Kisah Pete Maravich Meninggal Dunia Seperti Yang Dia Sendiri Ramalkan

Kematian itu pasti dan kita semua tidak tahu bila kita akan pergi. Ini adalah kisah seorang pemain bola keranjang yang bernama Pete Maravich dan kematian beliau.

Ia nampak perkara yang biasa, tetapi sebenarnya ada perkara yang menjadikan cerita kematian Pete Maravich jadi bualan seluruh dunia.

Pete The Pistol

Pete Press Maravich lahir pada 22 Jun 1947. Beliau digelar Pistol Pete berasal dari Aliquippa, Pennsylvania. Mararvich memulakan karier bola keranjang sejak kecil lagi.

Beliau menjadi pemain utama di kolej Louisiana State University. Beliau menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman NCAA Divisyen 1 dengan 3,667 mata ataupun purata 44.2 mata untuk setiap perlawanan.

Meletakkan nama beliau dalam Hall Of Fame untuk kejohanan antara kolej, NCAA.

Selepas itu, karier beliau terus meningkat dan menjadi pemain NBA selepas memasuki NBA Draft 1970. Beliau adalah ‘ball handler’ yang luar biasa.

Maravich berjaya ditandatangani oleh Atlanta Hawks. Selepas itu beliau bermain untuk beberapa lagi kelab iaitu New Orleans, Utah Jazz dan Boston.

Sepanjang karier beliau, Pete Maravich banyak memenangi anugerah peribadi. 5 kali menyertai All Stars dan disenaraikan dalam senarai 50 pemain NBA terbaik sepanjang zaman pada 1996.

Jersi no.7 turut direhatkan oleh Utah Jazz tanda penghargaan kepada salah seorang pemain paling berbakat dalam generasi beliau.

The Pistol antara pemain yang paling konsisten dalam permainan beliau. Jadi tak hairanlah beliau menjadi kegemaran penyokong di mana sahaja beliau bermain.

Temu Ramah ‘Berhantu’

Ketika berada di tahun rookie, dalam satu temu ramah Pete Maravich pada 1974 dengan Beaver County Times, Maravich berkata:

“Saya tak mahu bermain di NBA selama 10 tahun dan kemudian mati sakit jantung pada usia 40 tahun.”

Maravich menggambarkan sukan itu terlalu mendebarkan untuk beliau berada di dalam arena dengan sorakan penyokong.

Secara kebetulan, beliau bermain di NBA selama 10 tahun dan terpaksa bersara kerana masalah kecederaan yang berterusan. Dan pada tahun 1980 beliau telah meninggal dunia pada usia 40 tahun. Dan cuba anda teka, sebab apa?

Jawapannya, sebab serangan jantung.

Wartawan yang pernah menemuramah Pete Maravich pada 1974, Andy Nuzzo menyifatkan peristiwa itu agak menyeramkan apabila beliau mengenangnya.

“Berita kematian beliau terpampang di muka depan surat khabar di atas meja saya. Saya baca, dan baca lagi. Saya seperti tak percaya. Segalanya sama seperti yang mendiang pernah katakan.”

“Ketika dia menyebut perkara itu, Pete baru bermain 4 tahun di NBA dan dia katakan dia sudah tiada hati untuk bermain NBA lagi. Dia mahu melakukan benda lain.”

Sebelum meninggal dunia, beliau mulai terlibat dalam banyak aktiviti spiritual termasuk sesi terapi dan yoga. Beliau memberitahu wartawan yang beliau mahu mencari erti kehidupan sebenar.

Sebelum meninggal dunia beliau sempat bersyukur kerana kenal erti agama sebelum terlambat. Beliau tidak mahu mengejar nama dan populariti seperti bintang NBA bersara yang lain. Beliau banyak terlibat dalam aktiviti di gereja dan kebajikan.

Dukacitanya, pada 5 Januari 1988, Maravich telah mengalami serangan jantung ketika sedang bermain bola keranjang di sebuah gym di Pasadena, California bersama-sama dengan ahli gereja yang lain.

Kematian Maravich lebih tenang daripada ibunya yang sebelum itu meninggal dunia kerana membunuh diri dengan senapang. Ayahnya juha sudah meninggal dunia selepas kematian ibunya.

Kisah Pete Maravich ini dikelaskan oleh ramai penulis sukan sebagai antara kebetulan yang paling dahsyat dalam sejarah sukan.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa