Kisah Penculik Anak Li Ka Shing Dapat RM504 juta Dan Meminta Tips Pelaburan Daripadanya

Li Ka Shing merupakan orang Hong Kong terkaya. Di mana pada hari ini dia memiliki nilai kekayaan sekitar $33.7billion.

Pada 2013, Li Ka Shing buat pertama kalinya berkongsi kisah tentang penculikan anak sulungnya, Victor Li, yang ketika itu berusia 31 tahun.

Victor diculik oleh gangster Cheung Tze-keung, yang turut dikenali sebagai ‘Big Spender’.

SCMP melaporkan bahawa, Cheung berjaya mendapatkan HK$1 billion ataupun RM504 juta daripada Li.

Li yang dikenali Superman dari kalangan rakan perniagaannya dilaporkan telah dikejutkan dengan tindakan penculik itu. Di mana selepas penculik mendapat wang itu, penculik tersebut telah menghubunginya sekali lagi.

Namun kali ini penculik meminta tips perlaburan. Bertanya kepada Li, di mana dia harus melaburkan wang tersebut dengan bijak.

Li dengan terbuka menyarankan agar Cheung melaburkan wang itu dalam saham Nanfang Media Group yang berpusat di Guangzhou.

Li sangat terkejut, kerana biasanya penculik akan melarikan diri. Termasuk terbang ke luar negara dan terus hilang.

Ini kerana Cheung sebenarnya baru sahaja mendapat wang yang sudah boleh digunakannya untuk hidup dengan goyang kaki sepanjang hidupnya.

Oleh kerana Cheung meminta tips perlaburan hartanah, Li turut menasihatkan Cheung agar, kalau boleh gunakan wang itu untuk kebajikan. Dan Li berharap Cheung selepas ini berubah, membuka lembaran baru dalam hidupnya dengan menjadi manusia lebih baik.

Li kemudian memberikan amaran kepada Cheung, jika dia tidak berubah, dan terlalu leka dengan wang yang banyak, kehidupan dia akan berakhir dengan tragis. Maka gunakanlah wang dengan sebaiknya.

Li menasihati Cheung kerana mendapat tahu bahawa penculik itu sebenarnya seorang kaki judi tegar dan kerap kalah dengan jumlah wang yang besar di kasino Macau.

Dia dan ahli kongsi gelapnya seringkali merompak di banyak tempat di China, termasuk membunuh dan menculik. Mereka sangat aktif pada era 90-an.

Cheung juga dikenali dengan kecenderungannya merancang penculikan keluarga orang kaya di Hong Kong. Laporan The Business Times pada 1998 menyatakan bahawa Cheung sudah mula menculik keluarga orang kaya sejak 1995.

Dia seringkali mahu menculik keluarga dari kalangan 10 terkaya di Hong Kong.

Pada 23 Mei, 1996, anak Li Ka Shing, Victor Li diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Deep Water Bay. Dia dicuklik di Jalan Shouson Hill Barat, dengan mata ditutup dan tangganya digari.

Dia dilarikan ke satu tempat yang terpencil dan dia sendiri tidak tahu di mana.

Menurut laporan media pada masa itu, Cheung awalnya meminta HK$2 billion daripada keluarga Li. Risau dengan keselamatan nyawa anaknya Li membuat tawar menawar dengan penculik dan berkata dia sanggup memberikan Cheung HK$1 billion tanpa banyak songeh. Ini kerana Li ketika itu tiada HK$2 billion yang diminta oleh mereka.

Ini kerana ketika itu Li sangat cemas melihat gambar anaknya dipasang dengan bom. Malah ketika melakukan pertukaran wang dengan tebusan, Cheung turut masih mengikat bom pada badan Victor. Pertukaran itu dibuat di kediaman Li.

Cheung tidak mendengar nasihat

Ternyata Cheung tidak mendengar nasihat Li. Dia merasakan ‘nikmat’ mendapatkan wang dengan mudah dengan cara itu.

Cheung dan gang dia tidak berpuas hati walaupun sudah mendapat ratusan juta ringgit daripada penculikan itu dan melakukan satu lagi penculikan pada tahun berikutnya. Kali ini mereka mahu menculik keluarga Walter Kwok yang ketika itu merupakan keluarga kedua terkaya selepas Li Ka Shing.

Walter Kwok merupakan konglomerat dalam peruncitan, perbankan dan hartanah serta banyak lagi.

Walter Kwok diculik dan dibelash dibogelkan dan disumbat ke dalam kotak bongkah kayu selama enam hari. Ini selepas Walter enggan melayan permintaan Cheung.

Selepas lama terseksa akhirnya Kwok dan Cheung setuju dengan rundingan HK$600 million (RM302).

Hasil daripada penculikan 2 keluarga tersebut, Cheung dan rakan rakannya mendapat HK$1.6 billion ataupun sekitar RM806 juta. Cheung menjadi penjahat paling dikehendaki poliks Hong Kong.

Cheung pernah dipenjara pada 1991 dengan hukuman penjara 18 tahun. Namun dia dibebaskan awal selepas beberapa siri rayuan dia lakukan. Setahun selepas dibebaskan, dia terus melakukan penculikan 2 keluarga terkaya Hong Kong.

Pada 1998, Cheung dicekup polis dalam operasi besar besaran. Dia melarikan diri sampai ke sempadan Shenzhen. Pada 1998, polis menemui banyak kotak yang diseludup di sempadan. Rupa rupanya kotak itu penuh berisi bahan letupan.

Bahan letupan itu dipercayai cuba digunakan kuncu kuncu Cheung untuk mengebom penjara tempat dia disumbat. Cheung ditahan dalam satu episod tembak menembak antara polis dan pasukan kongsi gelapnya.

Selepas peristiwa itu, Victor Li mengalami trauma sepanjang hidup. Dan tak pernah keluar tanpa pengawal keselamatan lagi. Ahli keluarga Kwok juga begitu. Di mana Walter menasihatkan anak anaknya agar tidak menunjuk nunjuk kekayaan mereka dan cuba hidup seperti orang biasa.

Sumber: AsiaOne