Kisah Pemilik OYO Masih Menerima Wang Saku Dari Bapa, Malu Mengaku Dirinya Billionaire

Menarik tentang pemilik OYO ini adalah beliau masih menerima wang saku daripada bapanya walaupun mempunyai syarikat bernilai berbilion ringgit.

Hotel kontemporari ini sering saja kita terpandang papan tanda dibangunan-bangunan tertera perkataan O.Y.O iaitu OYO yang naik ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

OYO merupakan syarikat paling pantas berkembang di dunia ini dan berada dalam kedudukan ke-6 dunia syarikat yang mempunyai rangkaian menguruskan hotel, rumah dan ruang kerja.

Ini Oyot bukan OYO. Kelakar bukan?

Kini OYO mempunyai rangkaian lebih 44,000 hotel dengan 1.2 juta bilik di 800 bandar di 18 negara di pelusuk dunia dan pesat berkembang hari demi hari.

Ritesh Agarwal adalah seorang usahawan India, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OYO Rooms, beliau dilahirkan pada 16 November 1993 di Biassam cuttack, Rayagada,India.

Mungkin ada yang tidak mengenali siapakah beliau. Namun tahukah anda beliau adalah seorang jutawan yang berasal dari negara India dan beliau juga adalah pengasas merangkap Ketua Eksekutif OYO Rooms.

Kehidupan Awal Pemilik OYO

Ritesh Agarwal dibesarkan di Titilagarh, India dan pada ketika usianya 13 tahun dia sudah mula menceburi bidang perniagaan mencari pendapatan sendiri dengan menjual kad sim.

Agarwal adalah seorang pelajar dari sekolah menengah Senior St. Johns dan beliau berpindah ke Delhi pada tahun 2011 untuk melanjutkan pelajaran beliau.

Apabila beliau berumur 19 tahun, Agarwal menghabiskan masa selama tiga bulan untuk berjalan di sekitar India.

Beliau mengunjungi tempat-tempat seperti Darjeeling, Delhi, Goa, Kerala, dan Rajasthan.

Dari situ lah beliau merasai pengalaman buruk sebagai seorang pengembara yang mengembara dengan bajet yang rendah.

Ketika pengembaraan itu beliau sering melalui detik yang sukar apabila menyewa hotel kos rendah.

Mungkin ini mutiara kata daripada Ritesh Agarwal

Keadaan hotel yang kotor dengan kehadiran binatang perosak seperti tikus, cicak dan keadaan tempat tidor yang sangat tidak menyelesakan.

“Saya belajar sesuatu yang sangat menarik dalam perjalanan saya,” katanya dari ibu pejabat OYO di luar Delhi. Dari situ lah beliau dapat peluang untuk membuka perniagaan hotel yang selesa dengan kos sewa yang rendah.

Sesuatu perniagaan membabitkan perkhidmatan yang berjaya dalam dunia ini adalah dengan memberi penyelesaian masalah kepada orang ramai.

Bermulanya OYO Hotel

Hotel OYO yang pertama dibuka di Gurgaon pada tahun 2013 dengan memberikan pelanggan tilam yang empuk dan selesa, television skrin rata dan air panas.

Yang mana sebelum itu perkara demikian tidak pernah difikirkan oleh pengusaha hotel bajet.

Kadar pengunjung yang menginap di hotel beliau meningkat daripada 18% kepada 90% pada bulan pertama. Menurut Agarwal, pada usia 26 tahun, syarikatnya sudah bernilai $10 bilion.

Beliau merakamkan rasa terima kasih kepada pelabur yang sanggup melabur sebanyak $1.6 bilion sejak dua tahun lalu dari SoftBank Group Corp.

Tidak seperti Hotel lain OYO adalah bukan hotel milik persendirian, sebaliknya OYO menyediakan model dan latihan kepada pemilik hotel dengan penjenamaan semula mengikut spesifikasi OYO bersama dengan teknologi penambangan data proprietari yang membantu memaksimumkan pendapatan.

OYO hanya mengambil sebahagian daripada pendapatan dengan margin kasar kurang lebih 20%. Terdapat 44,000 hotel OYO dengan 1.2 juta bilik di empat benua.

Di Amerika Syarikat purata penginapan untuk satu malam adalah $70 ke $80.

OYO bermaksud “On Your Own” namun begitu syarikat hanya menggunakan akronim sahaja sekarang.

Temuramah Ritesh Agarwal Bersama Bloomberg

Dalam temuramah bersama wartawan Bloomberg, Saritha Rai, pemilik OYO itu telah mendedahkan bagaimana syarikat beliau mampu berkembang dengan pesat.

