Panji Petualang adalah seorang pemuda berasal dari Indonesia yang terkenal dengan sikap cintakan haiwan yang muncul kembali selepas mati digigit Komodo.
Bapanya berasal dari suku Sunda Bandung dan Ibunya dari suku Betawi. Panji Petualang sangat terkenal dengan kepakaran beliau menjinakkan haiwan Reptilia yang liar.
Panji mempunyai kemahiran luar biasa dalam menangani haiwan reptilia seperti Ular.
Panji Petualang ada mempelihara banyak jenis Ular dan haiwan Reptilia seperti Biawak,Cicak dan haiwan peliharaan beliau yang paling terkenal adalah Garaga, seekor Ular jenis King Cobra.
Garaga adalah seekor ular jenis King Cobra yang sangat besar. Hobi Panji dalam menyelamatkan haiwan Reptilia ini sudah bermula sejak beliau berusia dua tahun lagi.
Kisah Panji Ketika Berusia 2 Tahun
Ketika berusia 2 tahun Panji mengikut ibunya membersih kawasan rumahnya. Panji menjumpai seekor Ular yang tidak mempunyai ekor.
Panji menyimpan Ular itu kedalam sebuah bekas yang bertutup dan menutup bekas itu dengan kemas namun Ular itu terus hilang.
Mengikut kepercayaan sesetengah individu Ular itu adalah Ular siluman atau dikenali sebagai Ular jadian.
Kerana selepas peristiwa itu Panji sudah berani untuk menghadapi Ular. Bayangkan sahaja kanak-kanak berusia 2 tahun sudah begitu berani untuk menghadapi Ular.
Ibunya juga bercerita ketika Panji dalam kandungan Ibunya bermimpi bertemu seorang Puteri yang mempunyai tubuh seperti Ular lalu puteri itu mengatakan bahawa anaknya yang sedang beliau kandungkan akan membawa rezki kepada keluarga.
Namun Panji menegaskan kejayaan beliau sekarang bukanlah kerana puteri yang hadir didalam mimpinya itu.
Sebagai seorang Islam yang sentiasa menjaga amalnya Panji mengatakan kejayaan ini kerana Allah dan kerana Doa Ibunya.
Panji selain terkenal dengan Ular dan Reptilia beliau juga terkenal dengan sikap kemasyarakatan.
Beliau sering mengikut aktiviti di Masjid dan beliau sering membantu orang dalam apa jua situasi. Panji juga seorang yang mempunyai sikap tidak sombong serta sangat merendah diri.
Ular Sebagai Mainan Ketika Zaman Persekolahan
Panji sejak bangku sekolah lagi sudah mula terkenal dan ada rancangan tv beliau sendiri. Panji sejak kecil lagi sudah pergi ke sawah untuk mencari Ular dan dibuat main.
Jika beliau bertemu dengan Ular jenis Cobra dan Ular jenis Ular Tanah beliau akan membawanya ke Sekolah dan Tempat mengaji untuk dibuat main.
Bayangkan sahaja kanak-kanak sekolah bermain dengan Cobra di Sekolah sudah pasti menjadi sesuatu yang sangat luar biasa.
Mujur pada ketika itu masih tiada Media Sosial jika tidak sudah pasti Panji menjadi fenomena Viral seluruh dunia sejak zaman persekolahan lagi.
Aksi beraninya mendapat perhatian dari sebuah Syarikat akhbar tempatan “Pikiran Rakyat”.
Apabila cerita mengenainya disiarkan di akhbar dari situ lah namanya mendadak naik dan dipanggil ke station television.
Beliau menjadi tetamu undangan di dalam satu rancangan Tv indonesia selepas itu beliau mendapat slot khas rancangan beliau sendiri yang diberi nama Panji Sang Penakluk.
Panji Sang Penakluk
Di dalam rancangan ini Panji telah beraksi dengan pelbagai jenis Reptilia yang liar. Umurnya ketika itu hanya lebih kurang 12 ke 13 tahun sahaja.
Dengan tiada pengalaman dan pendedahan dengan program television Panji hanya melakukan aksi-aksi itu atas kerana minatnya sahaja.
Beliau akan menggunakan sepenuh tenaga untuk aksi dengan haiwan seperti Buaya,Ular dan Komodo.
Tidak seperti sekarang panji lebih kepada seorang Youtubers yang membuat video tentang Reptilia dan banyak berkongsi Informasi berkenaan Reptilia berkenaan.
Bak kata Panji sendiri jika di rancangan Tv beliau akan 80% berlawan dengan haiwan dan hanya 20% slot pendidikan untuk kongsi ilmu tentang Reptilia itu tetap dalam rancangan Youtube miliknya beliau akan beri 80% ilmu pengatahun dan menggunakan 20% sahaja kekuatan untuk bertarung.
https://youtu.be/1YsyRGwod_s
Namun kalau kita mengikuti video aksinya dalam Youtube miliknya kita boleh melihat panji menghadapi King Cobra dan bermacam lagi Reptilia lain dengan begitu banyak aksi berbahaya.
