Kisah Paolo Maldini Goyang Dan Resah Ketika Lawan Ronaldo Saja

Marcel Desailly bercakap tentang betapa menggerunkan Ronaldo Fenomeno atau R9 satu ketika dahulu. Bukan dia sahaja, malah Paolo Maldini pun goyang jumpa dengan Ronaldo R9 ni.

R9 dikenali sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman. Dan sering dianggap no.9 terbaik pernah ada. Pada eranya dia dianggap yang terbaik.

Kecederaan adalah halangan terbesar dalam kariernya. Walaupun kerap cedera dan berdepan masalah berat badan, dia masih mampu menjadi watak paling mematikan dalam padang.

Paolo Maldini pula seringkali dianggap sebagai bek tengah terbaik sepanjang zaman, atau salah seorang yang terbaik jika anda tak rasa dia yang terbaik.

Maldini tidak pernah gerun atau resah berdepan dengan mana mana pemai kecuali R9. Desaily berkongsi kisah tentang Maldini yang risau dengan ancaman Ronaldo.

Ronaldo versi Inter Milan dianggap Ronaldo terbaik yang ada. Kerana pada masa itu, fizikalnya di tahap terbaik. Dia ketika itu meninggalkan Barcelona untuk menyertai Inter dengan rekod dunia.

Pada masa tu, Ronaldo sentiasa percaya, pemain terbaik dunia harus bermain di Serie A. Dan dia memilih Inter Milan.

Di AC Milan, kelab itu memiliki deretan pemain berkualiti terutama sekali di tengah dan pertahanan. Maldini dianggap lawan sempurna buat Ronaldo.

Di sebalik cerita bahawa Maldini pemain yang sangat tenang, sebenarnya ada hari yang dia kurang tenang dan jadi resah, iaitu hari menentang Uncle Do.

“Saya dan Paolo bermain di AC Milan, ketika itu Ronaldo bermain di Inter Milan.

“Satu satunya momen yang saya lihat Paolo Maldini risau adalah ketika dia tahu dia akan berdepan dengan Ronaldo.

“Dia sentiasa ingatkan saya: ‘Marcel, sentiasa berada di samping aku, aku perlukan bantuan kamu. Jika dia [Ronaldo] berjaya merampas bola, dia akan belari seperti peluru, dan melepasi kita. Pada masa tu, kita tak akan nampak lagi bayang dia’.”

Desaily membayangkan betapa menggerunkan Ronaldo 9 apabila pemain sekaliber Maldini menjadi gentar dan tidak keruan setiap kali berhadapan dengannya.

Baru baru ini Ronaldo menganggap Maldini dan Cannavaro sebagai antara pertahanan terbaik yang dia pernah lawan.

Dia berasa sangat bersyukur kerana ada satu gambar di mana Maldini dan Cannavaro cuba memenangi bola daripada kakinya. Dia anggap itu sebagai gambar paling indah yang pernah dilihatnya.

Ronaldo berkata: “Foto dengan Cannavaro dan Maldini adalah yang paling cantik pernah saya lihat. Gambar paling cantik mereka pernah ambil untuk saya, pastinya.”