The Internation DOTA 2 sepatutnya dianjurkan di Sweden pada musim kali ini. Namun venue pertandingan terpaksa ditukar ke Bucharest atas beberapa sebab.
Sebab utama adalah, negara Sweden tidak menganggap Dota 2 sebagai sukan. Membuatkan SOP untuk covid 19 bagi acara tersebut sangat ketat dan tidak ada kelonggaran seperti sukan lain yang ada gelembung sukan.
The International Dota 2 Championships 2020
STOCKHOLM, SWEDEN
🇸🇪#Sweden pic.twitter.com/tIixqUHXgY
— Dota 2 (@dota2updates) August 25, 2019
TI sepatutnya diadakan pada tahun lalu namun dianjak ke tahun ini kerana pendemik. Malangnya, peminat Dota 2 di Sweden tidak dapat melihat bintang bintang Dota beraksi di negar mereka.
Dalam kenyataan oleh Valve, mereka menggariskan bahawa Sweden masih menjadi antara negara yang sangat ketat SOP berkaitan dengan perhimpunan awam.
Dota 2’s The International might not take place in Sweden after all https://t.co/cD73ELzYnt pic.twitter.com/GmretvZGxD
— The Verge (@verge) June 23, 2021
Namun ada beberapa acara sukan diberikan kelonggaran seperti bola sepak dan sebagainya. Di mana penonton yang ada vaksin penuh dibenarkan hadir.
Malang sekali untuk Dota 2, negara tersebut tidak mengiktirafnya sebagai sukan.
Valve sudah menegaskan bahawa mereka sedaya upaya memastikan bahawa TI akan tetap diadakan di Sweden. Dan meminta kerajaan negara tersebut memberikan kelonggaran kepada acara tersebut sama seperti acara elit sukan yang lain.
Kerajaan Sweden tolak eSukan sebagai acara sukan
Kemudian, pada pertengahan Jun 2021, Persatuan Sukan Sweden mengadakan undian tentang pengiktirafah Dota 2 sebagai sukan yang disebut e-Sukan. Malangnya, majoriti membantah ianya sebagai sukan dan hanya dianggap permainan / game sama seperti permainan catur dan sebagainya.
Ini bermakna, pemain pemain Dota 2 yang dari negara lain mahu memasuki Sweden, mereka akan menggunakan prosedur pelawat biasa bukannya atlet seperti mana atlet sukan lain.
Seterusnya, para penyokong yang hadir ke venue juga dikenakan syarat lebih ketat terutama sekali peminat yang datang dari luar negara.
In an explosive game 1, Team Spirit take the win from OG. As we go into game 2, OG is suddenly one loss away from tournament elimination. #TI10 pic.twitter.com/PRPw33PqzD
— The International (@dota2ti) October 15, 2021
Valve tidak berputus asa dan meminta Menteri Dalam Negeri Sweden untuk mengklasifikasikan semula TI sebagai acara sukan elit.
Malang sekali rayuan mereka terus ditolak oleh kerajaan Sweden. Kerajaan Sweden menyatakan: “Jika eSukan itu sukan, maka catur juga sukan.”
“Jika eSukan itu sukan, maka scrabble juga sukan.”
“Jika eSukan itu sukan, maka menyusun serpihan jigsaw juga sukan.”
“eSukan itu bukan sukan, sangat menghairankan ada sesetengah manusia pelik yang obses tentangnya dan menganggap ianya benar benar sukan, dengan alasan yang tidak masuk akal. Mereka mereka ini benar benar keliru tentang terma sukan.”
“Semangat yang sama itu dapat digunakan untuk mempromosikan idea bahawa permainan ini sama dengan masa dan perhatian orang ramai seperti ianya benar benar sukan. Fakta bahawa ianya bukan sukan sama sekali tidak relevan.”
“Seolah-olah … jika kebanyakan orang mengabaikan oren, tetapi epal sangat popular, adalah sangat gila untuk mula menegaskan bahawa oren itu sebenarnya adalah epal, dan semua orang mesti memakannya.”
Akhirnya pada Julai 2021, Valve mengumumkan mereka memindahkan venue pertandingan ke Bucharest, Romania.
Valve dalam kenyataannya berkata: “Kami sangat teruja mengumumkan The International 10 – Dota 2 Championships akan diadakan pada Oktober ini di Bucharest, Romania, dan pertarungan epik akan diadakan di stadium terbesar di Romania – Arena Nationala.
Peringkat kumpulan akan berlangsung 7 – 10 Oktober, manakala acara utama akan bermula 12 Oktober. Kemudian pada 17 Oktober, 2 pasukan terhebat di dunia dalam Dota 2 akan bertemu sesama mereka untuk merebut Aegis dan hadiah terkumpul bernilai $40,018,195 menanti mereka.
Kini TI sudah semakin menghampiri kemuncaknya. Siapa yang bakal dinobatkan juara TI kali ini?
After the week's battles, the possibilities for the next championship team have been narrowed to just a few outcomes. The bracket only tells a fraction of the tale — catch any games you may have missed by watching the VOD on https://t.co/6Ov8VdI0VQ. #TI10 pic.twitter.com/1xFxmOrK57
— The International (@dota2ti) October 16, 2021