Untuk beberapa ketika, Noah Lyles telah merasakan dirinya di awangan dengan memecahkan rekod dunia 200m milik Usain Bolt.
Usain Bolt merupakan sang legenda yang memegang rekod dua acara utama iaitu 100m dan 200m.
Noah Lyles menikmati detik dia menempatkan namanya dalam satu rekod. Itu sudah cukup membanggakan.
Dia seolah olah tak percaya, seakan akan hanya satu mimpi dan merasakan hari itu adalah hari terbaik dalam hidupnya. Noah sudah memikirkan mahu menceritakan detik bangga di hadapan media.
Dan dia sudah tak sabar nak menghubungi rakan dan keluarganya, menyatakan kegirangannya.
Namun, memang itu ibarat hanya satu mimpi. Malah lebih teruk ianya adalah mimpi ngeri.
Perasaannya dipermainkan oleh kesilapan teknikal dalam pertandingan itu.
Semasa bertanding di pertandingan Diamond League, pelari berusia 22 tahun itu mencatat masa yang pantas 18.90 saat dalam acara 200m.
Dengan megastar dari Jamaica, Usain Bolt memahat catatan rekod dunia 19.19 saat yang dianggap sukar dicabar.
Pelari pecut Amerika Lyle telah berjaya memecahkan rekod dunia – membuatkan pengulas ketika itu tidak percaya. Dia mencatatkan masa di bawah 19 saat.
Tidak ada seorang pun dalam sejarah perlumbaan Diamond League, selain dari Lyles, yang pernah melakukan larian 200 meter dalam masa 19 saat dalam jarak yang sama. Kecuali Lyles 200m. Jauh meninggalkan dua lagi peserta yang lain.
Namun realitinya kemudian meruntun jiwa, dia sebenarnya berlari hanya sejauh 185m.
Noah Lyles. 18.90. 200m.
Except…he started at the wrong start line, according to the broadcast.https://t.co/jqpAZl7qnK
— Chris Chavez (@ChrisChavez) July 9, 2020
Kegembiraan pelari Amerika itu tidak lama kerana penganjur acara dengan cepat menyedari dia diberikan garisan permulaan yang salah – yang bermaksud dia hanya menyelesaikan larian 185m, bukan 200m.
Oleh kerana dia hanya berlari pada jarak 15 meter, Lyles kemudian dibatalkan dari perlumbaan dan Christophe Lemaitre dari Perancis diberikan kemenangan.
18.90? 18.90! Wind or not Noah Lyles just ran 18.90!!!!! pic.twitter.com/qWOLu8mrfl
— FloTrack (@FloTrack) July 9, 2020
Dengan wabak yang melanda dunia, Liga Zurich Diamond mengadakan pertandingan bersama atlet secara berasingan.
Untuk acara trek, senapang mula ditembak secara serentak di seluruh dunia dengan skrin terpisah yang digunakan untuk menyiarkan larian para peserta.
Malangnya bagi Lyle, yang melakukan lariannya di tanah A.S. di Florida, dengan kesalahan mudah dengan kedudukan permulaannya yang tak betul.
Bukan benda kelakar
Noah kemudian merasakan dirinya dipermainkan secara emosi dan menganggap ianya bukan perkara yang kelakar.
“Kamu tak boleh mempermainkan emosi saya macam ni. Kamu meletakkan saya di lorong yang tak betul.”
You can’t be playing with my emotions like this….
got me in the wrong lane smh 🤦🏾♂️— Noah Lyles (@LylesNoah) July 9, 2020
Ramai peminat Noah berharap pelumba itu akan terus memajukan dirinya dan melupakan insiden yang boleh mengganggu kariernya itu.
Bagi mereka Noah Lyles telah melakukan larian yang sangat baik. Malah ada yang mendoakan Noah Lyles akan berjaya menempatkan diri ke slot di Olimpik Tokyo.
Seorang pegawai perlumbaan pula mengecam tindakan netizen yang mengkritik mereka.
Dia menyatakan yang salah adalah mereka yang berada di Zurich yang mengarahkan Noah ditukarkan ke lorong 5.
And that's how you run 185m instead of 200m. pic.twitter.com/cyjUeZuySQ
— FloTrack (@FloTrack) July 14, 2020
Namun penjelasan itu tidak dapat diterima. Tak kisahlah tukar ke lorong 5 sekalipun, pegawai di situ kena pastikan Noah Lyles berada di garis permulaan 200 meter.