Malah beliau mengatakan itu hanya 20% aksi namun apa yang beliau tunjukkan adalah 100% aksi dan beliau sewajarnya dihormati kerana membuat aksi berbahaya demi berkongsi informasi tentang Reptilia.
Detik Pertemuan Panji Dengan Garaga
Panji mendapat aduan dari beberapa orang kampung yang terjumpa dengan Ular besar di kawasan perkampungan mereka.
Selepas mendapat aduan itu Panji telah pergi ketempat dimaksudkan untuk mencari Ular yang dimaksudkan.
Di situ lah panji menemukan seekor Ular King Cobra yang sangat besar dengan ukuran panjang 5 meter.
Lalu Panji menangkap nya dan membawa pulang. Menurut Panji sukar untuk temukan Ular King Cobra bersaiz mega seperti itu.
https://youtu.be/paqdo2wcJKo
Beliau memberi King Cobra nama jolokan Garaga. Dan nama itu adalah sempena nama watak dalam sebuah rancangan kartun Naruto.
Nama Garaga terus disebut-sebut oleh bermacam pihak. “Subscriber” dalam laman Youtube miliknya juga meningkat mendadak.
Beliau kembali dipanggil menjadi tetamu didalam pelbagai rancangan Tv. Semua orang berminat untuk mengatahui dan mengenali Garaga.
Sampaikan beberapa nama besar dalam Media Sosial Indonesia seperti Atta Halilintar turut berkunjung ke rumah Panji untuk mengenali Garaga.
Menurut Panji, Garaga lebih tenang jika bersama wanita dan menjadi aggresif ketika berhadapan dengan lelaki.
Ramai lagi Bintang dan artis terkenal Indonesia yang pergi bertemu dengan Panji untuk melihat cara Panji mengawal Garaga.
Detik Hitam Panji Petualang
Panji pernah difitnah sudah mati oleh media Indonesia. Iya difitnah sudah mati,walau bunyi nya agak aneh namun fitnah itu memberi kesan yang dalam juga dalam kehidupan Panji.
Ceritanya begini, pada suatu hari itu Panji bersama Crew rancangan Panji Penakluk akan merakam episod tentang Komodo lalu ada seseorang yang menulis kisah bagaimana beliau bermimpi Panji mati digigit Komodo ketika rakaman itu berlangsung.
Yang dimaksudkan oleh orang itu adalah beliau bermimpi Panji meninggal dunia namun “Headline” dalam media tertulis Panji meninggal dunia.
Seterusnya tersebar dengan sangat meluas bahawa Panji sudah meninggal dunia akibat digigit Komodo.
Maka semua orang yang membaca tajuk berita itu terus percaya bahawa Panji sudah meninggal. Sehingga Nenek kandungnya sendiri juga percaya bahawa beliau sudah meninggal.
Ibunya tidak henti-henti menerima panggilan bertanya tentang kematian anaknya sedangkan anaknya masih lagi berada di set penggambaran untuk rakaman seterusnya.
Dek kerana fitnah itu rating rancangan Panji jatuh mendadak. Hal itu disebabkan masyarakat berfikir bahawa siaran Panji Sang Penakluk itu hanya siaran ulangan kerana Panji sudah meninggal dunia.
Tidak mungkin ada siaran langsung jika watak utamanya sudah tiada.
Semakin jatuh rating akhirnya rancangan itu terpaksa dihentikan. Panji kemudiannya meneruskan kehidupan seperti biasa di kampung halaman nya.
Setelah beberapa tahun mendiamkan diri Panji akhirnya bosan dengan pertanyaan orang ketika bertemu dengannya menyangka beliau sudah meninggal dunia.
Kisah Permulaan Membuka Akaun Youtube
Panji berfikir dizaman serba teknologi kini salah satu cara untuk beliau menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat adalah dengan membuat pengumuman di media sosial.
Jadi disitulah tercetusnya idea beliau untuk membuka akaun Youtube untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa beliau masih hidup.
Dan beliau kemudian meneruskan memuat naik beberapa video beliau bermain Ular kedalam Channel milik beliau dan ianya mendapat perhatian masyarakat.
Tidak disangka sangka selepas beliau bertemu Garaga pengikut beliau semakin ramai dan beliau kini sudah menjadi satu fenomena di Indonesia.
Namanya sudah kembali menjadi bual mulut masyarakat tentang kehebatan beliau menangani haiwan Reptilia.
Kalau anda mengikut beliau di Instagram dan Youtube Channel miliknya anda boleh melihat bagaimana Panji berkongsi pelbagai ilmu yang sangat bermanfaat untuk kita pelajari.
Beliau mengajar bukan sahaja tentang sikap Reptillia itu sahaja bahkan beliau turut berkongsi petua untuk menghindarkan kemalangan atau apa yang perlu dilakukan jika berlakunya sesuatu yang tak diingini.
Semoga Panji Petualang terus sihat dan memberi kita pelbagai lagi ilmu bermanfaat.