Kisah Singa Laut Menyelamatkan Nyawa Seorang Remaja

Dua puluh tahun yang lalu, pada tarikh 25 September, seorang lelaki bernama Kevin Hines telah melalui satu peristiwa aneh dan memberi kesan yang sangat mendalam untuk kehidupannya sehingga ke hari ini.

Peristiwa itu telah berlaku di sebuah jambatan yang sangat terkenal di Kota San Francisco yang dikenali Jambatan Golden Gate.

Sukar untuk menceritakan latar belakang Kevin, cuma sedikit sebanyak yang diketahui tentang beliau adalah.

Kevin seorang lelaki yang bijak, sangat baik dan dia juga adalah seorang lelaki hebat yang masih ada di dunia ini. Beliau cuma mempunyai masalah gangguan bipolar(masalah mental).

Ketika beliau berusia 19 tahun, beliau menaikki sebuah bas dari Francisco menuju ke Golden Gate.

Sepanjang perjalanan itu Kevin hanya duduk diam, menangis, dan berharap akan ada satu orang yang melihat air matanya lalu mendekatinya dan bertanya:

Adakah anda baik-baik saja?

Adakah terdapat sesuatu yang salah?

Boleh saya tolong awak?

Kevin sebenarnya pergi ke Golden Gate bertujuan untuk membunuh diri. Menurut Kevin jika ada seseorang mendekati dia, dan bertanya semua hal itu, Kevin memutuskan dia tidak akan meneruskan niatnya.

Dalam kita tidak sedar, sebenarnya ketika kita berhadapan dengan mereka yang berniat untuk mencederakan diri sendiri, mereka sangat memerlukan perhatian dari kita.

Dengan cara itu mungkin boleh menghalang niat mereka. Namun untuk cerita tentang Kevin itu, tiada seorang pon yang cuba mendekatinya.

Semua orang didalam bas itu memandang satu sama lain dan berasa aneh dengan perbuatan Kevin yang menangis sepanjang perjalanan.

“Apa masalah budak ni?”

Teriak seorang lelaki yang ada di dalam bas itu, dan penumpang lain memandang Kevin dengan penuh sinis. Apabila bas berhenti, semua penumpang telah turun dan pemandu bas itu berkata:

“Ayuh lah anak kecil, awak perlu turun!”

Dengan langkah yang berat Kevin turun dari bas lalu bergerak menuju ke jambatan Golden Gate. Selama hampir 40 minit beliau sekadar duduk di jambatan itu sambil menikmati keindahan alam sebelum menamatkan riwayat beliau sendiri.

Tiba-tiba beliau ditegur oleh seorang wanita dari luar negara, wanita itu berambut perang dan mungkin berasal dari Negara Eropah.

Kevin sempat berfikir mungkin wanita ini sedar bahawa beliau sedang dalam kesusahan dan mahu meminjamkan bahu untuk Kevin bersandar.

Wanita itu mendekati Kevin lalu berkata:

“Maafkan saya, boleh tak kamu tolong ambil kan gambar saya disini?”

Lalu wanita itu menghulurkan Kameranya kepada Kevin. Dengan perasaan pilu, Kevin menyambut Kamera itu lalu membantu untuk mengambil gambarnya. Setelah selesai Kevin memulangkan semula kamera kepada wanita itu.

 

Wanita itu mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Ketika itulah Kevin semakin nekad untuk membunuh diri dan terjun kebawah jambatan Golden Gate itu.

Kevin terjun dari atas jambatan yang mempunyai ketinggian 220 kaki, kira-kira setinggi banggunan 25 tingkat.

Sebaik beliau terjun kebawah, Kevin sedar beliau telah melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya dan keputusan beliau untuk membunuh diri adalah keputusan yang salah.

Beliau hanya menyesal dengan perbuatannya selepas terjun dan jelas semuanya sudah terlambat. Kevin jatuh terhempas kedalam laut dengan kelajuan 80km sejam.

Beliau mengalami kesakitan terlampau di bahagian belakang badannya yang sudah pasti tulang belakangnya patah atau retak.

Kaki beliau sudah tidak berfungsi dan beliau hanya mampu bergerak dengan tangannya untuk pergi ke permukaan.

Dengan kedalaman air dan keadaan Kevin yang sudah tidak bermaya, tiada apa yang mampu beliau lakukan melainkan menunggu mati.

Setelah 15 minit menahan kesejukkan didalam air dan Kevin sepertinya tidak mampu bertarung untuk terus hidup lagi.

Tiba-tiba beliau merasakan ada sesuatu yang berlegar-legar didalam air dan menolaknya keatas permukaan air.

Kevin berfikir itu adalah ikan Pemangsa yang mungkin akan memakannya. Kevin tidak melawan kerana sudah tidak mampu untuk bergerak.

Beliau sudah bersedia untuk menjadi santapan ikan pemangsa itu. Tetapi haiwan itu tidak sama sekali mencederakan Kevin bahkan ia terus menolak Kevin ke permukaan dan mengapungkan Kevin supaya dilihat oleh pasukan penyelamat.

Kevin tidak tahu haiwan apa yang menolaknya ke permukaan air dan apa yang haiwan itu mahukan.

Tetapi ada seorang lelaki yang berada dikawasan berdekatan melihat jelas kejadian dari Kevin mula terjun hingga didorong oleh haiwan air itu untuk terus mengambil udara di atas permukaan.

Menurut lelaki itu, haiwan itu bukanlah ikan pemangsa, tetapi haiwan itu adalah seekor Singa Laut.

Singa Laut itu telah membantu Kevin lebih dari 20 minit sementara menanti pasukan penyelamat tiba.

Setibanya pasukan penyelamat Coast Guard membawa Kevin menaikki bot penyelamat, baru lah Singa Laut itu pergi meninggalkan Kevin.

Kevin menjadi salah satu daripada segelintir orang yang terselamat akibat jatuh daripada Jambatan Golden Gate yang masih boleh berjalan dan berlari.

Setelah dari peristiwa itu, Kevin telah banyak menghabiskan masanya di kawasan itu untuk membantu menghentikan cubaan bunuh diri dari sesiapa sahaja dan membantu siapa pun yang jatuh kebawah jambatan Golden Gate itu.

Banyak lagi sebenarnya kisah haiwan menjadi penyelamat kepada manusia.

Namun apa yang kita dapat dari cerita ini, kita harus peka dengan keadaan sekeliling dan kita perlu tahu orang yang nekad mahu membunuh diri ini sebenarnya memerlukan perhatian.