Kisah Samsung, Nokia Dan Apple

Pada tahun 1985, Steve Jobs keluar dari Apple dan mendirikan perusahaan NeXT yang kemudiannya menjadi fundamental daripada kesuksesan sistem operasi Mac OS yang digunakan di dalam komputer-komputer Apple.

Steve Jobs juga berjaya membangunkan Pixar, yang merupakan salah satu bahagian penting di Lucasfilm – yang telah menjadi perusahaan animasi yang terbaik sehingga ianya dibeli oleh Disney.

Ketika Apple hampir muflis pada tahun 1996, Steve Jobs telah kembali untuk membawa perubahan sebagai CEO.

Steve Jobs mengembangkan produk dan servis yang sangat menguntungkan seperti iMac, iTunes, iPod, iPhone, iPad, Retail and App Store. Dan Apple pun sukses menjadi perusahaan yang paling bernilai di tahun 2011.

Dasar Steve Jobs adalah tiada kompromi. Semua orang kena ikut apa yang dirancangnya. Tak perlu banyak kepala.

Sementara itu, Nokia adalah pelopor teknologi GSM pada kebanyakan telefon pintar di seluruh dunia.

Sejak 1998, Nokia telah menjadi kuasa dominan dalam industri telefon pintar yang semakin mendapat sambutan dan semakin menjadi keperluan kepada manusia.

Sesuailah dengan mottonya, ‘Connecting People’.

Sehingga tahun 2011, maka iPhone dan Android mulai menjadi ledakan baharu dalam dunia telekomunikasi.

iPhone menggunakan platform iOS manakala Samsung dengan sistem operasi Google dan Android.

Nokia semakin tewas dalam bersaing dengan Samsung dan Apple. Di mana pada 2012, Samsung menjadi telefon pintar paling laris dan iPhone menjadi telefon pintar paling banyak dihasilkan.

Harga saham Nokia jatuh teruk pada 2012 dan tidak ada nilai di mata pelabur.

Samsung terus maju

Samsung Electronics melancarkan produk telefon bimbit pertamanya pada tahun 1988. Namun mereka bukanlah terus popular. Malah di negara mereka sendiri di Korea Selatan, mereka di belakang Motorola, pada awal 90-an.

Samsung pernah hampir berputus asa dalam bidang pembuatan telefon bimbit. Namun mereka tetap cuba bertahan. Pada tahun 2000, Samsung mulai melabur kepakaran pada bidang inovasi dan pengembangan produk elektroniknya yang lain.

Menjelang tahun 2005, Samsung berjaya mengalahkan Sony dalam penjualan telefon bimbit, kemudian pada tahun 2007 mengalahkan Motorola, pada tahun 2009 mengalahkan Hewlett-Packard, dan pada tahun 2012 berjaya mengalahkan mengalahkan Nokia.

Samsung terus memimpin carta dengan menekankan perubahan yang berterusan dengan mencari kehendak dan trend anak muda dan belia.

Samsung mulai membahagikan produknya kepada kelas ekonomi pengguna. Ada yang memiliki latar ekonomi yang berbeza.

Samsung kemudian memutuskan untuk melabur pada bidang rekaan yang lebih baik. Mereka melantik dua pereka yang terbaik. Dan kemudian mendirikan pusat rekaan korporat dengan tenaga 900-an orang pereka yang mahir di seluruh dunia termasuk di beberapa pusat mode dan rekaan di kota Milan serta London.

Kepimpinan di Samsung menyatakan setiap rekaan mereka perlu bertahan untuk 10 tahun. Lalu semua pereka telefon pintar mereka diberikan arahan untuk mencipta rekaan yang melangkaui dekad.

Mereka semua sudah dibayar dan tidak ada alasan untuk tidak memerah otak. Samsung mulai menekankan adaptasi ke atas ekosistem pengguna telefon pintar dan menghabiskan jutaan dollar hanya untuk kajian ke atas pengguna sahaja.

Hasilnya, mereka berjaya mengembangkan inovasi. Salah satu perkara terbaik mereka lakukan ialah menjalinkan kerjasama dengan Google.

Kerjasama yang banyak memberikan mereka manfaat sehingga menjadi peranti raja kepada OS Andoid yang bersaing dengan Apple dengan iPhone-nya.

Apple semenjak kembalinya kepimpinan Steve Jobs yang berpandangan jauh serta sikapnya tanpa komproni untuk kesempurnaan, juga memiliki fokus di bidang rekaan dan inovasi.

Jobs telah menekankan propaganda agar para pengguna Apple ada rasa bangga memiliki sebuah iPhone.

Salah satu bukti kejayaan propaganda dimainkan Jobs adalah, pengguna iPhone sanggup membayar angka jauh lebih besar berbanding Samsung dan jenama lain, kerana apa?

Kerana mereka sudah ada rasa intim, bangga dan rasa pemilikan yang kuat ke atas satu jenama iPhone.

Nokia yang pegun tak berubah

Sementara itu, Nokia yang lambat beradaptasi telah kalah dalam persaingan. Mereka semakin ketinggalan.

