Kisah Ratu Venezuela Didera Abang Sendiri Kerana Cemburu Dan Mati Sebagai Gelandangan

Memenangi pertandingan ratu kecantikan khususnya di peringkat kebangsaan biasanya menjadikan seseorang itu mempunyai masa depan yang cerah.

Ia juga merupakan jalan pintas menuju kemasyhuran terbuka luas dengan pelbagai iklan dan tawaran pekerjaan lain yang menanti.

Kaum keluarga juga pasti akan menyokong karier anak mereka. Namun kisah berbeza dialami oleh seorang wanita dari Venezuela.

Dia pernah memegang gelaran Miss Venezuela 1973 dan menjadi sangat popular. Malangnya, nasib wanita ini berakhir dengan tragis.

Di Venezuela, memenangi ratu cantik adalah impian setiap gadis. Ia akan membolehkan mereka melebarkan karier mereka sebagai selebriti. Terutama sekali boleh menjadi bintang tv seperti pelakon telenovela.

Cantik dan bijak

Pada usia 26 tahun, Damarys Ruiz telah dinobatkan sebagai Miss Venezuela 1973. Dia dianugerahkan wajah yang cantik. Ketinggian Damarys hanya 160 cm, tetapi dia mempunyai badan yang seimbang dan cantik.

Salah satu sebab dia menang adalah kecerdikan fikirannya dalam menjawab soalan pengetahuan am diajukan juri.

Dia memiliki  bentuk badannya diibaratkan seperti jam pasir. Bukan sahaja cantik fizikal, Damarys juga seorang wanita yang berpendidikan tinggi. Beliau adalah seorang graduan undang-undang dan seorang peguam mengikut profesionnya.

Malangnya, Damarys tidak pernah menikmati kejayaan walaupun dia dikurniakan kecantikan, kemasyhuran, dan kecerdasan. Selepas memenangi Miss Venezuela, dia tidak meneruskan kerjayanya dalam bidang undang-undang.

Sebaliknya, dia pulang ke rumah dan menjual kraftangan dan perhiasan yang diperbuat daripada barangan terpakai di bandar Caracas, Venezuela.

Alami keganasan fizikal daripada abang abang sendiri

Damarys kurang bernasib baik dalam soal cinta. Dia tidak pernah mempunyai teman lelaki. Ini kerana abang abangnya yang sangat cemburu dia berbahagia bersama dengan lelaki lain.

Keluarga itu juga menimbulkan masalah baru untuk Damarys. Dia selalu mendapat penderaan fizikal daripada abangnya yang tinggal bersamanya. Abang-abang Damarys didakwa cemburu dengan pencapaiannya, lantas merampas kebebasan Damarys.

Mereka tak mahu Damarys berjaya melebihi mereka. Abang abangnya menganggap kejayaan Damarys adalah tamparan kepada mereka yang lain.

Damarys mengakui dia sering dibiarkan kelaparan. Dia juga diancam, diugut dan dipukul dengan kerap. Beberapa kali wanita itu melaporkan kepada polis namun pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.

Lari dari rumah untuk hidup di jalanan

Pada tahun 2000, Damarys melarikan diri dari rumah agar tidak diseksa lagi oleh abangnya. Dia awalnya tidak pernah terfikir akan gelandangan di jalanan.

Namun itu yang berlaku kepadanya.

Salah seorang yang mengenali Damarys ketika dia tiada tempat tinggal ialah Rosalda Gomes.

Pic shows: Former Venezuelan beauty queen Damarys Ruiz spent the last 15 years of her life homeless.

Gomes menyaksikan bagaimana Damarys menderita sejak dua tahun lamanya. Gomes berkata Damarys mengalami kemurungan yang mendalam tanpa sokongan keluarga atau rakan.

Namun, Gomes tetap menganggap Damarys sebagai wanita yang bijak dan cantik luar dan dalam. Pada pandangannya, Damarys seorang penceramah / jurucakap yang hebat kerana dia pernah mengkaji banyak kes semasa di universiti.

Damarys mempunyai begitu banyak pendapat yang menakjubkan, sehingga Gomes sangat kagum dengan pemikirannya setiap kali ada perbincangan atau pembentangan. Termasuk subjek yang sangat rumit.

Damarys Ruiz meninggal dunia

Pada 9 Mei 2015, Damarys ditemui mati selama beberapa hari di sebuah taman. Pihak hospital wilayah tempatan berkata mayat Damarys tidak dapat dikenal pasti kerana tiada keluarga yang melawat atau menuntutnya.

Malah sehingga berita kematian Damarys disiarkan, keluarga dan saudara maranya tidak menziarahi jenazah Damarys kerana mereka sudah menganggap Damarys sudah mati pada hari dia meninggalkan rumah.

Baca yang lain