Bagaimana beliau berkembang dengan begitu cepat?

Kurang daripada setahun yang lalu, kami berpusat di India dan mula mencuba untuk memasuki pasaran di China.

Kami adalah pengendali hotel keempat atau kelima terbesar di dunia. Hampir setiap hari kami menambah 70 hingga 80 hotel.

Kami akan membuka hampir 100,000 bilik dalam tempoh 30 hari akan datang. Pada akhir bulan Jun, kami akan mempunyai 50 hartanah di 35 bandar raya di Amerika. Hingga sekarang kami sudah hampir memiliki 200 hartanah.

Kami sedang membina perniagaan di India, tetapi kami mencipta produk yang mana dapat untuk kami kembangkan. Kami memperbaharui bahagian dalaman lebih cepat dan lebih bijak daripada syarikat lain.

Kami beroperasi lebih cekap melalui langkah-langkah seperti aplikasi pengemasan yang memberi insentif kepada yang mampu membersihkan bilik dengan cepat dan mendapat penarafan pelanggan yang tinggi.

Kami mengubah harga kami di seluruh dunia sekitar 60 juta kali sehari, kami juga memaksimumkan keperluan setiap bilik berdasarkan permintaan.

Tiga tahun lagi OYO akan berkembang pada kadar 60%. Tahun ini akan berkembang menjadi 300% atau lebih.

Pada Tier 2, 3 dan 4 bandar di China, anda akan sentiasa nampak tanda iklan hotel OYO.

Apabila anda memandu di sekitar Jakarta atau London sehingga ke Dallas, Houston, atau Las Vegas anda pastinya sukar untuk terlepas melihat kewujudan kami.

Bagaimana Anda Menjadi Seorang Usahawan?

Saya dibesarkan di Rayagada di negeri Orissa di timur India. Tidak ramai orang yang pernah mendengarnya.

Kira-kira 70% orang di sana hidup di bawah tahap kemiskinan. Apabila berusia 13 tahun, saya mula menjual kad SIM kerana syarikat-syarikat besar tidak mahu menjual di bandar kecil itu.

Ayah saya menjalankan perniagaan kedai runcit.  Saya mempunyai empat orang adik beradik. Saya adalah anak yang paling bongsu.

Abang saya yang ketiga adalah seorang jurutera dan dua lagi abang saya mempunyai MBA. Di mata ayah, saya hanyalah seorang pelajar kolej biasa yang gagal menghabiskan pelajaran saya.

Ibu bapa saya fikir mereka mempunyai tiga orang anak yang dihormati dan boleh diharapkan manakala saya hanyalah seekor kambing hitam didalam keluarga.

Mereka memarahi saya dan menganggap saya hanya akan mendapat perkerjaan sebagai seorang pemotong rumput sahaja.

Anda Mengembara Ke India Ke China Dan Amerika Syarikat setiap bulan. Adakah Itu Menyekat Masa Untuk Kehidupan Peribadi?

Satu-satunya yang ada dan tetap dalam hidup saya selain OYO ialah Lisa, anjing saya.

Satu-satunya sebab untuk saya keluar membeli belah adalah membeli aksesori untuk Lisa.

Bapa Pemilik OYO masih memberi wang saku

Menurut Ritesh Agarwal ibu bapa beliau masih tidak faham apa yang beliau lakukan.  Ibu dan bapa Ritesh Agarwal boleh melihat dua hotel OYO dari balkoni rummah membuatkan mereka tidak terlalu bimbang.

Ibu bapa Ritesh Agarwal masih memberi beliau wang saku.

“Mereka kini fikir saya mempunyai pekerjaan yang munasabah dan memberi saya wang saku. Saya tidak pernah meminta dan hanya sekadar menerima berapa sahaja yang mereka beri” katanya sambil ketawa.

Usahawan muda yang membanggakan kampung halaman dan negara tetapi usahanya masih tidak difahami ibu bapanya

Ritesh Agarwal masih mendapat wang saku kerana bapanya berfikiran beliau tidak berjaya seperti abang-abangnya dan masih perlukan bantuan ibu Bapa.

Hakikatnya yang masih mereka tidak tahu dan faham adalah anaknya yang di anggap tidak berjaya itu adalah seorang billionaire bukan jutawan.

Kasih sayang ibu dan bapa Ritesh Agarwal kepada pemilik OYO ini sangat tinggi dan masih bimbang memikirkan masa depan anak dan masih memberi sokongan kewangan kerana khuathir keadaan kewangan beliau.

Lucu tetapi itulah hakikat kasih sayang.