Kisah Neal Maupay Yang Terlupa Dia Pernah Sekolahkan Arsenal Kerendahan Hati

Neal Maupay menjadi perhatian dunia pada hari ini. Ini selepas beliau meraikan gol dengan gaya bayi menangis dan menganjing teruk.

Maupay dengan fancy melakukan penalti panenka untuk meletakkan Brighton di hadapan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Man United kemudian membalas gol itu selepas gol sendiri oleh Lewis Dunk sebelum wisel penamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Rashford meletakkan United di hadapan.

Namun Solly March membalasnya pada minit akhir, masa kecederaan 90+5.

Dah boleh kata game  ni nak seri, pengadil pun dah siap tiup wisel.

Namun selepas itu pengadil merujuk kepada VAR untuk insiden sebelum wisel penamat.

Dan amat malang, apabila VAR menyatakan bahawa Neal Maupay handball terlebih dahulu.

Bruno Fernandes dengan kepakaran penaltinya tiada masalah memberikan gol kemenangan buat United pada minit ke-100 perlawanan.

Netizen kemudian menganjing Neal Maupay yang dikatakan ‘rendah diri’.

Agak menarik juga apabila netizen mengingatkan semula wawancara panas Maupay selepas menewaskan Arsenal musim lalu.

Ketika itu Maupay tak puas hati dengan para pemain Arsenal yang menurutnya banyak cakap kepadanya selepas insiden dengan Bernd Leno.

Maupay dengan terbuka berkata: “Beberapa pemain Arsenal perlu belajar sedikit kerendahan hati. Mereka banyak bercakap di babak pertama, dan di babak kedua mereka mendapat apa yang mereka layak dapat [kekalahan],” kata Maupay selepas perlawanan itu.

Ada netizen menyatakan bahawa, ternyata hari ini ‘karma’ berbalik kepada Maupay. Ini apabila beliau terlupa tentang kerendahan hati dengan meraikan golnya dengan gaya menganjing lawannya.

Perlawanan di Amex Stadium agak kontroversi di mana pengadil memberikan penalti selepas wisel penamat.

Harus diakui Brighton pasukan lebih baik. United agak lemau sikit malam ni di mana cuma 7 saja percubaan ke arah gol mereka lakukan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.