Kisah Sebenar Kenapa Ziyech Pilih Maghribi: “Itu Negara Asal Saya, Ayah Saya Dikebumikan Di Sana”

Hakim Ziyech sebelum ini pernah membuat keputusan mengejutkan semua pihak kerana memilih Maghribi berbanding Belanda.

Legenda Belanda yang ketika itu menjadi pembantu pengurus pasukan kebangsaan, Marco Van Basten terkejut dengan keputusan Ziyech dan menganggap tindakan pemain itu sebagai bodoh.

“Adalah bodoh untuk kamu memilih mewakili Maghribi sedangkan kamu ada peluang untuk mewakili Belanda.”

“Nilai pasarannya akan lebih tinggi jika dia mewakili Belanda berbanding Maghribi,” kata Van Basten yang membayangkan Ziyech akan menerima kontrak lebih lumayan dengan statusnya sebagai pemain Belanda berbanding negara Afrika itu.

Banyak spekulasi dilemparkan Marco Van Basten kepada Ziyech. Antaranya, dia menuduh pemain itu sebagai tidak sabar untuk bermain di peringkat antarabangsa.

“Dia tak ada kesabaran untuk menunggu masanya tiba, bagi dia menyarung jersi kebangsaan Belanda. Kini dia sudah memutuskan untuk mewakili Maghribi dan namanya sudah dibuang sepenuhnya daripada senarai calon,” kata Van Baasten ketika itu.

Ziyech yang memenangi Anugerah Pemain Terbaik Belanda pada 2016 sebenarnya memilih Belanda kerana arwah ayahnya.

Ziyech merupakan pemain yang lahir di Belanda. Namun keluarganya masih ada hubungan erat dengan saudara mara mereka di negara asal mereka.

Menurut Ziyech, dia bukan mengejar status populariti atau nilai pasaran seperti yang dicadangan Van Basten.

Ziyech pernah berkata: “Asal usul saya dari Maghribi. Arwah ayah saya dikebumikan di sana dan orang di sana sangat menyayangi saya.”

Ayah Ziyech meninggal dunia ketika dia masih bersekolah lagi. Dia dibesarkan oleh ibunya. Dia menjadikan bola sepak untuk mengubah nasib dia, ibunya dan adik beradiknya yang lain.

Wang sentiasa bukan perkara utama di dalam fikiran Ziyech.

Dia malah tidak pernah mengambil sesen pun bonus penampilannya bersama Maghribi. Dia malah mendermakan wang itu kepada badan amal yang memerlukannya di Maghribi.

Dia berbuat begitu sejak 2015 lagi.

Keputusan Ziyech memilih Maghribi pernah digelakkan Van Basten. Terutama sekali pada 2017, pengurus Maghribi mencicirkan nama Ziyech daripada AFCON.

Tetapi Ziyech kemudian menikmati prestasi lebih baik dengan membantu Belanda layak ke Piala Dunia 2018, sedangkan Belanda gagal mara.

Pada 2022, Ziyech berada di pentas separuh akhir Piala Dunia 2022. Belanda pula disingkirkan Argentina di peringkat suku akhir.

Bukan itu sahaja, dia juga menyertai kelab besar di EPL dan pernah bergelar juara Eropah bersama Chelsea.