Kisah Nakamura Sang Legenda Celtic Yang Pernah Menewaskan Van Der Sar 2 Kali Dengan Lencongannya

Nakamura bukanlah pemain tengah yang laju atau memiliki skil individu yang tinggi. Namun pada satu ketika dahulu, namanya sangat mahsyur dengan menawan dunia menggunakan lencongan pada sepakan percumanya.

Bukan mudah untuk pemain Asia mencipta nama di eropah pada masa itu. Kerana perbezaan kualiti bola sepak Asia dan Eropah sangat jauh. Sekarang ni walaupun masih jauh, namun negara seperti Jepun, mahupun Korea Selatan sudah dikira negara yang memang berkualiti dari segi bola sepak.

Nakamura bermain untuk Reggina, Espanyol dan yang paling signifikan dengan beliau adalah gergasi Scotland iaitu Celtic.

Nakamura vs Van Der Sar

Salah satu momen paling diingati tentang Nakamura adalah ketika berhadapan dengan Manchester United pada 2006/07 dalam aksi UCL. Di mana sang samurai itu berjaya menjaringkan gol kemenangan lewat perlawanan.

Beliau menewaskan penjaga gol legenda United, Van Der Sar. Ya! Dengan apa lagi, sudah pasti dengan sepakan percuma luar biasa beliau.

Sebalum itu, dalam aksi pertama berhadapan dengan Man United pada perlawanan kedua peringkat kumpulan Nakamura melakukan stunning free kick yang luar biasa berdepan dengan Manchester United.

Walaupun Celtic kalah 2-3 pada ketika itu, nama Nakamura meningkat mendadak di kalangan peminat bola sepak. Menewaskam Van Der Sar dengan sepakan percuma setajam itu adalah impian setiap pemain.

 

Nakamura menjadi arkitek kejayaan Celtic mara ke pusingan kalah mati pertama mereka dalam kempen UCL. Dan gol beliau telah merealisasikan impian tersebut. Dan YA! Sekali lagi menerusi sepakan percuma berdepan dengan Van Der Sar.

Pada pertemuan kedua mereka dalam peringkat kumpulan, Nakamura menjaringkan gol tunggal kemenangan Celtic ke atas United untuk membantu kelab mara pertama kali ke peringkat kalah mati UCL.

Kali ini dari jarak lebih jauh dan dilakukan dari jarak yang lebih jauh dan di hadapan penyokong mereka sendiri.

Sukar untuk menjelaskan betapa bagusnya sepakan percuma tersebut. Dengan benteng yang besar dibuat serta penjaga gol berkelas dunia menjaga gawang.

Sudah tentu momen itu antara yang paling ikonik dalam sejarah panjang karier Nakamura.

Nakamura sang legenda Celtic

Shunsuke Nakamura memulakan kariernya di Jepun bersama dengan Yokohama F. Marinos. Dalam musim debutnya, Nakamura menjaringkan 5 gol daripada 31 penampilan.

Nakamura terus meningkat menjadi bakat elit di Jepun. Visi dan hantaran serta senjata utamanya, bola mati membuatkan Nakamura menjadi prospek panas di Jepun. Beliau mulai menjadi pemain yang dipantau kelab Eropah.

Pada tahun 2000 Nakamura dipilih sebagai pemain terbaik Liga Jepuh ataupun MVP.

Nakamura kemudian menjadi rebutan kelab di Itali. Serie A adalah liga sangat berpengaruh pada masa itu. Beberapa kelab termasuk Reggina, Chievo, Perugia, Napoli, Lecce, dan Atalanta mahukan tandatangan Nakamura.

Namun Nakamura memilih Reggina. Ini kerana kelab tersebut sangat serius mahukan Nakamura sampaikan sanggup mengirim petugas scouting khas ke Jepun untuk memantau Nakamura sahaja.

Nakamura rasmi menjadi milik Reggina pada 2002 dan diberikan nombor 10. Kelab sanggup menarik jersi 10 daripada Francesco Cozza untuk diberikan kepada Nakamura.

Shunske Nakamura menjadi fenomena di kelab tersebut. Jersinya laku keras. Di mana pada 5 bulan pertama selepas pembelian Nakamura, jersi rasmi dengan nama beliau terjual 25 ribu unit.

Bildnummer: 01277540 Datum: 03.10.2004 Copyright: imago/Buzzi
Shunsuke Nakamura (Reggina, re.) gegen Gennaro Gattuso (Milan); hoch, Zweikampf, Duell, Ball Serie A 2004/2005, 1. Italienische Liga, AC Mailand – Reggina Calcio 3:1, Vdig Mailand Dynamik, Fußball Herren Mannschaft Italien Gruppenbild Aktion Personen

Di atas padang, Nakamura berjaya menunjukkan kualitinya. Beliau menjaringkan 7 gol daripada 32 penampilan dan kebanyakan gol daripada sepakan percuma. Tetapi masalah kecederaan membuatkan kariernya di Reggina tidak lama. Nakamura berehat panjang dan Reggina tak mampu menanggung impak ketiadaan Nakamura, hampir tersingkir ke Serie B.

Reggina melantik Walter Mazzari sebagai pengurus. Malangnya, Nakamura gagal menyerlah dalam sistem permainan baharu dengan 3-5-2.

Nakamura kemudian dilepaskan oleh Mazzari yang ketika itu merasakan Nakamura sudah tak mampu lagi memberikan aksi terbaik selepas kecederaan. Beliau kemudian dijual ke Celtic.

Di Celtic, Nakamura membuktikan Mazzari silap. Dia menjadi legenda. Peak sebenar dia adalah di Celtic.

Beliau dengan segera menjadi watak kesayangan The Green Brigad. Rambutnya yang agak panjang dengan baju Celtic ditambah dengan sepakan percumanya, membuatkan pesona Nakamura dengan Celtic sangat diingati peminat bola sepak.

Nakamura menjadi senjata utama Gordon Strachan dan menguatkan dominasi Celtic dalam liga dan piala domestik.

Malah pada satu ketika beliau menjadi sasaran Real Madrid dan beberapa kelab besar lain.

Nakamura bermain 128 kali untuk Celtic dengan 29 gol.

Selepas meninggalkan Celtic, Nakamura menyertai Espanyol. Namun beliau gagal menjadi pemain utama di sana dan seringkali menjadi pemain simpanan. Tidak semua pengurus mampu menggunakan Nakamura sebaik Strachan.

Beliau kemudian kembali ke Jepun dan masih bermain sehingga usianya kini 42 tahun.

Sebagai legenda Celtic sejati, beliau memilih gol screamer ke atas Rangers sebagai gol terbaik pilihannya.