Pada 1985, seorang gadis berusia 14 tahun, Cinnamon Brown mengaku bersalah membunuh ibunya. Namun setahun selepas itu dia mengubah pengakuannya kepada mengaku tidak bersalah.
Ini kerana dia mendedahkan bahawa ayahnya telah memanipulasinya untuk melakukan pembunuhan ke atas ibu tirinya untuk mendapatkan insurans nyawa dan mengahwini adik iparnya yang masih remaja.
Kejadian berlaku pada awal pagi 19 Mac 1985, apabila Cinnamon Brown menyelinap masuk ke dalam bilik ibu tirinya, Linda Brown yang sedang tidur.
Dia terus menembah ibunya di bahagian dada diikuti tembakan kedua yang dianggap tembakan yang mematikan mangsa.
Ayah durjana arahkan anak sendiri untuk membunuh
Apa yang mengejutkan semua ini dirancang oleh ayah kandungnya. Di mana dia memberitahu Cinnamon Brown bahawa dia akan melakukan sedaya upayanya untuk mengelakkan anaknya itu daripada dipenjara. Atas alasan dia masih lagi kanak kanak.
Ketika dibacakan pertuduhan Cinnamon Brown hanya mengangguk faham dan dia menitiskan air matanya. Dan ternyata apa yang dikatakan ayahnya adalah tidak benar. Kerana dia dijatuhi hukuman penjara 27 tahun atas kesalahannya.
Cinnamon kemudian mendengar ayahnya sedang berseronok dengan kekasih barunya yang merupakan adik iparnya sendiri sebelum ini. Mereka memang ada skandal. Remaja itu bernama Patti Brown. Mereka hidup mewah selepas ayahnya mendapat wang insurans nyawa ibu tirinya itu.
Setelah dia mendapat tahu cerita itu, dia akhirnya sedia memberitahu dunia kisah sebenar. Dan mendedahkan bahawa ayahnya yang mengarahkannya membunuh, dan memanipulasinya.
Cinnamon menyatakan pembunuhan itu secara tak langsung dilakukan ayahnya. Dan dia hanya dipergunakan kerana terlalu naif.
Memanipulasi anak dan adik ipar
Ayahnya turut memanipulasi Patti Brown pada masa itu. Dia memberitahu dua anak remaja itu bahawa Linda Brown dan abang Linda sedang merancang untuk membunuhnya untuk merampas perniagaannya. Dia meraih simpati anaknya dan Patti Brown dengan menyatakan untuk mereka mengelak tragedi itu mereka harus membunuh Linda terlebih dahulu.
Dia memberitahu anaknya: “Jika kamu sayang ayah, tolong lakukannya demi ayah.” Menurut Cinnamon itu adalah ayat yang berkali kali digunakan ayahnya untuk mempengaruhinya. Ayah dia berkata dia sudah membuat kajian bahawa kes sebegitu tidak akan ke penjara sebaliknya dia akan dihantar ke rumah psikiatrik dan boleh balik ke rumah seperti biasa selepas selesai.
Patti pula memang dah lama mencintai David Brown sejak dia berpindah ke rumah kakaknya ketika berusia 11 tahun. Dia terus crush teruk dengan Si David ini.
Patti yang berusia 17 tahun menganggap Linda halangan cintanya kepada David. Patti gadis remaja bermasalah. Dibesarkan oleh ibu kaki botol dan didera secara seksual oleh abangnya sendiri. Jadi dia sangat benci dengan Linda dan abangnya dan mahu mereka mati.
Selepas dia berpindah ke rumah David pada usianya sangat muda, dia sudah dicabuli oleh David. Dia anggap perbuatan itu normal dan atas dasar cinta. Kemudian dia merasakan David memberikan dia segalanya.
Dalam pengakuannya, Patti berkata: “Saya intat ianya sentuhan biasa, benda normal dalam rumah. Lama kelamaan saya jatuh cinta.”
Kerana insurans nyawa
David kemudian membeli insurans nyawa secara senyap senyap untuk isterinya. Bukan satu tetapi beberapa insurans yang dianggap senang untuk diklaim.
