Kisah The Crazy Gang Mengukir Sejarah Wimbledon Dengan ‘Dark Art’

Bercakap tentang bola sepak Inggeris 90-an pastinya tak lengkap kalau tak bercerita tentang kelasakannya di luar padang dan di dalam padang. Oleh sebab itulah bola sepak Inggeris dianggap sangat keras dan fizikal pada masa itu.

Namun ada pada awal 90-an Liga Inggeris mulai melihat beberapa pemain yang dianggap sesuai dengan gaya moden dan lebih elegan seperti Steve McMahon, Ian Rush, John Barnes, Gary Lineker, Clive Allen dan King Eric Cantona.

Di sebalik nama nama pemain yang penuh skil ini, masih ada pemain yang sangat lasak dan ganas di atas padang.

Kuartet The Crazy Gang, dari Wimbledon FC, menjadi tumpuan dalam bola sepak Inggeris ketika itu. Mana tidaknya, gelagat empat pemain ini memang tidak dapat dinafikan apabila ramai yang mengetahui permainan kotor yang mereka mainkan, tetapi siapa yang peduli?

Mereka sekumpulan pemain  yang sanggup beramai ramai menayangkan punggung mereka di tengah lapangan hijau.

Bola sepak adalah permainan keras dengan sentuhan badan yang menghiasi permainan ini. Di bawah bimbingan Dave Basset, Wimbledon menjadi pasukan yang sangat lasak. Kerana pengurus itu tetap sama seperti pengurus lain, mahu pemain pemainnya mengekspresikan dirinya. Cuma 4 permain yang dia miliki iaitu Dennis Wise, John Fashanu, Lawrie Sanchez dan Vinnie Jones pula dikenali dengan sikap keras dan ganas mereka.

Mereka bukan sahaja berani di atas padang, sebaliknya mereka juga tak gerun terlibat dalam pergaduhan di pub dan di jalanan. Nama The Crazy Gang adalah nama paling sesuai diberikan media Inggeris terhadap mereka kerana mereka adalah kelompok pemain yang orang kata suka bergurau kasar dengan rakan dan pengurus mereka sendiri.

Pengurus Dave Basset sudah memberitahu, dalam bola sepak dia tak mementingkan permainan cantik. Dia mahukan kemenangan itu sahaja. Dan setiap kali mereka berdepan dengan pemain lawan yang cuba menunjukkan skil gelecekan dan kepantasan mereka, The Crazy Gang akan bertindak ganas, menakut nakutkan mereka dan berterusan memprovokasi mereka.

The Crazy Gang juga sentiasa membantah pengadil dan memberikan tekanan kepadanya. Seolah olah semua kekasaran mereka lakukan itu 50-50 dan bukan foul.

Pemain seperti Eric Cantona yang sangat berskil tinggi pada masa itu menjadi pujaan ramai. Namun dia adalah contoh pemain yang dibenci The Crazy Gang. Mereka mengancam akan mematahkan kaki pemain seperti ini jika menggelecek mereka dengan maneuver dan gerakan yang dianggap cuba memalukan mereka.

Menariknya, Cantona yang merupakan pemain yang turut tak takut dengan pergaduhan di atas padang, cuma berdiri tanpa berkata apa apa selepas menerima bentesan terbang itu. Kerana dia sedar, dia berdepan dengan Vinnie Jones yang memang gila.

Pada ketika itu pengadil lebih kelonggaran ke atas aksi lasak di atas padang atas alasan bola sepak memang sukan lelaki yang lasak. Bayangkan pada hari ini? Sudah tentunya The Crazy Gang akan terkena dengan VAR setiap minggu.

Vinnie Jones adalah kepala kepada The Crazy Gang ini. Dia paling ganas dan paling tak kisah dengan kad merah.

Dalam satu lagi momen ikonik, Vinnie Jones pernah memicit kemaluan Gaza, pemain yang bernama penuh Paul Gascoigne. Pada masa itu Gaza menjadi pemain dengan kebolehan yang benar-benar mengagumkan. Dalam perlawanan yang diadakan pada 6 Februari 1988 apabila Wimbledon FC menentang Newcastle United di Stadium Plough Lane.

