Kisah Kenapa Ramos Pakai Jersi Ozil Tanda Solidariti Ke Atas Sahabat Baiknya

Dalam buku The Magic of the Game, Mesut Ozil menceritakan kisah panas beliau di bilik persalinan.

Antara cerita yang dimuat naik dalam buku ini adalah insiden ketika Sergio Ramos memakai baju beliau yang jelas kelihatan ketika perlawanan menentang Deportivo pada 2012.

Ozil menceritakan, Ramos sebenarnya memberikan solidariti kepada Mesut Ozil. Dan merancang untuk melakukan keraian di depan Mourinho dengan menunjukkan jersi Ozil.

Hari tersebut, Ozil telah berperang besar dengan Jose Mourinho pada rehat separuh masa. Mourinho terus menukarkan Ozil dan memasukkan Kaka.

Hubungan Ozil dan Ramos memang rapat. Dan timbalan kapten itu telah meminta baju ozil dan memakaiknya pada lapisan dalam.

Ramos memberitahu Ozil bahawa dia akan menjaringkan gol dan membuka bajunya di hadapan Jose Mourinho.

Ianya sebagai tanda brotherhood dengan Mesut Ozil yang dimaki teruk Jose Mourinho pada rehat separuh masa.

Sergio Ramos hampir menjaringkan gol pada hari itu, namun sayangnya gagal untuk menyempurnakan peluang.

Jika hari itu Ramos menjaringkan gol, kita mungkin tidak akan melihat Sergio Ramos menjadi kapten Real Madrid seperti yang pada hari ini.

Beliau mungkin dijual oleh Jose Mourinho kerana cari pasal dengannya.

Walaupun Ozil selalu tak sehaluan dengan Mourinho, namun pengurus Portugal itu sangat sayangkan Ozil.

Dalam buku tersebut juga, Ozil mendedahkan Mourinho telah menggelarnya sebagai pengecut. Antara petikan di dalam buku tersebut:

“Kau ingat, kau buat 2 hantaran cantik sudah cukup bagus?” soal Mourinho.

“Kau ni kalau bab bergaduh memang hebat, tapi kau kena ingat 50% sahaja di dalam padang itu mana cukup.”

“Mourinho berhenti bercakap dan merenung tajam ke arah mata saya, dan saya merenung balik. Seperti 2 orang petinju nak memulakan pusingan pertama.”

“Dia [Mourinho] tidak menunjukkan sebarang emosi dan menunggu saya membalas.”

“Walaupun saya sangat benci dengan dia ketika itu tetapi saya tetap sayangkan Mourinho.”

Ozil kemudian membaling bajunya ke lantai dan Mourinho menjerit:

“Oh, kau sudah menyerah kalah ke sekarang? Dasar pengecut!”

“Apa kau nak buat sekarang? Berendam di dalam air suam untuk mandi? Mencuci rambut dengan syampu? Duduk seorang diri?”

“Ataupun kau nak pergi keluar sana, buktikan kepada pemain lain, penyokong di luar sana dan juga saya, apa yang kau boleh buat?”

Ozil antara pemain yang kerap mendapat layanan keras dari Jose Mourinho. Mereka sudah beberapa kali bersemuka dan Ozil dicabar oleh Mourinho.

Namun The Special One sangat mengagumi keupayaan Mesut Ozil. Malah beliau pernah cuba memancing Ozil ketika di Chelsea dan Man United.

Ketika Real Madrid menjual Mesut Ozil, Jose Mourinho antara orang yang terawal memberikan komen. Beliau tak setuju dengan penjualan Ozil.

Sergio Ramos juga terkejut dengan keputusan Real Madrid dan berkata: “Jika saya masih menguruskan Madrid, saya tak akan jual Mesut Ozil sama sekali.”

Arbeloa pula menegaskan: “Ahad lalu dia mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua. Saya ingat dia bergurau. Tak sangka betul betul dia pergi.”

“Sayang sekali kami hilang pemain unik seperti beliau.”

Ketika membaca buku Ozil itu, ramai peminat Arsenal meminta Atuk Wenger untuk meniru cara Mourinho melayan Mesut Ozil supaya mengeluarkan yang terbaik daripada pemain itu.

Mourinho pernah menyatakan bahawa Mesut Ozil antara pemain tengah terbaik pernah bermain di bawah kendaliannya.

Dalam buku tersebut, Ozil juga memberitahu Bayern Munich dan Manchester United antara kelab yang mahukan khidmat beliau selain Arsenal.

Ini selepas masa depan Ozil mulai tak menentu di Real Madrid.

Sebaliknya Ozil lebih cenderung untuk menyertai Barcelona. Hasrat itu terhalang kerana pengurus, Pep Guardiola tidak begitu berminat dengan beliau.

“Saya ada melawat Barcelona, ianya lawatan peribadi dan saya sangat tertarik untuk ke sana.

“Segalanya jelas, tiada pasukan di dunia ini yang bermain lebih cantik daripada mereka ketika itu.”

“Namun, Guardiola tiada di sana. Kemudian, ejen saya pula ke sana. Saya bertanya dan bertanya, kenapa jurulatih [coach] asyik tidak ada di sana.”

“Jawapannya sama sahaja. Dia sedang bercuti.”