Pada 2008, berlaku satu kisah yang pelik dan menggerikan untuk mangsa. Ini kerana seorang pakar anti-penculikan Amerika Syarikat diculik oleh penculik dari Mexico.
Ianya berlaku seminggu selepas pakar anti-penculikan iaitu Felix Batista memberikan seminar tentang bagaimana cara mengelakkan diri daripada diculik di Mexico.
In 2008, Felix Batista, an anti-kidnapping expert, was kidnapped while giving an anti-kidnapping seminar in Mexico—he's still missing.
— UberFacts (@UberFacts) November 20, 2015
Felix Batista ketika itu berada di Saltillo di negeri Coahuila, berdepan dengan detik cemas dia diculik.
Penculik menculiknya pada 10 Disember 2008. Perkara itu disahkan oleh presiden syarikat keselamatan global ASI Global LLC iaitu Charli LeBlanc, tempat Baista bekerja sebagai perunding.
LeBlanc berkata: “Kami sudah memaklumkan kepada FBI dan pihak berkuasa Mexico, mereka sedang menyiasat kes ini. Kami menyatakan sokongan kami kepada keluarga mangsa dan mendoakan yang baik baik.”
Paling tak masuk akal, penculik tidak meminta sebarang wang tebusan.
Syarikat mereka adalah syarikat yang seringkali memberikan ceramah tentang penculikan dan cara mengelakannya. Batista banyak berceramah dan memberikan konsultansi kepada keluarga yang kaya raya tentang cara pergi mengelakkan diri daripada diculik terutama sekali ketika berada di luar negara.
Malangnya pada hari itu, pakar anti penculikan sendiri yang diculik.
Sekumpulan lelaki bersenjata menculik Felix Batista di luar sebuah restauran pada malam di bandar perindustrian Saltillo di negeri Coahuila utara Mexico, kata kerajaan Mexico dan majikannya, perunding keselamatan ASI Global, berkata.
Ketika itu Batista cuba berunding dengan penculikn rakannya. Ketika tiba di restauran, dia menerima panggilan daripada rakannya bahawa rakannya itu sudah dibebaskan dan pulang ke rumah.
Mengesyaki ada sesuatu yang tak kena, Batista meninggalkan kad kredit, laptop di restauran tersebut. Dia merasakan bahawa ada sesuatu yang tak kena. Batista malah meninggalkan nombor telefon pada staf restaurant tersebut menyatakan bahawa jika ada perkara tidak diingini menimpanya, sila hubungi nombor tersebut, menurut sumber FBI.
Dia kemudian diarahkan untuk menaiki sebuah jeep. Sejak itu, dia terus hilang dan tiada kumpulan mengakui bertanggungjawab.
Tidak pasti sama ada Batista sudah dibebaskan atau tidak. Kerana kali terakhir, pada 2016, isterinya mengesahkan bahawa dia dan keluarga masih tidak berjumpa dengan Felix Batista. Mereka malah mahukan penjelasan daripada pihak penculik. Apa sebenarnya motif mereka menculik Batista?
Isterinya berkongsi cerita pada malam penculikan itu.
“Ketika itu Felix menelefon saya. Dia menyatakan, ‘sayang ada orang kena culik, nanti saya call kamu balik’,”
“Itulah kali terakhir saya bercakap dengan suami saya.”
#Kidnapped Felix Batista was last seen on December 10, 2008, outside a local restaurant in Saltillo, Mexico. That morning, Batista learned that his friend and former chief of security for a local industrial firm had been kidnapped. Batista began working as a negotiator to… pic.twitter.com/EBGWoJO067
— Erin Reed 🌸✌️ (@DisfunkGlee) October 19, 2021
Kedutaan AS menganggap tindakan itu sebagai salah satu cara menunjukkan kepada dunia betapa berkuasanya penculik di wilayah Saltillo itu dengan menculik pakar anti penculikan.
Kedutaan AS di Mexico kemudian mengeluarkan kenyataan: “Dia mungkin telah diserang oleh kumpulan jenayah terancang dalam usaha untuk menunjukkan kuasa mereka kepada dunia. Saltillo tidak berada di tempat yang selamat daripada penculikan.”
Mexico merupakan negara yang terkenal dengan kes penculikan berprofil tinggi untuk mendapatkan wang tebusan. Beratus-ratus orang diculik di Mexico setiap tahun dan bilangan mangsa meningkat dengan pesat kerana peningkatan penagih serta kartel dadah di negara tersebut.
Mexico malah terpaksa mengerahkan tentera mereka untuk menyertai ops memerangi dadah di negara tersebut.
"Felix Batista", an American of Cuban descent, one of de anti-kidnapping experts, negotiated & edited more than 100 cases of kidnapping. He gave a lecture in Mexico in 2008 entitled: "How to protect yourself from kidnapping!" He was kidnapped after de lecture & never came back. pic.twitter.com/5GTGuBYxYv
— M.Anis ur Rehman (@anisrehman73) December 13, 2019
Seminggu sebelum penculikan Batista, Ahli parlimen Coahuila telah membentangkan rang undang-undang kepada kongres Mexico untuk meminda perlembagaan bagi membenarkan hukuman mati bagi penculik yang membunuh tebusan mereka.
Pada 2008, dilaporkan lebih 5,300 orang telah diculik dalam keganasan dadah di Mexico tahun tersebut ketika kartel bertempur antara satu sama lain kerana berebut laluan penyeludupan ke AS dan juga bertempur dengan pasukan keselamatan Mexico yang cuba memulihkan keselamatan negara tersebut.