Kisah Penalti Roberto Baggio Yang Membunuh Reputasinya Dalam Piala Dunia 1994

Roberto Baggio dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak dunia. Beliau dianggap pemain Itali paling berpengaruh di dalam sejarah.

Roberto Baggio merupakan pakar bola mati, tak kira sepakan percuma ataupun penalti. Beliau menjadi bintang utama Itali dalam aksi Piala Dunia 1994. Aksi memukaunya membantu Itali mara ke perlawanan akhir. Namun di dalam aksi final beliau gagal menyempurnakan penalti yang dianggap salah satu detik ikonik dalam bola sepak.

Ya, memamg ramai pakar penalti gagal dalam tugasan mereka. Namun penalti yang gagal oleh Baggio dianggap perkara besar dan sensasi untuk diceritakan.

Ini kerana ianya melibatkan Roberto Baggio. Malah detik itu dianggap sebagai salah satu tragedi dalam sejarah Piala Dunia.

Dalam bukunya yang berjudul Una Porta Nel Cielo’ (A Goal In The Sky), Di Baggio berkata: “Itu adalah momen paling sukar dalam karier saya. Sebelum ke final, guru spiritual Buddha saya memberitahu bahawa saya akan berdepan dengan banyak masalah. Dan semuanya bergantung kepada saya untuk menyelesaikannya di saat saat akhir.”

“Saya tidak menyangka bahawa telahan itu sangat tepat.”

Itali tampil di Piala Dunia 1994 dengan reputasi yang gah. Mereka memiliki liga yang dianggap terbaik di dunia. Malah ada pemain yang percaya untuk menjadikan kamu itu pemain benar benar bagus, kamu harus bermain di Serie A.

Pada tahun itu, Serie A memiliki 3 pemain termahal dunia pada masa itu iaitu Gianluigi Lentini, Jean-Pierre Papin dan Gianluca Vialli.

AC Milan pula bangkit menjadi gergasi besar dalam era tersebut dengan memenangi 3 UCL berturut turut. Termasuk kemenangan mengejutkan gergasi Sepanyol, Barcelona yang dibimbing Johan Cruyff.

Di Milan sahaja, ramai bintang yang bermain di sana termasuk Baresi, Maldini, Donadoni, Albertini dan Massaro. Mereka adalah pemain penting di negara mereka.

Bergelut di peringkat kumpulan

Namun ketika berada di Piala Dunia 1994, Itali bermula dengan kesukaran. Mereka dikejutkan Ireland dengan kekalahan 1-0 pada perlawanan pembukaan. Seterusnya mereka menang 1-0 ke atas Norway paa perlawanan kedua dan seri dengan Mexico pada aksi penutupan peringkat kumpulan.

Sehingga ke hari ini, kumpulan tersebut menjadi satu satunya kumpulan dengan 4 pasukan berkongsi mata yang sama dan hanya dibezakan perbezaan gol.

Itali mara ke perlawanan kalah mati berdepan dengan Nigeria. Mereka ketika itu ketinggalan awal hasil gol Emmanuel Amunike.

Magis Di Baggio bawa Itali ke final

Itali memerlukan inspirasi pemain gantian, Gianfranco Zola untuk mengubah corak permainan mereka. Namun pemain itu mendapat kad merah pada baki 10 minit terakhir.

Ramai peminat Itali merasakan bahawa itulah pengakhiran untuk pasukan mereka.

Ketika perlawanan menuju ke wisel penamat, Roberto Baggio telah menyamakan kedudukan. Ini selepas beliau menyempurnakan hantaran oleh Roberti Mussi.

Pada masa ekstra, Baggio mencipta gol untuk Antonio Benarrivo. Pertahanan Nigeria menjatuhkan Benarrivo di dalam kotak penalti. Baggio tampil dengan yakin untuk menyermpunakan tugasan tersebut. Tiada masalah. Ianya hanya salah satu rutin dalam kariernya.

Baggio membantu Itali mara ke suku akhir dengan dua gol. Di pusingan suku akhir Itali bertemu dengan Sepanyol. Di mana dalam aksi tersebut sekali lagi Roberto Baggio menjelmakan magisnya.

Perlawanan terikat 1-1 sepanjang 87 minit. Sehinggalah minit ke-88 Di Baggio menjaringkan gol kemenangan yang membantu Itali mara ke separuh akhir. Di Baggio menewaskan Andoni Zubizarreta di gawang.

Itali berhadapan dengan Bulgaria yang diketuai oleh bintang Hristo Stoickov yang dalam prestasi terbaiknya.

Roberto Baggio meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-21. Dan kemudian menambah satu lagi gol pada minit ke-25. Roberto Baggio kelihatan tidak mampu dikawal ataupun unplayable pada ketika itu.

