Pemain tengah Barcelona dan Sepanyol, Pedri pernah menjawab persoalan yang berlegar, bertanya, adakah beliau keletihan, selepas bermain 70 perlawanan dalam masa 11 bulan.
Daripada musim liga penuh dengan jadual yang padat, disambung dengan aksi Euro 2020.
Ramai peminat menyatakan kebimbangan terhadap pemain berusia 18 tahun itu selepas tersebar gambar menunjukkan dia kelihatan keletihan mental dan fizikal selepas tempoh bola sepak tanpa henti.
Dalam semua pertandingan sepanjang 2020/21 Pedri bermain 52 kali untuk Barcelona, 40 daripadanya adalah sebagai pemain kesebelasan utama.
Dia kemudian terus ke Euro 2020, di mana dia bermain dalam kesemua enam perlawanan Sepanyol dan terlepas hanya satu minit aksi – menentang Switzerland apabila dia digantikan sebelum penentuan penalti.
Tetapi selepas Sepanyol tewas kepada Itali pada separuh akhir, Pedri terus mewakili La Roja pada musim panas ini.
Dia dan pemain pemain seperti Dani Olmo, Eric Garcia, Pau Torres, Unai Simon dan Mikel Oyarzábal semuanya turut bermain di Sukan Olimpik Tokyo.
Bekas prospek Las Palmas itu diminta untuk berehat. Kerana dia selayaknya mendapat rehat tersebut.
Pedri looks very tired even before kick off pic.twitter.com/mfVejhNuZS
— Buzi Brown (@buzibrownie) July 22, 2021
Namun apa yang mengejutkan adalah, Pedri menyatakan dia tidak keletihan. Yang paling penting adalah, sentiasa rehat secukupnya. Tidak tidur lewat ataupun melepak di tempat lain apabila habis latihan ataupun selepas ‘recovery’ selepas perlawanan.
Bercakap kepada Radio Catalunya, Pedri menegaskan: “Saya tidak letih. Saya sentiasa cuba berehat, tidak sukar untuk saya tidur kerana tidur saya sudah teratur [disiplin]. Dan itu banyak membantu saya.”
Pedri hanya mempunyai sembilan hari jarak di antara separuh akhir Euro 2020 Sepanyol dengan Itali dan perlawanan pembukaann Olimpik pertama pasukan itu.
Kempen La Liga Barcelona akan berlangsung hanya seminggu selepas aksi terakhirnya di Olimpik. Dia diberikan cuti oleh kelab. Namun menyatakan dia sudah tak sabar untuk menyertai latihan Barca.
“Saya cuba menikmati setiap detik dan kaki saya sudah cukup baik [kembali bersedia],” tambahnya.
“Cuti? Saya akan lakukan mengikut garis panduan yang diberikan oleh kelab.”
Pedri: "I'm not tired, I always try to rest, it's not hard for me to get some sleep & that helps me a lot." pic.twitter.com/1VexBPIRIF
— Barca Galaxy (@barcagalaxy) July 28, 2021
Gary Lineker sebelum ini pernah berkata, bagi pemain muda, mereka sanggup bermain walaupun berjam jam sekalipun di atas padang. Ini kerana mereka sangat menikmati bola sepak.