Kisah Skandal Sistematik Sochi 2014 Membuatkan Atlet Rusia Bertanding Di Bawah Panji ROC

Ramai yang bertanya, kenapa Rusia menggunakan nama ROC pada olimpik kali ini. Rusia ataupun Kesatuan Rusia merupakan negara terbesar di dunia dengan keluasan kira kira 17 juta kaki persegi.

Dalam sejarah Olimpik mereka antara kuasa besar dalam sukan tersebut. Mereka mendapat tempat keempat dengan 56 pingat keseluruhan dalam Olimpik Rio 2016.

Namun kali ini, atlet dari negara Rusia tidak boleh bernaung di bawah panji Rusia mahupun menggunakan lagu kebangsaan negara Rusia. Sebaliknya mereka akan menggunakan nama ROC merujuk kepada Jawatankuasa Olimpik Rusia / Russian Olympic Committee.

Justeru, mereka bertanding atas tiket persatuan Olimpik negara tersebut dan bukannya mewakili negara. Olimpik adalah sukan sejagat dan tidak ada hak untuk melarang atlet bertanding dengan syarat mereka layak dan juga tidak digantung.

Sebaliknya dalam kes Rusia, negara Rusia pula yang digantung oleh IOC selepas didapati bersalah di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (CAS) kerana skandal program doping dadah yang sistematik dan sukar dikesan. Skandal tersebut digelar Sochi 2014.

Sochi 2014

Rusia menubuhkan program doping yang ditaja oleh kerajaan di sebilangan sukan yang berbeza selama 50 tahun terakhir. Dan ia dibocorkan oleh whistleblower / pemberi maklumat.

Program tersebut malah digunakan oleh atlet dari negara lain, bukan sahaja Rusia.

Agak mengejutkan, skandal ini melibatkan bekas pengarah makmal anti-doping nasional Rusia, Dr. Grigory Rodchenkov.

Walaupun tuduhan itu merangkumi pelbagai sukan dalam jangka masa yang panjang, terutama sekali berkaitan dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi.

Laporan McLaren 2016, yang ditugaskan oleh WADA (Agensi Anti-Doping Dunia), menunjukkan bahawa “sistem failafe yang dikendalikan oleh negara dikendalikan untuk melindungi atlet Rusia yang meragukan”  agar ia menjadi “tidak diragukan lagi”.

Kesannya sebanyak 53 pingat emas Rusia ditarik balik termasuk 43 pingat Olimpik. Ianya penarikan pingat terbesar dalam sejarah sukan dunia terutama sekali Olimpik – bagi sebuah negara.

Ini bukan kali pertama Rusia kantoi doping. Malah pada Olimpik Beijing 2008, tujuh atlet mereka diarahkan pulang kerana gagal saringan dadah.

Mereka dilaporkan telah memanipulasi sampel air kencing ketika ujian doping dilakukan.

Rusia digantung

Rusia didapati bersalah oleh CAS pada 2020 yang lalu. Dan mereka melakukan beberapa siri kesalahan doping. Mereka digantung daripada kesemua acara kompetitif selama 2 tahun selepas pengurangan 2 tahun daripada hukuman sebenar yang mereka dapat pada 2019.

Tetapi bagi atlet mereka, para atlet boleh memilih untuk bertanding atas tiket bendera negara lain [berdasarkan peraturan imigresen dan kelayakan sesuatu negara] ataupun neutral.

Atlet Rusia menggunakan tiket bertanding di bawah panji ROC dalam Sukan Olimpik Tokyo serta Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Bukan itu sahaja, malah Rusia tidak boleh menggunakan bendera mereka pada Piala Dunia 2022. Kerana negara tersebut sudah digantung.

CAS menegaskan bahawa, atlet mereka seharusnya diberikan peluang untuk bertanding jika mereka tidak tertakluk kepada mana mana penggantungan. Namun tidak boleh bertanding atas tiket Rusia sebaliknya atas tiket neutral — tegas CAS.

ROC dan lagu khas

Bendera ROC adalah berunsurkan olimpik dengan warna merah puting dan biru. Dengan warna bendera Rusia dilihat di atas gegelung olimpik tersebut.

Jika ada atlet mereka memenangi pingat emas, lagu kebangsaan negara Rusia tak akan berkumandang, sebaliknya mereka akan menggunakan lagu yang dicipta oleh Pyotr Tchaikovsky.

Pada April penggunaan ROC dari segi panji serta lagu telah diumumkan oleh presiden jawatankuasa Olimpik Rusia Stanislav Pozdnyakov.

Pozdnyakov berkata: “Seperti mana sekarang, pasukan Olimpik kita akan mengekalkan identiti dan elemennya. Kita ada bendera ROC dengan tricolor. Kita ada kelengkapan khas dengan warna yang mudah dikenali oleh rakyat kita serta masyarakat lain di seluruh dunia, tak perlu kita menerangkan lebih terperinci.”

“Kita juga sudah memutuskan lagu rasmi kita pada temasya itu nanti.”

IOC sudah menyatakan bahawa, larangan penggunaan bendera Rusia namun mereka dibenarkan menggunakan warna negara mereka sebagai warna jersi ataupun kelengkapan atlet.

Baca yang lain