Kisah Sadis Pogba, Hilang Kawan, Difitnah Abang Sendiri, Terlepas Aksi Piala Dunia Dan Digantung 4 Tahun

Kegemilangan karier Paul Pogba sudah boleh dikira berakhir. Ini selepas Agensi Anti Dadah Itali menjatuhkan hukuman gantung 4 tahun ke atas Pogba.

Pendakwaan berjaya membuktikan bahawa Pogba telah positif dalam ujian doping selepas aksi Juventus menentang Udinese. Di mana dalam perlawanan itu dia tak terlibat langsung untuk beraksi kerana menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan.

Agensi Anti Dadah Itali melakukan ujian rawak ke atas pemain pemain seperti biasa. Dan pada hari itu Pogba yang baru sahaja kembali ke pangkuan pasukan setelah berehat panjang kerana kecederaan, telah kantoi ada lebihan testoeron dalam badannya.

Peguam Pogba menasihati dia tidak membuat rayuan kerana risau hukuman lebih berat dikenakan ke atasnya jika rayuan gagal. Dan mereka meminta pengurangan hukuman kerana Pogba dikatakan tidak sengaja mengambil barang terlarang itu.

Namun hujah itu ditolak kerana lemah. Berbeza dengan Andre Onana sebelum ini yang hukumannya dikurangkan selepas dia berjaya membuktikan isterinya tersilap memberikannya sukatan ubatan. Kerana isterinya yang menjaga perkara itu.

Pogba kini di ambang kejatuhan kariernya.

Dia yang akan berusia 31 tahun pada 15 Mac ini hanya akan kembali beraksi pada usianya 36 tahun kelak.

Juventus sebelum ini sudah merancang mahu menamatkan kontrak Pogba atas alasan pemain itu tidak bersikap profesional dalam pengambilan nutrisi sehingga digantung 4 tahun.

Juventus sudah melakukan siasatan dalam ke atas perkara itu. Dan ternyata Pogba dikatakan mengambil supplement terlarang itu ketika bercuti di Amerika Syarikat. Tanpa pengetahuan atau kebenaran mana mana doktor atau pegawai nutrisi kelab.

Itu adalah alasan kukuh kenapa Juve mahu menamatkan kontrak pemain itu serta merta selepas ini. Mereka tidak akan sanggup menanggung kontrak Pogba yang sangat besar di Juventus sehingga 2026.

Sejak kembali semula ke Juventus, karier Pogba jatuh lebih teruk daripada yang dia sangkakan. Ketika meninggalkan Man United, Pogba mengejutkan peminat United apabila dia bersetuju untuk terlibat dalam dokumentari khas.

Di mana dia mengutuk Man United di dalam dokumentari tersebut. Ini termasuk membidas United yang tidak melayannya sebagai bintang utama.

erusi dokumentari Pogmentary Pemain itu mendakwa bahawa Manchester United berbohong ketika kelab itu menyatakan bahawa mereka menawarkan kontrak terbaik kepada Pogba.

United sebelum ini menyatakan bahawa mereka mahukan Pogba terus kekal bersama dengan mereka. Dan sedia menawarkan tawaran kontrak terbaik untuk Pogba. Sedia menjadikannya sebagai salah seorang penerima gaji terbesar di kelab.

Malangnya, Pogba menyatakan bahawa beliau langsung tak menerima sebarang tawaran kontrak yang dimaksudkan oleh Man United.

United dikatakan menawarkan lebih £290k seminggu kepada Pogba. Angka yang dilabel Pogba sebagai ‘tidak ada apa’.

Oleh itu Pogba tidak melihat kelab tersebut serius mahukan dia kekal. Proses rundingan tersebut juga dikatakan sangat perlahan.

“Fikiran saya [tentang] proses tersebut adalah untuk menunjukkan Manchester United bahawa mereka telah melakukan kesilapan apabila mereka terus menunggu [berlengah] dalam memberikan saya kontrak baharu.”

“Macamana kamu boleh kata yang kamu benar benar mahukan pemain itu kekal tetapi menawarkan … tak ada apa.”

Dalam dokumentari itu Pogba menolak tawaran sekitar £300k seminggu itu. Yang dianggap tiada apa.

Kenyataan Paul Pogba itu membuatkan ramai peminat Man United kecewa.

Mereka menganggap tawaran sekitar £300K seminggu itu pun boleh dikira cukup besar untuk bakat yang sentiasa mengecewakan mereka kerana sangat tak konsisten.

Pemain tengah itu, yang kembali semula ke Manchester United dalam perjanjian £89 juta daripada Juventus pada 2016 ataupun EUR100 juta, itu dikatakan sengaja mahu pergi secara percuma. Yang membolehkan dia mendapat bayaran agensi dan bonus tandatangan.

Dia sah menyertai Juve, menerima pengurangan gaji. Sambil dia menyatakan dia sangat lega kerana akhirnya kembali semula ke rumahnya.

Namun ketika di Juve situasinya memburuk. Dia dilanda kecederaan panjang ketika latihan pra musim. Dia kembali semula beberapa bulan kemudian dan cedera kembali serta merta.

Itu membuatkan Pogba disisihkan daripada kempen Piala Dunia 2022 oleh Perancis.

Bukan itu sahaja, abangnya, Matthias pula membuat tuduhan liar yang macam macam tentangnya. Ini termasuk menuduh Pogba menyihir Mbappe kerana dia cemburu dengan pemain itu.

Pogba juga diancam oleh samseng yang merupakan kawan kawan abangnya. Mereka tak puas hati kerana Pogba sudah tak mahu menanggung mereka lagi, yang merupakan kawan kawan Pogba sendiri menerusi abangnya.

Salah seorang kawan Pogba hanya duduh di rumahnya kerana menganggur pernah menggunakan kad kredit Pogba tanpa kebenaran. Membuatkan dia dihalau Pogba. Itu yang membuatkan mereka menuduh Pogba lupa daratan.

Pogba membayangkan dia mahu bersara daripada bola sepak kerana menurutnya, kemahsyuran dan wang membuatkan dia terputus saudara.

Beberapa hari selepas kenyataan itu, dia benar benar di ambang ‘berhenti bermain  bola’ secara profesional. Kerana dia kantoi dalam ujian doping.

Baca yang lain