Kisah PSG Tolak Tawaran €200 Juta Madrid Untuk Mbappe Dan Yakin Akan Menang UCL

Salah satu berita sensasi pada perpindahan awal musim adalah berlaku 2 percubaan mengejut pada saat saat akhir jendela perpindahan pra musim untuk mendapatkan Kylian Mbappe.

Ianya adalah kenyataan yang jelas tentang minat Real Madrid. Menepis spekulasi bahawa mereka cuba bermain taktik kotor hanya mahu mencipta spekulasi agar Mbappe tidak melanjutkan kontrak.

Sebaliknya Real Madrid tidak kisah untuk membayar Mbappe dengan nilai sangat besar.

Beberapa bulan kemudian, Florentino Perez menyindir beberapa kelab di Eropah sekarang tidak risau langsung pasal pendapatan kelab kerana mereka mendapat tajaan daripada duit kerajaan.

Perez sahkan bidaan gila gila

Perez melabel kelab kelab ini sebagai kelab negeri, yang dipayungi dana awam. Perez mendedahkan bahawa, sekarang ini, kelab kelab negeri ini tidak pandang tawaran €200 juta sekalipun.

Istilah state club ni biasanya digunakan untuk menyindir kelab kelab yang tidak pandai mencari dana sendiri, sebaliknya bergantung kepada duit awam ataupun bahasa pasar kita duit rakyat.

Menurut Perez, Real Madrid ada membida seorang pemain dari kelab negeri ini dengan nilai €200 juta, namun ianya ditolak, walaupun pemain itu sudah hampir menjadi ejen bebas.

Peminat bola sepak dan pemerhati tahu bahawa Perez memaksudkan bidaan Real Madrid ke atas Kylian Mbappe. Dan kelab negeri yang disindir oleh Perez itu ialah PSG.

Kylian Mbappe sendiri, selepas itu menyatakan bahawa, beliau agak terkesan apabila PSG menolak tawaran besar daripada sebuah kelab untuk mendapatkan khidmatnya.

Mbappe pastinya merujuk kepada Real Madrid yang sebelum ini dilaporkan melancarkan 2 bidaan pada minggu terakhir perpindahan pra musim. Namun kedua duanya ditolak PSG.

Bidaan pertama bernilai €180 juta dan bidaan kedua bernilai €200 juta.

Bercakap dalam perhimpunan agung kelab Real Madrid, presiden Real itu menyatakan ada banyak kelab negeri yang ditaja oleh dana awam seperti PSG, Manchester City dan sekarang Newcastle United.

Mereka telah mewujudkan situasi tidak adil kepada kelab kelab lain yang berusaha mencari jalan mendapatkan wang menerusi perniagaan.

Perez berkata: “Kita harus memenuhi kontrak kita dan cuba membawa masuk pemain yang bagus dan pemain terbaik.”

“Namun kita tak mampu membeli mereka. Kerana sekarang, kamu tawarkan €200 juta sekalipun, mereka tak nak jual.”

“Lebih baik tunggu pemain pemain ini habis kontrak, tetapi buat masa ini, terlalu banyak kelab tajaan negeri ini tak mahu menjual pemain kepada kamu.”

“Saya berusaha agar kela ini mencari sendiri wang, itu adalah perkara penting, bukannya mendapat wang entah dari mana mana sumber.”

“Masanya akan tiba juga nanti di mana 30 kelab teratas Eropah adalah kelab kelab yang ditaja oleh duit kerajaan.”

“Ini bercanggah dengan prinsip kesatuan Eropah. Saya berada di sini untuk terus menentang apa yang saya sudah tentang sejak saya mula mula tiba dulu.”

“Untuk menegakkan prinsip EU: Solidariti, persasingan dan fair play, kita harus perbaiki semua ini dan saya akan berjuang.”

PSG dikatakan sangat yakin akan dapat memujuk Mbappe untuk terus kekal. Kerana mereka baru sahaja membawa masuk Lionel Messi dan dalam perbincangan positif dengan Neymar pada masa itu. Di mana selepas itu Neymar melanjutkan kontraknya secara rasmi.

Jika PSG memenangi UCL, mereka akan dapat meyakinkan Mbappe bahawa kelab itu lebih daripada sekadar jaguh kampung.

Ketika aksi antara PSG dan Real Madrid dalam kalah mati. Perez dikatakan kecewa dengan pendekatan Ancelotti yang agak defensif dalam perlawanan pertama mereka.

Ianya dikhuatiri akan membuatkan Mbappe tidak mahu datang ke Madrid.

Namun pada perlawanan kedua Real Madrid bangkit dan menewaskan PSG. Kemenangan itu sangat penting dalam menentukan hala tuju Mbappe.

Dan beliau mulai merasakan bahawa Real Madrid adalah destinasi terbaiknya.

Mbappe sudah banyak memenangi trofi bersama PSG dan Perancis. Namun dia sangat mengidamkan UCL. Real Madrid adalah destinasi terbaik baginya.

Mbappe ke Real Madrid musim hadapan, lapor Ornstein

David Ornstein pula melaporkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu telah pun membuat keputusan tentang masa depannya. Dia akan meninggalkan PSG pada akhir musim ini.

Kemudiannya, Mbappe dilaporkan sudah mempersetujui syarat dan terma peribadi dengan Real Madrid. Namun Mbappe masih belum menandatangani kontrak tersebut secara rasmi.

PSG masih berharap akan dapat memujuk pemain itu terusk kekal bersama mereka dan menerima syarat baharu dalam kontraknya.

Mbappe enggan mendedahkan rasmi sehingga bulan depan – baru dia mendedahkan pasukan mana akan diwakilinya — sebelum dia menyertai pasukan kebangsaan Perancis untuk Liga Negara-Negara UEFA.

Laporan yang muncul dari Sepanyol menyatakan bahawa Mbappe telah mencapai persetujuan dengan Real Madrid. Dia sedang dalam proses menandatangani kontrak lima tahun, serta mengaut €100 juta daripada hanya daripada bonus menandatangani kontrak.

Nampaknya terdapat kebimbangan mengenai hak imej sebelum ini. Real Madrid hanya menawarkan 50% daripada hak berbanding PSG 100%.

Hak imej menjadi sebab kenapa rundingan antara Mbappe dan Real Madrid tiba tiba menjadi rumit.

Bagaimanapun, perkara telah diselesaikan sekarang, kerana juara Sepanyol itu telah menambah baik tawaran mereka sebanyak 10% lagi. Pemain itu juga akan membawa pulang gaji bersih €25 juta setahun.

Tamparan buat PSG

Jika Mbappe benar benar menyertai Real Madrid pada musim hadapan. Bermakna PSG telah melepaskan peluang menjual pemain yang berbaki semusim sahaja dalam kontrak dengan nilai €200 juta. Kemudian kegagalan mereka menjuarai UCL musim ini juga menjadi salah satu sebab kenapa Mbappe pergi secara percuma ke kelab yang pernah memancing pemain itu dari mereka.

Real Madrid sedia membelanjakan wang itu untuk membayar bonus yang luar biasa kepada Mbappe.

Walaupun wang sentiasa bukan isu besar bagi PSG. Tetapi angka €200 juta itu akan dapat memberikan ‘boost’ kepada akaun FFP mereka untuk mendapatkan bintang lain.

Lebih penting, Nasser Al Khelaifi dikenali dengan sikapnya tidak mahu kalah dengan sesiapa sahaja. Terutama sekali kepada Perez yang merupakan pejuang Liga Super Eropah. Di mana Nasser adalah penentang no.1 idea itu.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.