Kisah Pengasas Web Cari Jodoh Match.com Ditinggalkan Aweknya Yang Jumpa Lelaki Lain Di Match.com

Senjata makan tuan, merujuk kepada benda yang kita miliki atau cipta akhirnya memakan diri sendiri. Ianya memang sakit. Pernahkah korang terfikir betapa sakitnya terasa apabila produk yang anda cipta akhirnya merugikan diri kamu sendiri tetapi menguntungkan orang lain. Korang yang susah susah mencari idea dan berkorban masa dan tenaga akhirnya orang lain yang bahagia di atas penderitaan korang?

Gary Kremen merupakan seorang lelaki berhati mulia. Mahu membantu jutaan manusia lain mencari jodoh. Lalu dia mewujudkan laman cari jodoh, Match.com.

Pada 1993, Gary Kremen sudah meramalkan potensi besar laman cari jodoh atas talian. Pada 1994, Kremen menggunakan kad kreditnya ataupun berhutang dulu untuk membeli domain yang berharga $2,500. Di mana ketika itu hanya 5% sahaja rakyat Amerika Syarikat yang ada akses kepada intenet.

Namun pada masa itu, ramai yang skpetikal dengannya. Kerana reputasi negatif ejen cari jodoh, ataupun menerusi majalah – di mana ada ramai penipu. Menggunakan identiti gambar orang lain dan kemudian membuat blind date. Akhirnya kantoi muka tak sama dengan seperti yang mereka hantar ke majalah untuk slot cari jodoh.

Apatah lagi nak percaya kepada mencari jodoh secara online kan? Ditambah pula internet pada masa tu sangat mahal dan sukar diakses.

Kremen cuba memastikan laman Match.com dipercayai ramai. Lalu dia meminta kesemua pekerjanya memuat naik gambar asli mereka sendiri dalam laman tersebut sebagai permulaan untuk menarik orang ramai.

Kremen sendiri mencipta profilnya dan juga meminta teman wanitanya turut berbuat demikian demi untuk menambah lagi pengguna. Kerana setiap seorang pengguna pada masa itu sangat berharga untuk mereka.

Walaupun pada masa itu mereka sebenarnya sudah tinggal sebumbung sebagai pasangan kekasih. Namun Kremen meminta teman wanitanya yang cantik masa itu untuk meletakkan statusnya sebagai single dan mencari jodoh. Begitu juga dengan dirinya.

Sebenarnya itu pun sudah satu masalah kerana dia sendiri melanggar intergriti yang dia wujudkan di mana dia menegah sebarang unsur unsur penipuan maklumat peribadi termasuk status single, janda, duda ataupun balu.

Kemudian ramai yang mulai tertarik dengan laman tersebut. Dan akhirnya, nak dijadikan cerita, ada beberapa mamat ni try la awek dia. Boleh pula awek dia tersangkut pada seorang mamat ni.

Walaupun ideanya menarik minat ramai, tetapi dia akhirnya kehilangan teman wanitanya kerana laman Match.com ciptaan dia sendiri. Teman wanitanya meninggalkannya dan membuang profilenya daripada laman tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepada Match.com kerana membantunya bertemu jodoh.

Kremen ketika itu menahan kesakitan. Dia tak berkongsi tentang cerita itu selama bertahun tahun. Kau bayangkan betapa sukarnya hidupnya ketika itu.

Mungkin dia harus dengar kaset lagu EYE.

Akhirnya dia berkongsi juga cerita tersebut. Dia berkata, trik tersebut membantunya menarik ramai pengguna namun pada masa yang sama membuatkannya kehilangan cinta hatinya.

Kremen berlapang dada dengan menyatakan bahawa laman Match.com berfungsi sebaiknya kerana bekas teman wanitanya itu benar benar bertemu lelaki yang sesuai dengan kehendaknya.

Pada hari ini laman Match.com menjadi antara laman cari jodoh terbesar di dunia dengan digunakan lebih 21 juta pengguna menerusi laporan pada 2019. Ledakan teknologi dan gadget seperti telefon pintar dan komputer yang mudah mengakses internet pada hari ini membuatkan Kremen mengira wang bercucuran masuk ke akaunnya walaupun dulu terpaksa berhutang kad kredit untuk membayar hanya USD2.5k.

Menurut comScore, pada Mei 2015, laman web tersebut menarik lebih enam juta pengunjung unik / unique visitors. Menjadikannya dalam senarai top 3 untuk laman dating di AS.

Syarikat induk Match.com iaitu IAC menjana keuntungan $464 juta pada 2013 secara keseluruhan daripada beberapa laman yang lain terutama sekali dari Match.com. Jadi tak tahu la sekarang ni, siapa lebih menyesal kan? Walaupun hilang aweknya di Match.com, Kremen tak pernah terfikir nak membuang laman web itu dari hidupnya. Bermula dengan keuntungan hanya $50,000 pada 1995 kini Match.com menjana pendapatan ratusan juta.

Itulah kisah Match.com. Kisah kejayaan yang bermula dengan pengasasnya kehilangan aweknya.

Baca yang lain