Kisah Paolo Maldini Bantu Milan Kurangkan Beban Kewangan Dan Meraikan Serie A Dengan Anaknya

Paolo Maldini kini menjadi siualan penyokong AC Milan sebagai pengarah sukan yang benar benar membantu kelab mereka keluar dari masalah kewangan.

Maldini merupakan sporting Director untuk AC Milan. Dia juga masih baru dalam dunia pengurusan tertinggi. Namun peminat Milan mulai menunjukkan potensinya.

Tahukan anda bahawa Maldini sebenarnya tidak pernah merancang akan menjadi pengarah sukan? Nanti kita sembang.

Maldini kembali memenangi hati ultras

Beberapa minggu yang lalu, ultras Milan bersorak nama Maldini di luar San Siro. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Maldini kerana Milan berjaya mara ke UCL dan menjadikan impian scudetto mereka adalah perkara yang boleh dicapai sekali lagi.

Sebenarnya ultras Milan dan Maldini ni sebelum ni tak sehaluan. Maldini hanya ada 1 kelab dalam kariernya iaitu AC Milan. Tetapi dia dianggap tak kompetitif dan dilantik atas faktor kabel.
Maldini bekerja setiap hari dengan suasana yang berbeza dengan apa yang berlaku di kelab lain.

Kredibiliti

Maldini antara orang kuat yang sentiasa menyokong Pioli selain Zlatan yang menggunakan suaranya untuk menyatakan sokongan kepada pengurus itu. Ultras beberapa kali mempersoalkan kredibiliti Maldini.

Malah ada yang meminta Milan menjelaskan sama ada Maldini dipilih atas dasar kronisme nama keluarga Maldini?

Kita semua tahu keluarga Maldini adalah nama paling gah dalam sejarah AC Milan. Mereka malah memiliki jersi khas yang hanya digunakan oleh keluarga mereka sahaja jika mereka bermain di AC Milan.

Kemudian masuk pula Daniel Maldini ke dalam pasukan AC Milan. Jadi memang ada yang mulai mempersoalkannya. Tetapi Maldini hanya bekerja dan bekerja di atas bidangnya.

Ketika mereka melantik Piolli jadi pengurus, ramai peminat Milan sendiri tak suka. Kerana mereka mahukan pengurus berprofil lebih tinggi. Mereka mahu Milan membawa pulang Ancelotti atau

Allegri atau pengurus nama besar lain. Namun team pengurusan Milan terutama sekali Paolo Maldini percayakan Piolli. Itu juga antara sebab kenapa Maldini seringkali disindir.

Pada masa tu Piolli memberikan impression yang bagus kepada para pemain.

Milan berkembang dari setiap hari. Maldini membantu Pioli setiap hari. Dia membantu mengeluarkan Milan daripada beban kewangan yang teruk.

Di mana beberapa tahun lalu Milan pernah dihalang daripada bermain di kejohanan Eropah kerana mereka ada masalah hutang dan akaun FFP tak cantik.

Milan perlahan lahan mengurangkan bil gaji pemain dan kemudian menstruktur semula kewangan kelab.

Mereka melantik Maldini yang dianggap boleh membantu Milan keluar dari masalah kewangan. Pada 2018/19, kelab berdepan beban gaji pemain €142.7 juta.

Kebanyakannya adalah daripada signing yang terlalu emosi dibuat AC Milan ketika pemilikan konsortium China sebelum itu. Namun hasilnya sangat hampeh.

Lalu Maldini masuk sebagai Pengarah Sukan pada 2019. Dia membantu mengurangkan bebanan kewangan kelab. Ini termasuk menjual segera pemain yang tak nak sambung kontrak.

Mereka juga tidak tunduk lagi kepada permintaan gaji terlalu tinggi para pemain. Kesannya, Milan kehilangan bintang seperti Donnarumma yang meminta gaji sangat besar jika kelab mahu dia kekal.

Maldini dan Pioli bertindak segera merisik Mike Maignan dan mereka mengumumkan pemain itu sebelum Donnarumma berlepas secara percuma ke PSG.

Pada hari ini, beban gaji pemain AC Milan turun 43% berbanding pada hari pertama Maldini membuka buku akaun kelab. Mereka mendapatkan beberapa pemain yang berkualiti dengan pakej harga rendah termasuk Giroud, Tomori dan beberapa nama lain.

Siapa sangka daripada bidan terjun, Maldini melakukan tugasannya dengan sangat baik. Dia berkata: “Kerjaya saya sebagai pengarah sukan itu wujud kerana adanya Milan. Itu tiada dalam perancangan saya dan saya bernasib baik kerana tiba pada masa yang tepat.”

Lebih membanggakan dia meraikan kejayaan Serie A sebagai Pengarah Sukan dan anaknya pula sebagai pemain AC Milan iaitu Daniel Maldini.

Menjadikan anaknya itu sebagai generasi ketiga Maldini yang bermain untuk AC Milan dan menang Scudetto. Menamatkan penantian 11 tahun lamanya untuk Scudetto ke-19 dalam sejarah kelab.

Ya memang tiada pemain lebih besar daripada kelab. Namun dalam kes keluarga Maldini mereka adalah ‘The Maldini’ mereka keluarga yang istimewa untuk Rossoneri.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang