Kisah Pemain Di Afrika Selatan Pokai Selepas Cerai, Semua Harta Diambil Isterinya

Satu kisah yang agak kejam melanda bekas pemain Orlando Pirates iaitu Tendai Ndoro. Tanda dia terlalu sayangkan isterinya, dia telah meletakkan rumah yang dia beli hasil titik peluh dia bermain bola atas nama isterinta sepenuhnya.

Namun akhirnya dia kena tendang dari rumahnya sendiri apabila isterinya berjaya menuntut cerai daripadanya. Isterinya bernama Thando Maseko dimewahkan Ndoro dengan wang dan barang kemas dan banyak lagi.

Pasangan itu memang agak kontroversi dan pernah terlibat dalam kes pemalsuan dokumen perkahwinan. Mereka juga pernah terlibat dalam kes keganasan rumah tangga pada masa lampau.

Namun Maseko pada masa itu seolah olah bersabar dan menunggu masa sesuai untuk membalas dendam. Ianya dengan meraih semula kepercayaan suaminya dan meminta agar semua harta diletakkan atas namanya.

Ndoro dan Maseko tinggal di rumah mewah di kawasan perumahan elit di Jonnaesburg bernama Kyalami. Hanya orang kaya di negara itu, termasuk ahli politik yang banyak tinggal di situ.

Kawasan tersebut berada berdekatan dengan empangan jana kuasa, kemudian ada gelanggang tenis, gym serta banyak lagi. Ianya dikawal ketat pengawal keselamatan selama 24 jam.

Namun pasangan kontroversi itu telah bergaduh dan akhirnya bercerai. Salah satu alasan digunakan isterinya, Ndoro seorang yang toksik dan ada rekod pernah memukulnya dahulu.

Malang buat Ndoro kerana wang yang dia beli dengan 100% duitnya itu bukan haknya. Kerana ianya atas nama isterinya.

Tendai Ndoro and his wife, Thando
PIC: FACEBOOK

Maseko berjaya menghalau keluar Ndoro daripada rumah itu. Bukan itu sahaja, segala aset miliknya kecuali wang dalam akaun peribadinya sahaja, semuanya milik isterinya termasuk kereta mewah.

Wang dalam akau peribadi Ndoro tidak banyak kerana semuanya disimpan atas nama isterinya. Atas dasar mahu melihat isterinya sentiasa gembira, percaya dengan prinsip Happy wife, happy life.

Ndoro menyesal dengan perbuatannya dan seorang wartawan yang mengulas tentang kisah mereka di B-Metro berkata: “Semua aset di Afrika Selatan milik Ndoro tidak didaftarkan atas nama dia. Kemudian rumah tangga mereka bergolak, dia tidak sehaluan dengan isterinya. Kesannya, dia kena tendang dari rumah di Kyalami Estate.”

“Kesilapan terbesar dia buat adalah tidak mendaftarkan rumah dan keretanya atas nama sendiri dan ini adalah kejatuhan yang teruk buatnya.”

Thando Maseko menafikan bahawa dia adalah pisau cukur. Bercakap kepada Savanna News, dia tidak merampas rumah itu dari Ndoro. Sebaliknya rumah itu sebenarnya hanya disewa oleh mereka. Dia merujuk kepada rumah itu masih diloan di bank. Itupun atas namanya.

“Dia tidak pernah ada rumah dan harta,” kata Maseko merujuk kepada semua harta adalah atas namanya, termasuk kereta.

Jadi selepas bercerai, dia memutuskan untuk membeli rumah itu secara cash dengan wang yang dia ada – yang sebenarnya wang diberikan oleh Ndoro kepadanya. Dilaporkan ketika berkahwin, Ndoro pernah membuat transaksi yang sangat besar ke akaun Maseko. Dan terus Maseko gunakan wang itu untuk membeli kereta.

Selepas mereka bercerai, sehari selepas itu, Maseko terus membeli Jeep. Dia meminta perlindungan daripada polis agar Ndoro tidak berada di sekitarnya.

Ndoro kemudian terpaksa kembali tinggal rumah keluarganya. Kerana dia diletakkan sebagai senarai dikehendaki oleh pegawai keselamatan Kyalami Estate jika dia cuba berada berdekatan kawasan itu.

Kisah Ndoro ini mengingatkan kita kepada kisa Achraff Hakimi yang meletakkan kesemua asetnya atas nama ibunya. Membuatkan isterinya hanya mendapat sedikit sahaja hasil daripada pembahagian harta selepas penceraian.

Dan kisah Ndoro ini tak ubah seperti kisah Eboue dahulu, ketika hartanya habis dikikis bekas isterinya.

Eboue: Kisah Jutawan Menjadi Pokai, RM38 Juta Dikikis ‘Cinggey’ Dari Neraka