Vinnie Jones dan Paul Gascoigne sering berdepan satu lawan satu kerana Jones ditugaskan merantai pemain itu. Bentesan keras dan siku daripada Vinnie Jones sering diterima oleh Paul Gascoigne.

Perkara yang sangat mengejutkan berlaku apabila Vinnie Jones sengaja memicit kemaluan Paul Gascoigne. Anda boleh lihat wajah Paul Gascoigne merengek apabila Vinnie Jones melakukan ini. Pada satu ketika Paul Gascoigne berkata bahawa dia terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Vinnie Jones. “Saya ingat selepas perlawanan, saya masih menggigil, saya terkejut,” kata Gascoigne.

Tetapi nampaknya Vinnie Jones juga mempunyai alasan tersendiri, dia berkata begitu “(Pada masa itu) sepakan percuma atau sesuatu dan saya tidak mahu (Gascoigne) mengambilnya (tendangan percuma). Biar dia senak.”

Pada 2019, kedua dua pemain itu bertemu semula dan mengingati semula detik gila itu. Kerana Gazza pun boleh tahan juga perangai dia atas padang dan di luar padang.

Selain itu, Vinnie Jones juga merupakan pemain yang memainkan peranan yang sangat penting apabila Wimbledon FC memenangi kejuaraan tertua di England iaitu Piala FA. Sebelum memasuki gelanggang, Vinnie Jones telah menakut-nakutkan Kenny Dalglish dengan berkata: “Saya akan potong telinga awak dan ludahkannya ke kubur awak.”

Sesetengah orang mungkin menganggap ini hanya gurauan, tetapi jika seorang ketua The Crazy Gang berkata demikian, akan masih terlintas di fikiran anda? menyangka itu hanya gurauan? Mungkin sesetengah orang akan menjawab ya. Ia tidak hanya berhenti di situ, tingkah laku ganas Vinnie Jones berterusan di padang hijau ketika perlawanan baru bermula, dia melakukan terjahan keras ke atas Steve McMahon, pemain lasak Liverpool.

Siapa yang tidak terkejut apabila pemain keras Liverpool itu mendapat terjahan kejam daripada pemain lawan, mungkin ini hanya dilakukan oleh Vinnie Jones.

Ternyata ini berjaya menjatuhkan pasukan yang banyak pencapaian ketika itu iaitu Liverpool. Vinnie Jones berjaya memainkan peranannya sebagai antagonis yang muncul di padang hijau.

Dan pada hari itu satu sejarah tercipta apabila pasukan kerdil Wimbledon telah menewaskan pasukan terbaik di England ketika itu yang sarat dengan bintang seperti Kenny Dalglish, Steve McMahon, dan John Barnes. Mereka melakukannya dengan cara mereka tersendiri. Memusnahkan bola sepak cantik Liverpool dengan cara provokatif dan aksi lasak sepanjang perlawanan.

Lebih ikonik, Puteri Diana menyerahkan trofi daripada acara bola sepak tertua negaranya, Piala FA, kepada sekumpulan pemain muda yang ganas THE CRAZY GANG!

Dave Barret sebenarnya bukan pengurus yang boleh mengawal pemainnya dengan kuasa autonomi seperti Sir Alex Ferguson. Oleh sebab itu dia membiarkan sahaja The Crazy Gang ini buat apa mereka suka. Kerana satu perkara yang pasti tentang mereka adalah mereka komited untuk menang di atas padang walaupun terpaksa bergadai nyawa.

Dan begitu juga cara mereka mencipta sejarah terulung dalam kelab mereka. Setelah memenangi promosi dari divisyen kedua, mereka memenangi pula Piala FA Inggeris yang cuma dianggap mimpi oleh penyokong mereka selama ini.

Namun kisah The Crazy Gang ini tinggal memori indah buat penyokong Wimbledon. Kerana beberapa tahun selepas itu, kelab itu telah bertukar kepada MK Dons atas kehendak pemilik baharu mereka. Sehingga ke hari ini, penyokong asal Wimbledon benci dengan MK Dons yang dianggap menghapuskan sejarah kelab mereka.

Dan siapa sangka Vinnie Jones telah beralih ke dunia perfileman Hollywood selepas era dia bermain bola sepak.