Kisah Pelombong Kongsi Rezeki Bina 2 Sekolah, Kemudian Dapat Permata Tanzanite Lagi

Kira kira beberapa tahun yang lalu, pada tahun 2020, korang mesti pernah terbaca tentang kisah seorang pelombong, Saniniu Laizer dari Tanzania yang menjadi jutawan selepas menemui batu permata Tanzanite yang berharga.

Dan orang sama menemui satu lagi batu permata berharga tersebut. Dua batu permata hitam dengan yang kebiruan dengan ketebalan setiap satu adalah masing masing 30 sentimeter dan 10 sentimeter.

Sanuniu Laizer sebelum ini sudah menjual batu permata Tanzanite kepada kerajaan dengan nilai $3.3 juta atapun sekitar RM14.15 juta.

Beliau kemudian sedia menerima $2 juta lagi daripada batu Tanzanite yang baru beliau temui beberapa bulan selepas itu.

Menjadikan keseluruhannya dalam masa dua bulan tersebut, lelaki bernama Saniniu Laizer sudah mendapat $5.3 juta ataupun lebih RM22 juta.

Lelaki berusia awal 50-an itu adalah seorang pelombong keicil-kecilan dari Tanzania yang hidupnya berubah dalam sekelip mata setelah dia secara keseluruhannya sudah menemui empat batu permata yang besar. Dan ianya juga bukan batu permata biasa.

Ia dianggap sebagai salah satu batu permata paling jarang ditemui / rare di dunia, Batu tanzanite biasanya dijual antara $300 hingga $600 per karat.

Untuk perbandingan, harga pasaran tanzanite tersebut sekitar $50 juta, sementara KDNK Tanzania sekitar $28 bilion.

Walaupun harganya lebih rendah daripada berlian kerana tidak memiliki kegunaan industri, namun ragam zoisit mineral dan biru ungu dilihat berpotensi menyumbang kepada ekonomi Tanzania.

Batu pertama dari batu ini ditemui pada tahun 1967 dan pada mulanya disebut zoisit biru.

Firma perhiasan popular, Tiffany & Co, yang menyatakan batu yang paling indah yang dijumpai dalam 2,000 tahun kebelakangan ini, memutuskan untuk menjemanakan semula batu itu dengan nama sekarang kerana mereka berpendapat bahawa “biru zoisit” mungkin diucapkan sebagai “bunuh diri (suicide)” dan ini membuatkannya tak laku.

Sejak penemuannya, hampir 40 peratus batu permata berharga ini telah diselundup, menyebabkan Tanzania mengambil langkah untuk menstruktur semula sektor perlombongan.

Pada tahun 2017, negara itu mewajibkan syarikat asing memberikan 16 persen saham dalam penjualan batu permata ini kepada pemerintah.

“Kami sekarang bergerak dari situasi di mana para pelombong kecil menyeludup tanzanite, dan sekarang mereka mengikuti prosedur dan membayar pajak dan royalti kepada pemerintah,” kata menteri perlombongan Tanzania, Dotto Biteko.


Batu permata yang dijumpai Saniniu adalah batu tanzanite berharga paling tinggi di negara tersebut yang pernah ditemui.

Ditemui di bukit Mirerani utara, batu-batu itu beratnya 9.27 dan 5.1 kg.

Niat baik Saniniu

Berbeza dengan orang lain, apabila mendapat wang yang menjadikan jutawan segera, ramai mereka di Tanzania akan memikirkan untuk keluar daripada tempat tersebut.

Malah ada yang mahu menetap di negara Eropah dan Amerika Syarikat untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Tetapi Saniniu pula, ketika pertama kali menerima cek daripada permata yang beliau temui, dia mahu terus kekal tinggal di kampungnya kerana mahu membantu masyarakat di situ dengan wang yang dia ada.

Dia malah menganggap kesemua orang di kampungnya adalah keluarga dan saudara maranya. See! Biasanya orang lain yang akan mengaku saudara kepada orang yang tiba tiba berharta ni kan.

Dia meminta masyarakat di kampungnya ringan ringankan mulut meminta bantuan daripadanya jika memerlukan.

Saniniu berkata, beliau mahu menggunakan wang itu untuk menolong masyarakatnya. Beliau masih melombong seperti biasa. Jika dia tak turun melombong, pastinya dia tak bertemu dengan dua lagi batu permata itu.

“Saya bercadang untuk membina sebuah pusat membeli-belah di Arusha dan sebuah sekolah berhampiran rumah saya.”

Daily Mail kemudian melaporkan bahawa dia benar benar memulakan pembinaa sekolah tersebut dengan serta merta.

“Saya bersyukur kepada Tuhan atas pencapaian ini kerana ini pertama kali mendapat benda macam ini.”

“Ketika saya menjumpai batu ini, saya memberitahu pegawai kerajaan yang menilai batu itu dan hari ini mereka memanggil saya untuk bayaran.”

Laizer sudah menunaikan janjinya. Dia malah memberikan wang kepada mereka yang memerlukan terutama sekali mereka yang tiada wang untuk menyekolahkan anak mereka.

Bercakap kepada Africa News, Laizer mengesahkan dia sudah mulai menunaikan janjinya sebaik sahaja menerima wang itu.

Beliau berkata: “Dengan wang yang saya terima, saya akan beri balik kepada masyarakat saya. Secara peribadi, saya sudah mulai membina 2 buah sekolah daripada wang tersebut.”

Menurut laporan yang sama, Saniniu Laizer ada 4 orang isteri dan 30 anak. Laizer menegaskan beliau tidak akan mengubah cara hidupnya dengan drastik. Beliau akan tetap meraikan kejayaannya itu dengan orang kampungnya.

Dan sudah berjanji akan mengorbankan seekor lembu untuk keraiaan. Beliau kini sudah memiliki kira kira 2,000 ekor lembu.