Kisah Sedih Palhinha Gagal Sertai Bayern Walaupun Gravenberch Ke Liverpool

Bayern Munich mahukan jaminan mereka mendapat Palhinha barulah mereka akan melepaskan Ryan Gravenberch ke Liverpool.

Dengan Bayern membenarkan Gravenberch terbang ke Anfield untuk memeterai perjanjian bermakna mereka benar benar dalam proses menandatangani Palhinha dari Fulham.

Dia sudah berada di Bayern Munich dan sudah selesai semua urusan medikal bagi melengkapkan perpindahan ke Fulham.

Kedua dua kelab setuju dengan Bayaran €65 juta untuk pemain itu. Palhinha telah setuju dengan kontrak sehingga 2028 dan sudah melakukan sesi dengan petugas media kelab Bayern bagi pengumuman rasmi.

Namun ada pihak yang membuatkan proses itu menjadi lengah.

Ianya berlaku kerana Fulham mahu memastikan mereka benar benar sudah mendapat pengganti pemain itu. Fulham cuba menandatangani Scott McTominay pada saat akhir namun gagal.

Dan mereka kemudian beralih kepada sasaran lain termasuk Pierre Emile Hojbjerg.

Pada masa itu, Bayern mulai panik kerana mereka memerlukan dokumen yang bertandatangan dari Fulham. Jendela perpindahan di Bundesliga tutup lebih awal dari EPL iaitu pukul 5Pm di sana.

Jendela perpindahan di EPL pula berakhir tengah malam.

Selepas segala usaha yang dibuat oleh Palhinha yang sebelum itu memujuk Fulham untuk menerima bidaan Bayern, segalanya sia sia.

Ini kerana rundingan itu gagal dimeterai. Dan pemain diminta pulang semula ke London.

Palhinha sangat kecewa kerana dia sudah berusaha untuk membantu melicinkan urusan perpindahan itu.

Fulham pada awalnya menolak bidaan Bayern namun Bayern menaikkan nila bidaan kepada €65 juta, kerana mereka boleh meraih €45 juta daripada penjualan Ryan Gravenberch.

Menariknya, Bayern sanggup melepaskan Gravenberch ke Liverpool walaupun rundingan dengan Palhinha gagal.

Menurut BILD, pegawai tertinggi Bayern memberikan tolak ansur kepada pemain itu yang sangat profesional sepanjang proses rundingan dengan Liverpool.

Gravenberch memberitahu sendiri Thomas Tuchel dia mahu ke Liverpool untuk mendapatkan lebih minit permainan.

Joshua Kimmich antara individu yang terbuka bersimpati dengan kegagalan Palhinha menyertai Bayern pada kali ini.

Pengurus Fulham, Marcus Silva turut kesal dengan apa yang berlaku. Dia berkata: “Palhinha ketika ini memerlukan sokongan kami semua dari segi mental.”

Tuchel pula berkata: “Saya sedih kerana saya tahu apa yang Joao boleh tambahkan dalam pasukan kita. Dia sangat kecewa dan sedih.”

“Semua orang telah melakukan tugas masing masing, namun akhirnya, masa sudah terlalu suntuk.”

Abang kepada Joao Palhinha menganggap apa yang berlaku tidak membunuh impian adiknya namun cuma menangguhkan impian dia untuk bermain bersama kelab sebesar Bayern Munich.

Dia juga yakin adiknya itu akan menyertai Bayern pada Januari akan datang.