Bagi peminat bola sepak era 90-an, Taribo West merupakan pemain yang dikenali ramai. Ini kerana rambut dan gayanya yang unik. West lahir di Nigeria pada 26 Mac 1974.
Namanya mulai menjadi sebutan ketika dia menyertai Inter Milan. Ketika itu Inter Milan ibarat Real Madrid atau Barcelona hari ini. Kelab yang menjadi idaman semua pemain.
Sebelum itu Taribo West, bermain bersama kelab Nigeria bernama Obanta United pada 1989. Empat tahun kemudian, kela Perancis, Auxerre memancingnya kerana kehebatannya atas padang.
Awalnya, West dibeli hanya untuk menjadi pemain gantian. Dia debut bersama Auxerre pada Mac 1994 mentang Toulouse. Selepas debut cemerlang, pengurus terus yakin dengan kemampuan West. West pemain yang bagus ketika bertahan dan menyerang. Beliau kemudian diberikan peranan sebagai bek kiri untuk membolehkannya terus menjadi pemain kesebelasan utama.
Selain Taribo West, Auxerre pada musim 1993.94 turut dibintang oleh oleh beberapa pemain terkenal Perancis seperti Sabri Lamouchi, Laurent Blanc dan Lilian Laslandes. Gandingan merekalah yang membantu Auxerre memenangi Piala Perancis buat pertama kali dalam sejarah.
Prestasi cemerlang di Auxerre membolehkan Taribo West dipanggil skuad olimpik Nigeria. Dan ya! Mereka menang emas Olimpik 1996. Beliau menjadi nadi penting Auxerre mara sehingga ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah 1996/97.
Selepas itu nama West menjadi perhatian banyak kelab termasuk Real Madrid, Manchester United serta Inter Milan. West akhirnya secara rasmi ke Inter dengan nilai sekitar GBP2 juta.
West digandingkan bersama Javier Zanetti di posisi bek kiri dan kanan. Dan beberapa perlawanan West turut bermain di peranan bek tengah bergandingan dengan Giuseppe Bergomi.
West seorang pertahanan yang sangat liat. Sehinggalah Thierry Henry pernah menyatakan West, kalau dia dan marking seorang pemain itu, dia akan ikut ke mana sahaja termasuk ke bilik persalinan.
Kariernya di Inter Milan sangat baik. Sehinggalah dia memutuskan untuk ke satu lagi kelab Milan iaitu AC Milan. Dia masih kekal di San Siro secara realitinya, cuma warna berbeza.
Alasan West, Milan memerlukan khidmatnya untuk menggantikan Paolo Maldini yang cedera. Januari 2000, West secara rasmi menjadi pemain AC Milan.
Namun kariernya di AC Milan tidak indah. Dan kemudian menjadi pemain buangan. Kenapa?
Kisah dia, West mengakui dia terlalu melebih lebih ketika meyakinkan pengurus AC Milan bahawa dia lagi bagus dari Maldini.
Taribo West quotes: 'I was better than Paolo Maldini' #QuoteTheDay pic.twitter.com/IjWUJgn2qV
— IN Distretto Jakarta (@IN_Djakarta) December 31, 2013
Dia memberikan jaminan bahawa AC Milan akan mendapatkan yang terbaik daripadanya. Akibat mulutnya yang beriya sangat tu, harapan ke atas West sangat tinggi.
Malangnya dia ternyata tidak sehebat Paolo Maldini. Dia kemudian merasai tekanan kerana mulutnya sendiri.
Pada suatu hari, West akhirnya mendengar pengurusan menyatakan bahawa mereka mahu menjualnya kerana dia ternyata tidak sebagus Maldini. West agak kecewa pada masa itu. Kerana menurut West, dia sudah beraksi cemerlang. Tetapi di mata AC Milan, West tetap tidak akan mampu sebagus Maldini.
West berkata:
“Pada 2000, saya bermain dalam Piala Negara-Negara Afrika bersama Nigeria dan apabila saya kembali Maldini mengalami kecederaan. Saya bermain di tempatnya tetapi saya diberitahu dengan jelas bahawa tiada siapa yang boleh menggantikan Maldini.”
“Saya terkejut. Ketika itu mereka banyak berbohong tentang saya kerana mahu saya pergi.“
West tetap mempertahankan hujahnya bahawa dia selayaknya menjadi no.1 di AC Milan dalam persaingan dengan Maldini. Cuma dia merasakan bahawa dia telah dilayan secara tak adil.
“Saya diberitahu, tiada siapa pun dapat sisihkan Maldini kerana dia godfather di AC Milan. Namun dalam empat perlawanan saya bermain saya sentiasa pemain terbaik di atas padang, tetapi kontrak saya tidak diperbaharui,” kata West.
Bermain di Milan adalah mimpi ngeri bagi Taribo West. Selepas empat perlawanan, pengurusan Milan memutuskan untuk meminjamkan West kepada Derby County. Sejak dari itulah West mulai terlibat dengan pelbagai kontroversi. Antaranya adalah kantoi memalsukan umurnya.
Pada 2012, kelab Partizan Belgrade menuduh West memalsukan umurnya ketika mahu menyertai mereka pada 2002. Ini bermakna West menipu usianya 12 tahun lebih muda.
Perkara itu dinafikan West dan Luigi Simoni – bekas pengurusnya di Inter – turut mempertahankan West.
Simoni berakata: “Bagaimana dia boleh memadam usianya empat atau lima tahun, apatah lagi 12 tahun? Saya hanya tidak percaya. Dia berlari, menendang dan merempuh lawan seperti lelaki dalam lingkungan 20-an. Bersama Inter dia muncul 65 kali. Dia baik dan boleh dipercayai,” kata Simoni
Setelah bermain untuk kelab Inggeris kecil bernama Plymouth Argyle, pada 2008, West bersara di kelab Iran, Paykan FC. Dan dia kemudian memutuskan untuk bersara pada 2014.
Selepas bersara dia memilih untuk mendekatkan diri dengan tuhan dan menjadi pastor.