Tom Brady ialah bekas pemain bola sepak Amerika / American Football yang bermain sebagai quarterback dalam Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) selama 23 musim.
Beliau secara meluas dianggap sebagai quarterback terhebat sepanjang zaman, memimpin pasukannya ke tujuh kemenangan Super Bowl dan dinamakan sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) perlawanan sebanyak lima kali.
Brady menghabiskan 20 musim pertamanya bersama New England Patriots, di mana beliau merupakan tokoh utama dalam dinasti pasukan itu dari tahun 2001 hingga 2019. Dalam tiga musim terakhirnya, beliau bermain untuk Tampa Bay Buccaneers.
Dia sebelum ini mengahwini supermodel Gisele Bundchen. Namun pasangan itu bercerai. Antara perkara yang dikatakan menjadi faktor mereka bercerai adalah kerjaya Tom Brady yang panjang dan menuntut telah menimbulkan ketegangan dalam hubungan mereka, terutama ketika beliau memutuskan untuk kembali bermain selepas bersara seketika.
Gisele dilaporkan tidak berpuas hati dengan keputusan ini kerana ia menjejaskan masa keluarga. Gisele kemudian menegaskan bahawa kedua dua mereka mulai tidak sehaluan dalam matlamat hidup.
Dia mendakwa suaminya mengutamakan kariernya sementara dia pula mengutamakan keluarga dan projek perniagaannya. Kedua dua mereka mulai kerap bergaduh. Bunchen dikatakan seringkali mengungkit keputusan Tom Brady yang keluar daripada persaraan.
Media turut melaporkan pasangan tersebut mulai ada isu kepercayaan antara satu sama lain.
Tom Brady dan Gisele Bündchen mengumumkan perceraian mereka pada Oktober 2022, setelah 13 tahun bersama. Gisele Bundchen adalah individu yang menfailkan cerai ke atas suaminya itu.
Perceraian mereka cukup mengejutkan ramai pihak. Ini kerana kedua dua mereka seringkali muncul di khalayak ramai sebagai pasangan bahagia.
Selepas perceraian mereka, Gisel Bundchen menuntut alimoni daripada perceraian kira kira separuh daripada harta Tom.
Alangkah terkejutnya dia kerana sebahagian besar aset dan wang suaminya itu sebelum mereka berkahwin adalah di atas nama ibunya.
Bundchen hanya boleh menuntut pembahagian aset sepencarian mereka seperti kereta atau rumah.
Sebenarnya Gisele Bundchen ni seorang wanita yang kaya raya. Malah memiliki jumlah kekayaan lebih besar daripada Tom Brady.
Gisele Bündchen memiliki kekayaan bersih yang sekita $400 juta pada tahun 2024. Kekayaan ini berasal dari karier modelingnya yang sukses, di mana ia dikenal sebagai salah seorang model dengan bayaran tertinggi di dunia.
Selain itu, ia juga memiliki berbagai sumber pendapatan lain seperti penjualan buku, pelaburan serta banyak lagi. Pada 2024, Tom Brady memiliki kekayaan sekitar $300 juta.
Tom Brady’s ex-wife, Gisele, demanded half of his property.
However, all of his property is registered under his mother's name.
— The Leagues (@TheseLeagues) August 13, 2024
Apa yang pasti sekali lagi ibu menjadi penyelamat harta anak lelaki mereka.
Namun begitu, Gisele Bundchen tetap menerima bayaran alimoni daripada perceraian mereka. Jumlah itu tidak dinyatakan secara terbuka. Yang pasti ianya tidak begitu banyak.