Kisah Spurs Tak Jadi Sign Tomiyasu Saat Akhir Kerana Posisi Dan Beli Emerson Royal

Takehiro Tomiyasu meneruskan prestasi cemerlangnya dalam musim debutnya bersama dengan Arsenal.

Terbaru, pemain antarabangsa Jepun itu membuli pemain sayap Spurs dalam aksi derbi London Utara. Di mana Arsenal menang 3-1 dalam aksi tersebut.

Tomiyasu menjadi pemain penting Arsenal dalam kemenangan yang dianggap Arteta sebagai sangat bermakna pada hari yang istimewa.

Namun tahukah anda, sebenarnya Spurs adalah kelab yang sangat hampir mendapatkan Tomiyasu sebelum ini. Sehinggalah mereka memutuskan untuk membatalkan hasrat itu dan beralih kepada Emerson Royal yang baru beberapa hari menyertai Barcelona.

Kisah Tomiyasu ini memang agak perit awalnya. Di mana pemain tersebut sudah berunding dengan Spurs dan sangat teruja mahu menyertai pasukan tersebut.

Arsenal yang bergelut dengan situasi Bellerin kemudian memasuki persaingan untuk mendapatkan pemain itu. Namun koresponden David Ornstein menegaskan bahawa Spurs sebagai pendahulu persaingan dan sangat hampir dengan tandantangan Tomiyasu.

Bologna meminta pakej keseluruhan sehingga €25 juta untuk pemain itu dengan bayaran €17 juta bayaran tetap. Yang lain adalah bonus.

Tetapi Spurs kemudian dikatakan terjumpa satu kenyataan ejen pemain tersebut beberapa tahun yang lalu. Di mana ejen pemain itu pernah menyatakan dia tidak tahu posisi utama pemain itu. Kerana Tomiyasu boleh bermain di bek sisi dan bek tengah.

Wartawan Sky Sports, Kaveh Solhekol kemudian menyatakan bahawa Spurs menarik diri daripada perjanjian kerana tidak yakin Tomiyasu adalah pemain bek sisi yang sebenar.

Solhekol kemudian memuat naik kemaskini menerusi platformnya dengan berkata: “Saya baru je dapat mesej, Tomiyasu ditawarkan kepada kelab kelab Inggeris terutamanya, namun masalahnya, dia bukan pemain bek kanan atau bek tengah.”

Solhekol merujuk kepada Spurs yang akhirnya menarik diri daripada rundingan kerana isu posisi, dan pada masa yang sama tidak pasti kalau Arsenal pun akan menarik diri atas sebab yang sama.

“Saya juga tak pasti kalau Arsenal pun masih berminat dengannya. Ejennya masih cuba mencari kelab baharu untuknya.”

Arsenal melihat itu adalah kesempatan terbaik mereka mendapatkan Tomiyasu dan terus membelinya. Spurs pula beralih ke bintang muda yang baru dibeli Barca iaitu Emerson Royal.

Arsenal pada awalnya memang mahukan Emerson Royal, namun Arteta lebih berminat dengan Tomiyasu yang dikatakan lebih sesuai dengan sistem permainan mereka.

Jadi, dengan penarikan diri Spurs daripada Tomiyasu, Arsenal berada dalam kedudukan tanpa pesaing untuk mendapatkan pemain yang cemerlang bersama Bologna itu pada musim lalu.

Spurs mungkin melihat isu posisi Tomiyasu sebagai kelemahan kerana ejennya tidak dapat menjelaskannya. Arsenal pula melihat versatiliti itu sebagai kelebihan.

Dalam erti kata lain, Arsenal bergantung kepada data scouting mereka dan bukannya bergantung kepada pandangan ejen pemain itu dalam soal posisi.

Selepas beberapa perlawanan, Emerson Royal terus bergelut dengan prestasi. Manakala Tomiyasu sudah mendapatkan rentaknya.

Para peminat kemudian menganggap Spurs baru sahaja melakukan kesilapan besar dalam perpindahan kali ini. Malah ada peminat Spurs sendiri mengakui bahawa Tomiyasu adalah lebih bagus daripada Emerson Royal.