Hristo Stoickov merapatkan jurang pada minit ke-44 namun Itali tetap mara dengan keputusan 2-1. Kerisauan Itali hanyalah Roberto Baggio yang terpaksa dikeluarkan minit ke-70 kerana kecederaan. Adakah beliau akan mampu beraksi di final?

Roberto Baggio membawa Itali ke final pada masa itu dengan prestasi luar biasanya secara individu. Tanpa beliau mustahil Itali akan mara lebih jauh. Mungkin sudah pulang awal ketika aksi berdepan Nigeria?

Final 1994

Roberto Baggio disahkan beraksi di final. Ramai yang merasakan bahawa ini bakal menjadi final Baggio. Dia menjadi pemain yang paling perform secara individu.

Penganut Buddha di seluruh dunia malah berdoa untuknya. Baggio merupakan penganut Buddha ye.

Perlawanan final di antara Itali dan Brazil berlarutan sehingga ke penentuan penalti.

Penalti yang menjadi detik hitam karier

Dua rakannya iaitu Franco Baresi dan Daniel Massaro gagal menyempurnakan tugasan mereka. Di Baggio perlu menjaringkan gol untuk penalti terakhir Itali.

Malangnya dia melambungkan bola tinggi. Dan Brazil menang Piala Dunia. Walaupun dua rakannya yang lain turut gagal dalam penalti, namun kegagalan Baggio dianggap bencana.

“Sayang sekali, saya pun tak tahu kenapa. Bola itu melambung tinggi 3 meter melepasi sudut gol. Saya sepatutnya menjadi pengambil sepakan pertama tetapi saya keletihan. Namun pasukan ketika itu memerlukan saya untuk melakukan tugasan itu. Saya bukan pemain yang mengelak tanggungjawab, dan saya setuju menjadi pengambil sepakan penalti penentuan.”

“Saya gagal ketika itu. Dan peristiwa itu mempengaruhi diri saya bertahun-tahun. Itu adalah detik paling teruk dalam karier saya. ”

“Saya malah masih bermimpi tentang detik itu. Jika saya boleh memilih mana satu memori untuk dihapuskan dalam karier saya, itu adalah Piala Dunia 1994.”

Impaknya benar benar kuat kepada kariernya. Baggio ketika itu berada dalam peak terbaik, baru berusia 27 tahun.

Namun selepas kegagalan itu, kariernya di pentas antarabangsa merudum. Hanya bermain 4 kali sahaja untuk Itali selepas peristiwa itu.

Dalam Euro 1996, pengurus legenda Arrigo Sacchi terpaksa menyisihkan Baggio kerana prestasinya tidak meyakinkan di peringkat kelab. Beliau malah dilepaskan oleh Juventus ke AC Milan.

Beliau gagal memahat namanya lebih unggul di San Siri. Dan kemudian menyertai Bologna sebelum menyertai Inter Milan. Baggio mengakhiri kariernya di Brescia.

Baggio menyatakan bahawa dia terlalu negatif menerima perkara itu. Ketika dia semakin berusia, dia mulai merasakan dia patut berfikiran lebih terbuka dan positif dan bukannya fokus kepada kegagalan dan kritikan daripada media dan peminat.

Ini kerana Baggio menegaskan, dia seharusnya memikirkan, jika dia menyempurnakan tugasannya hari itu, Brazil tetap berpeluang menang dengan seorang lagi penendang terakhir mereka.

“Ya saya tidak pernah fikirkan pada masa itu adalah, jika saya mencetak gol penalti itu sekalipun, Brazil mungkin masih akan menang kerana mereka ada seorang lagi penendang terakhir. Sebab sebelum saya, Baresi dan Masssaro gagal menyempurnakan penalti mereka.”

Baggio turut kecewa dengan tekanan media yang menurutnya hanya menggariskan kegagalannya yang menepati agenda mereka.

“Sebenarnya, itu adalah adat pertandingan. Saya gagal melaksanakan penalti terakhir. Ianya telah menutupi kegagalan Baresi dan Massaro.”

“Dari final itu, mereka harus memilih mana satu kesalahan yang mereka mahu gariskan dan mereka pilih kesalahan saya.”

“Mereka memerlukan biri biri untuk dikorbankan dan sayalah orang itu. Mereka lupa hakikatnya, tanpa sumbangan saya, kami tak akan ke final. Setelah kegagalan penalti itu, saya hanya banyak berdiam diri dan murung.”

“Saya tidak dapat menerima pengakhiran seperti itu. Ketika kawan kawan saya yang lain pergi keluar dan makan, saya pula mengurung diri saya di dalam bilik.”