Menurut laporan mahkamah, keseluruhan insurans nyawa yang dia terima masa itu adalah $842,793. Angka yang sangat besar pada tahun 80-an.
Cinnamon mendedahkan, pada hari pembunuhan, ayah dia memberitahu: “Sayang ianya harus dilakukan malam ini.” Dia terus menyerahkan senjata api kepada anaknya. Dia berkata jika tidak, nyawa dia akan dicabut oleh Linda dan abangnya.
Beberapa bulan sebelum pemunuhan, David telah mengarahkan Cinnamon menulis beberapa nota bunuh diri agar mahkamah percaya anak dia ada masalah mental.
Ketika anaknya bersedia melakukan pembunuhan, David pergi ke pasaraya berdekatan untuk memastikan dia ada alibi.
Selepas pembunuhan berlaku dia memberitahu pegawai polis dia meninggalkan rumah malam itu kerana tak tahan mendengar anak dan isterinya bergaduh.
Cinnamon ditangkap polis di garaj belakang rumah dengan ada muntah dan mengikat dirinya dengan nota di tangannya bertulis: “Kepada Tuhan, maafkan aku, saya tak bermaksud nak menyakitinya.”
Hasil siasatan, Cinnamon turut didapati overdose barang terlarang dipercayai atas arahan ayahnya.
Detektif menyatakan bahawa sebenarnya ayahnya juga mahu anaknya itu mati terus kerana overdos selepas membunuh ibunya. Namun itu tidak berlaku.
Cinnamon kemudian mengakui dia diberikan dadah oleh ayahnya namun ketika itu dia tak boleh membuka mulut kerana itu akan menghalangnya daripada mengelak penjara. Tanpa dia sedar dadah diberikan ayahnya itu sebenarnya untuk membunuhnya sekali.
Ketika di penjara, Cinnamon pernah dilawat ayahnya dan menuduh ayahnya menipu. Ayahnya meyakinkannya bahawa dia akan memastikan Patti akan mengakui membunuh kakaknya dan Cinnamon akan dibebaskan.
Malangnya, Cinnamon sudah tak tahan dengan drama ayahnya telah mengubah pengakuannya. Patti ditahan dan memmberikan kerjasama kepada polis. David Brown menafikan kesemuanya. Dan menuduh anaknya memang ada masalah mental dan membuat cerita. Dia juga menuduh Cinnamon dan Patti berkomplot mahu menjatuhkannya.
Ketika di penjara dia turut cuba membunuh Patti dan 2 pendakwaraya untuk melengahkan perbicaraan kesnya yang dianggap akan memberikannya kelebihan. Dia menawarkan USD500 ribu kepada banduan sebilik dengannya, Steinhart untuk melakukannya.
Namun Steinhart bertemu pendakwaraya tersebut dan bersetuju untuk merakamkan perbualan lanjut mereka. Akhirnya dia didapati membuat pengakuan dia yang membunuh isterinya dan cuba membunuh saksi kejadian dan pendakwaraya.
Pada 1990, perbicaraan kes tersebut dibuat. Cinnamon dan Patti membuat pengakuan bahawa David Brown adalah dalang pembunuhan Linda Brown. Dan dia dihukum penjara seumur hidup tanpa sebarang parol. Dan dia mati pada 2014.
Patti dibawa ke mahkamah Juvana atas tuduhan bersubahat membunuh kakaknya. Dia diarahkan menjalani pemulihan.
Cinnamon Brown meringkuk 7 tahun dalam penjara sebelum dibebaskan. Dia berjaya menamatkan pengajian dalam diploma dengan kepujian tinggi dalam bidang kesenian. Dia diberikan parol pada 1992.
Ketika perbicaraan berlangsung Cinnamon memberitahu: “Atas dasar sangat percayakan ayah saya sendiri, telah membuatkan saya membunuh Linda Brown. Saya sayangkan dia sebagai ayah. Saya tak nak kehilangan ayah saya. Tetapi kenapa ayah memberitahu saya untuk melakukan perkara yang tidak betul?”
Dan kisah mereka difilemkan dalam Love, Lies and Murder.