. Dan dia masih presiden Madrid, kamu tahu? ”

Di media sosial Meunier dihentam teruk oleh peminat Real Madrid yang menuduhnya sebagai pemain jahat, dan mencederakan rakan senegaranya.

Meunier ketika itu segera meminta maaf : “Saya benar-benar sedih. Saya cuba menghubungi dia [Hazard] secara langsung selepas perlawanan, tetapi saya tidak dapat menghubunginya … ia tidak terlalu teruk.”

“Sekiranya ada satu pemain yang saya benar-benar tidak mahu cederakan, itu adalah Eden.”

Sebenarnya, memang sukar nak menyalahkan Muenier semata mata. Kerana rekod kecederaan Hazard memang sangat kronik sejak tiba di Real Madrid.

Dan kini kedua dua mereka sedang bersama sama mengibarkan cabaran Belgium di pentas Euro 2020.




 

BACA JUGA: Merisaukan! Doktor Belgium Dedah Realiti Kecederaan Hazard Kini Memasuki Fasa Kronik Dan Berulang

Satu perkara yang merisaukan tentang Eden Hazard adalah kecederaan beliau yang semakin kerap. Lebih menakutkan apabila doktor pasukan kebangsaan Belgium, Kristof Sas menyatakan bahawa kecederaan Hazard kini boleh dikira kronik dan berpotensi besar untuk berulang ulang.

Diagnosis itu pastinya berita yang kurang enak untuk peminat Real Madrid yang sebelum ini berharap Hazard akan menjadi bintang utama pasukan selepas pemergian Cristiano Ronaldo.

Minggu ini Hazard menderita satu lagi kecederaan. Kali ini di bahagian pahanya. Difahamkan Hazard akan tersisih selama enam minggu. Real mengesahkan bahawa otot paha kirinya cedera ketika sesi latihan.

Hazard yang sudah dibayar £90 juta dengan £30 juta lagi bakal menyusul sebagai bonus – beliau masih gagal memahatkan kariernya dengan stabil di Real Madrid sejak menyertai mereka pada 2019.

Dr Kristof Sas menegaskan bahawa situasi kecergasan Hazard sekarang sangat berbeza dengan sebelum ini. Dan pihak mereka masih menunggu butiran lengkap daripada kecederaan terbaru pemain itu.

“Kita masih menunggu laporan penuh, dan sudah tentunya kita risau. Kita mungkin tak risau kecederaannya akan mempengaruhi Euro, tetapi untuk Eden Hazard, ianya berbeza.”

“Ianya adalah satu lagi kecederaan berulang, situasi kronik sentiasa memberikan kesan yang buruk pada akhirnya. Pertamanya kecederaan di buku lali, kemudian kecederaan otot. Ianya sangat merimaskan untuk kita dengar.”

“Eden sekarang ini terperangkap dalam ‘vicious circle’ [kitaran masalah baharu yang mewujudkan masalah lain] dan tidak mudah untuk dia keluar daripadanya. Ianya sangat mengganggu apabila berlaku melibatkan otot.”

“Pemain bola sepak sememangnya akan terkena sepakan, berputar, melompat, kesemua itu berlaku pada kadar pantas. Dan sudah tentunya lagi sukar ketika rehabilitasi.”

“Hazard perlukan momentum dan kesinambungan. Situasinya bukanlah dramatik untuk kita, tetapi dia kena keluar segera daripada jalan mati itu.”

Hazard sebelum ini sudah mengalami pelbagai siri kecederaan sejak menyertai Real Madrid termasuk terkena jangkitan C0V-19.

Selepas pulih daripada virus itu, Hazard hanya cergas 10 hari dan cedera balik di bahagian hamstring. Hazard berehat 6 minggu untuk memulakan aksinya bersama Real Madrid menentang Osasuna pada 9 Januari.

Buat masa ini, sejak menyertai Real Madrid, Hazard sudah mengalami 10 siri kecederaan dan sakit.

Semoga Hazard mampu bangkit daripada fasa ngeri dalam kariernya.

Baca yang lain