Kisah Roberto Carlos Tinggalkan Inter Kerana Roy Hodgson Suruh Dia Main Posisi Penyerang

Bekas bintang Brazil, Roberto Carlos mengimbas kembali detik kenapa dia meninggalkan Inter Milan ke Real Madrid.

Untuk adik adik yang dikasihi, dulu Serie A tu kira liga paling power di mata pemain. Pemain yang hebat akan lengkaplah karier mereka kalau bermain di Serie A.

Sebut je nama nama besar macam Ronaldo Fenomeno, Gabriel Batistuta dan ramai lagi, semua berbangga dengan status sebagai seorang pemain Serie A. Namun selepas skandal Calciopoli, maka status liga Itali tu mulai merosot.

Roberto Carlos sebenarnya sangat sayangkan Inter Milan. Namun dia menegaskan hanya mengambil masa 10 minit pada hari itu untuk memutuskan menerima tawaran Real Madrid.

Semuanya gara gara atok Roy Hodgson yang menyuruhnya bermain di bahagian tengah.

Pemain bek kiri itu hanya kekal selama semusim di Inter sebelum mengambil keputusan untuk ke Estadio Santiago Bernabeu pada musim panas 1996.

Carlos berkata: “Roy Hodgson menghancurkan saya. Di Inter mereka meletakkan saya di posisi sayap, dan pernah juga sebagai penyerang.”

“Masalahnya adalah saya telah menjaringkan tujuh gol dari tujuh perlawanan pertama saya.”

“Itu menyebabkan mereka [Inter] meletakkan saya di bahagian hadapan, dan saya rasa merana.”

“Saya bercakap dengan Presiden [Massimo Moratti] untuk menjelaskan kepadanya bahawa saya tidak boleh bermain di posisi itu.”

“Ini kerana Copa America sudah semakin dekat, dan saya harus beraksi di posisi yang saya mahu untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan.”

“Menariknya ketika pertemuan dengan Presiden, Lorenzo Sanz [Presiden Real Madrid] juga berada di situ untuk bermesyuarat. Dan pada 10 minit seterusnya, saya sudah menyertai Real Madrid.”

Carlos pernah menyatakan bahawa Roy Hodgson sebagai pengurus yang tidak tahu bola sepak.

Memang pemain harus mengikut kehendak jurulatih dan sedia bermain di mana sahaja. Namun Carlos ternyata kes berbeza. Kerana dia memang bek sisi elit dan di situlah tempat dia harus diletakkan bukannya meletakkan dia di tengah atau penyerang.

Selepas menyertai Real Madrid, Carlos menjadi bek sisi ofensif yang elit. Dianggap yang terbaik pada generasinya, malah antara yang terbaik sepanjang zaman.

Carlos si bek sisi prolifik

Roberto Carlos memang bek sisi yang prolifik. atu peta gol Roberto Carlos didedahkan oleh laman statistician Gegenpressing91. Dan ianya sangat luar biasa. Di mana Carlos menewaskan penjaga gol dari semua arah. Dan kebanyakan gol beliau adalah versi screamer dan peluru.

Jika anda perhatikan di bawah ini, warna kuning itu adalah gol menerusi bola mati/ sepakan percuma. Ada satu indirect freekick dalam kotak penalti yang mustahil untuk penjaga gol selamatkan. Kerana terlalu laju.

Saksikan di sini gol itu:

Ini adalah catatan peta gol oleh Carlos di dalam kariernya:

Satu gol ditanda berdekatan dengan tiang penjuru itu adalah gol outswinger yang dia buat ketika berdepan dengan Tenerife. Di mana Carlos mengejar bola yang hampir keluar dan kemudian merembat kilas.

Dan paling legend adalah gol UFO menewaskan Fabian Barthez dengan lencongan yang dianggap mencabar hukum fizik.

Roberto Carlos seringkali dianggap sebagai bek kiri terbaik sepanjang zaman. Kerana keupayaan beliau menjaringkan gol, mencipta dan bertahan. Bahkan, Carlos dianggap pemain yang membuatkan semakin ramai generasi baharu mulai berminat bermain posisi fullback, yang sebelum ini dianggap tak ‘cool’.

Ini antara assist tercantik Roberto Carlos di dalam kariernya:

Sepakan percuma Carlos sangat deras. Dan ramai pemain profesional sendiri menyatakan mereka hanya berserah kepada Tuhan ketika terpaksa ditugaskan menjadi benteng pertahanan ketika sepakan percuma diambil Carlos.

Beliau boleh menewaskan penjaga gol dari jarak yang sangat jauh. Lihat gol ini ketika berdepan Gremio:

Sudah pastinya Roberto Carlos adalah antara pemain paling berjaya dalam kariernya termasuk pernah memenangi Piala Dunia serta banyak kejayaan di peringkat kelab terutama sekali dengan Galaticos.

Roberto Carlos akan diingati sebagai insan yang menjadikan bek sisi mulai menjadi posisi yang digemari semakin ramai anak muda. Dulu mana ada pemain nak main side back.

Bak kata Carragher, posisi side back ini dulunya ibarat kau pemain wing yang gagal dan juga bek tengah yang tak bagus. Tapi kerana Carlos, ramai yang menganggap posisi itu cool dan bergaya kalau dimainkan dengan flair dan keliaran tersendiri.