Kisah Tangisan Di Hadapan Kaabah Madam Louisa Chong Yang Emosional

Mengerjakan Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan adalah satu rukun dalam Islam.

Menjejakkan kaki ke tanah suci sudah pasti akan menjadi impian untuk kebanyakkan mereka yang beragama Islam.

Melawat rumah Allah di tanah suci adalah ibadah yang menjadi impian ramai Muslimin dan Muslimat.

Tetapi bukan semua orang mampu untuk menjejakkan kaki ke sana. Berkemampuan sahaja tidak mencukupi jika tidak diizinkan OlehNya.

Untuk mereka yang mampu dan diizinkan melawat ke rumah Allah ini sudah pasti akan teruja untuk menjadi tetamu Allah. Tidak dapat dibayangkan gembiranya jika dapat menjejakkan kaki ke tanah Suci itu.

Ada satu kisah yang telah tersebar tentang seorang Muallaf yang menitis air mata apabila kali pertama menjejakkan kaki ke tanah Suci, Mekkah.

Dan apa yang menariknya Muallaf itu sempat berkongsi sedikit cerita tentang kehidupannya.

Masihkah anda semua ingat kepada lagenda komedi tanah air kita Loisa Chong?

Madam Louisa Chong adalah seorang pelakon dan pelawak berbangsa Cina yang sangat terkenal pada suatu ketika dahulu.

Namun ramai tidak tahu dan mungkin terlepas pandang bahawa beliau kini sudah memeluk Islam dan nama Islamnya adalah Louisa Alissa Chong Abdullah.

Kisah Duka Madam Louisa

Dalam satu video dokumentari tentang beliau di Youtube baru- baru ini. Beliau telah mendedahkan kisah duka yang berlaku kepada beliau.

Didalam video itu dalam keadaan sebak beliau menceritakan tentang sakit yang dihidap oleh Suaminya.

Suaminya terkena serang tiga strok sekali gus. Dan stroknya berada ditahap yang kritikal.

Beliau melalui waktu sukar dengan mengurus suaminya yang koma.

“Saya tak tahu nak cerita sebab kalau artis bercerita orang akan kata saya nak mintak simpati tetapi saya bukan mahu mereka kesian dengan saya”. Kata beliau dalam keadaan sedih menceritakan kisahnya.

“Saya cuma mahu berkongsi dan saya harap jika ada sesiapa yang melalui kesukaran seperti saya boleh berjaya melaluinya dengan tabah.

Saya bukan lah alim saya hanya seorang yang convert masuk islam sahaja,tetapi saya berjaya untuk redha dengan ujian Allah”. Kata beliau lagi.

“Saya tidak pernah berputus asa, jujur saya katakan kalau Allah hendak mengambil suami saya ketika itu saya redha”

Dalam keadaan penuh emosi beliau mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana berkat doa dan kesabaran beliau Allah perkenan doa beliau.

Suaminya yang koma sudah beransur pulih dan sudah boleh berjalan dan jejakkan kaki ke tanah suci.

“Kepercayaan kepada Allah, dalam apa jua keadaan dan cabaran yang Allah beri,kita akan sentiasa di Uji, tidak kira bertapa kita susah atau sedih kita mesti ingat kepercayaan kepada Allah.

Saya tidak pernah putus asa saya sentiasa redha dengan ujian Allah kerana saya tahu Allah sayangkan saya” kata beliau mengawal tangisannya.

“Saya terima ujian Allah, saya terima pengajaran dan juga cabaran dari Allah”

Begitulah sedikit kisah pengalaman Madam Louisa Chong yang berkongsi kisah kehidupan beliau.

Apa yang patut kita contohi adalah kesabaran dan ketabahan jiwa beliau menjadi seorang islam yang sentiasa redho dengan ujian Allah.

Senjata terakhir bagi seorang Islam adalah Doa, dan sekiranya kita dilanda musibbah janganlah putus asa untuk berdoa kerana Allah tidak pernah tidur dan Allah maha berkuasa.

Semoga kita semua akan dijemput menjadi tetamu Allah menjejakkan kaki ke tanah suci, Mekkah.

Baca yang lain