Kisah Emerson Royal Yang Dibeli & Dijual Dalam 1 ‘Transfer Window’ Sama, Emerson Royal Anggap Barcelona Pergunakannya

Pemain muda, Emerson Royal sangat tersakiti ketika dia dipaksa meninggalkan Barcelona pada satu jendela perpindahan yang sama dia dibeli oleh Barca.

Emerson, 22, menyertai Barca pada Jun selepas Barca membayar klausa pelepasan €9 juta, dibayar ke Real Betis.

Klausa pelepasan itu teraktif jika Emerson setuju. Dan beliau diyakinkan oleh Barca bahawa dia adalah pemain yang diperlukan pasukan tersebut.

Barca malah meletakkan klausa pelepasan €300 juta pada kontraknya untuk meyakinkan pemain itu bahawa dia adalah pemain yang diidamkan oleh Barcelona.

Barca sudah melepaskan Lionel Messi untuk mengurangkan kos operasi kelab dan kemudian mereka juga dalam proses melepaskan Griezmann.

Emerson kemudian diturunkan dalam aksi berdepan dengan Getafe.

Namun yang mengejutkan, Barcelona menyenaraikan namanya untuk dijual dan akhirnya tawaran €25 juta hadir dari London.

Barcelona memberitahunya bahawa kelab tidak memerlukan khidmatnya dan dia dalam senarai dijual.

Ketika itu, Emerson sedang berlatih, dan pegawai Barcelona berjumpa dengannya, memberitahu kelab mahu menjualnya. Emerson menyatakan dia mahu kekal di Barca, namun ternyata keputusan sudah dibuat.

“Saya ingat kelab mahukan saya terus kekal di sini. Saya malah bermula dalam aksi berdepan Getafe pada Ahad. Kemudian, keesokannya, saya mulai melihat banyak benda berlaku. Spurs bercakap dengan Barcelona, dan ianya dikatakan hampir muktamad.”

“Saya ketika itu terpinga pinga tak tahu apa apa. Kelab memanggil saya ketika saya berada di padang latihan. Ketika itu saya difahamkan bahawa mereka mahu saya pergi.”

Emerson berpendapat, krisis kewangan Barcelona membuatkan pemain sepertinya menjadi mangsa untuk diperdagangkan semata mata.

“Semua pengarah kelab di sana. Mereka memberitahu saya situasi kelab yang tidak begitu bagus. Mereka memberitahu bahawa kelab dalam kesulitan dan menegaskan bahawa, cara terbaik untuk mereka ketika itu adalah menerima tawaran itu.”

“Saya berterusan menyatakan saya mahu kekal kerana ianya impian saya untuk bermain dengan Barcelona. Saya tahu saya boleh berjaya di sana jika saya berada di prestasi terbaik.”

“Tapi saya bukanlah bodoh dan kami sampai ke tahap mereka memberitahu saya, apa sahaja terjadi, mereka tetap akan jual saya, tak kisah saya nak kekal macamana sekalipun.”

“Ketika itu saya boleh katakan bahawa saya dipergunakan, cara mereka itu sangat melukakan. Banyak lagi benda lain yang lebih baik mereka boleh buat.”

“Ketika saya menyertai mereka, mereka memberikan jaminan kepada saya bahawa mereka tak akan sesekali menjual saya.”

“Namun selepas melihat apa yang berlaku, saya sangat pasti bahawa mereka sudah merancang semua ini [membeli kemudian jual].”

Awal bulan ini, Presiden Joan Laportan menyatakan bahawa hutang kasar Barcelona meningkat sehingga €1.35 billion. Kelab cuba mengurangkan bebanan dengan melepaskan pemain seperti Messi dan Griezmann.

Pemergian Emerson sebenarnya banyak membantu Barca dari segi membawa wang masuk. Bayangkan bayar klausa pelepasan €9 juta dan kemudian jual €25 juta. Dapat untung €16 juta. Selain itu, gaji pemain juga dapat dikurangkan.

Selain Emerson, Miralem Pjanic juga menjadi pemain yang merungut dengan layanan Barcelona. Pjanic menganggap Ronald Koeman sebagai tiada rasa hormat langsung kepada pemain sepertinya.

Pjanic dipaksa menyertai kelab Besiktas di Turki secara pinjaman. Besiktas dan Barcelona sama sama membayar gaji pemain itu.

Barcelona kemudian mendapatkan Yusuf Demir dan Luuk de Jong secara pinjaman.