Selain itu, budaya Nokia itu sendiri yang sukar menerima transformasi dicadangkan daripada orang lain kalau ia bertentang dengan DNA mereka.

Nokia adalah syarikat yang penuh dengan birokrasi. Untuk membincangkan satu perubahan major itu akan mengambil masa sampai bertahun pun ada.

Berbeza dengan Samsung dan Apple. Hari ini meeting, esok terus buat.

Nokia pernah mengumumkan projek komputer tablet. Korang bayangkan mereka nak siapakannya mengambil masa lima tahun. Bila ia dikeluarkan ia gagal teruk kerana kekangan aplikasi. Skrinya yang tak efisien.

Samsung dan Apple kemudian keluar dengan Samsung Tab dan iPad yang terus menjadi kegilaan pengguna ketika ia dikeluarkan.

Kenapa? Kerana hadrware dan software mereka memang sudah mantap.

Nokia kemudian menilai bidang penjualan telefon pintar itu harus mengikuti kehendak mereka yang mengeluarkan telefon pintar.

Samsung pula cuba sedaya upaya untuk mengorek apa yang pengguna mereka mahukan. Begitu juga dengan iPhone.

Mereka ibarat satu kota yang tertutup. Tak mahu menerima pandangan dari luar. Ramai peminat setia mereka cuba bertahan dengan mereka dan mencadangkan perubahan. Namun semakin lama semakin ramai yang kecewa dan migrasi ke jenama lain.

Nokia kemudian menolak cadangan untuk bergabung dengan Google, lalu mereka menyertai kerjasama dengan Microsoft.

Itupun sebab terpaksa. Kerana dunia telekomunikasi sudah terlalu jauh daripada jangkauan mereka.

Lalu pemimpin Nokia iaitu, Stephen Elop akhirnya mengakui mereka memang sudah tewas. Elop menegaskan mereka bukan kalah kerana hardware tetapi kegagalan dalam software serta ekosistem teknologi.

Oleh itu, Nokia cuba mendapatkan kepakaran Microsoft dalam software.

Namun gabungan mereka gagal teruk. Microsoft menyediakan feature yang tidak mesra pengguna seperti mana Android dan iOS.

Itulah yang berlaku apabila melakukan pekerjaan itu kerana terpaksa. Ego tak nak bertindak lebih cepat dari dulu.

Mereka menamatkan kerjasama itu, dan hari ini Nokia menggunakan Android serta google. Mereka terpaksa bermula dari bawah sekali lagi untuk mengejar yang lain. Tapi ok la kan.

Rumusan

Ketika Steve Jobs kembali memimpin Apple, dia seorang yang sangat mendesak perubahan dengan kepimpinannya yang keras serta seorang yang mahukan kesempurnaan.

Apple telah melantik orang yang tepat dan memberikan kuasa ‘veto’ kepadanya untuk menentukan dasar dalam banyak perkara. Susah nak cari pemimpin seperti Steve Job ini. Yang membuatkan Apple dan namanya berada di satu tahap yang sama.

Kepimpinan Samsung pula menyedari bahawa dunia telefon pintar bergerak dengan sangat cepat. Lalu mereka sentiasa cuba berada satu langkah di hadapan. Bukan senang mereka nak melakukannya.

Ia memerlukan mereka mengubah budaya kerja mereka secara total. Kini Samsung menjadi pemimpin pasar di bidang telefon pintar.

Bukan itu sahaja, produk mereka juga menjadi penanda aras utama untuk pembuatan telefon bermutu seperti Amoled, OLED, DRAM, dan bermacam lagip roduk elektronik lainnya yang digunakan di seluruh dunia.

Malah Apple sendiri ada menggunakan komponen daripada Samsung.

Bagi Samsung, perubahan adalah syarat wajib untuk kesuksesan.

Namun perubahan itu sentiasa susah untuk diadaptasi. Jadi, ketika pekerja memasuki gerbang Samsung, mereka perlu bersiap sedia dengan budaya yang sebegini walaupun ada perubahan itu memerlukan keterpaksaan yang drastik.

Samsung juga belajar daripada kegagalan Nokia. Di mana transformasi itu tidak mampu dibeli sekelip mata. Sebaliknya pembudayaannya dari awal akan membantu organisasi mereka sentiasa bersedia dengannya.

Banyak syarikat yang gagal sebelum ini cuba membeli transformasi itu, contoh paling utama Nokia, namun hari ini mereka masih jauh di belakang Samsung walaupun sudah lebih baik daripada beberapa tahun yang lalu.

Untuk Apple pula, perubahan itu harus dilakukan secara total dan segera. Adaptasinya jauh lebih gila daripada Samsung.

Di mana ianya memerlukan satu pemikiran yang luar kotak untuk memastikan pengguna Apple sentiasa berbangga dengan ‘barang’ yang ada di tangan mereka. Berselfie depan cermin nak tunjukkan logo apple dan kamera macam bubble tea pada iPhone 11.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.