Kisah Nama Dembele Yang Popular Di Lapangan Bola Sepak

Korang pasti pelik kan, sebab ramai sangat orang nama Dembele terutama sekali di lapangan bola sepak. Misalnya Moussa Dembele, Ousmane Dembele dan Mousa (dengan 1 ‘S’) Dembele – bekas pemain Spurs.

Sebenarnya, kebanyakan nama Dembele ini berasal dari Barat Afrika iaitu Mali. Sama ada mereka lahir di sana ataupun nenek moyang mereka asal dari sana.

Laman Namespedia 3% daripada nama Dembele digunakan sebagai nama pertama dan 97% lagi sebagai nama keluarga. Nama keluarga Dembele digunakan kira kira 1118 kali di sekurang kurangnya 20 negara di seluruh dunia. Paling menarik, nama pertama Dembele hanya untuk lelaki dan 0% untuk wanita.

Ketika ini, di Perancis merupakan negara paling banyak nama Dembele sebagai nama keluarga. Sementara untuk nama pertama pula, Perancis bersaing hebat dengan Amerika Syarikat dalam penggunaan nama tersebut.

Nama Dembele ni sebenarnya lebih kepada macam nama Nguyen di Vietnam. Mereka cuba mengekalkan legasi dan nama keturunan mereka.

Mousa Dembele, bekas pemain Tottenham Hotspur, diketahui merupakan keturunan Mali. Ayahnya, Yaya Dembele, adalah seorang warga negara Mali, sementara ibunya, Tilly Huygens, adalah seorang warga negara Belgium. Dan dia merupakan pemain antarabangsa Belgium.

Seorang lagi Moussa Dembele. Ayah dia juga merupakan warga negara Mali, yang berhijrah ke Perancis untuk menjadi buruh kasar di Pontoise.

Ousmane Dembele merupakan Dembele paling mahal dalam sejarah bola sepak. Ayahnya warga Mali, ibunya berdara Senegal-Mauritania. Mereka sekeluarga menjadi imigran ke Perancis.

Kehebatan Dembele ini sampai membantu negara Perancis menjadi juara dunia dan Belgium menjadi nombor satu dunia dalam ranking FIFA.

Seorang lagi keturunan Dembele yang menggegar dunia ialah Karamako Dembele yang melakukan debut pada usianya sangat muda bersama Celtic.

Sumber rujukan: Pandit Football

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.