Kisah Trio Legenda 3R Yang Menulis Lembaran Indah Dalam Sejarah Brazil

Dalam sebuah kolum oleh media berbahasa Inggeris, ditulis, Brazil harus ditulis BRRRAZIL! Kerana mereka ada 3R.

3R merujuk kepada gandingan maut Ronaldo, Rivaldo dan Ronaldinho yang bermain dalam satu pasukan yang sama di zon serangan.

Secara kasarnya, Brazil juga boleh dikatakan memiliki 4R kerana ada Roberto Carlos dan kemudian ada juga Robinho selepas itu. Namun sebenarnya trio 3R ini adalah trio yang dijenamakan oleh Brazil ketika Piala Dunia 2002.

Dalam bola sepak biasanya kita hanya akan menyebut trio seperti ini berdasarkan pemain yang bermain di zon yang sama. Sama ada di serangan ataupun di pertahanan.

Dalam situasi Brazil, mereka ada 3 pemain yang merajai zon serangan dengan 3R pada ketika itu.

Gandingan ini 15 daripada 18 gol Brazil dalam satu temasya Piala Dunia. Dianggap gandingan dengan sumbangan gol tertinggi dalam sejarah Brazil.

3R melengkapkan reputasi mereka sebagai sebahagian penting sejarah Brazil dengan membantu negara tersebut memenangi Piala Dunia kelima ketika menang ke atas Jerman pada temasya Piala Dunia 2002. Menjadikan Brazil sebagai negara paling dominan dalam sejarah bola sepak dengan piala dunia terbanyak.

Di mana dalam aksi final menentang Jerman, Rivaldo dan Ronaldo bergandingan dua kali untuk menewaskan penjaga gol terbaik kejohanan itu, Oliver Kahn, yang sebelum itu hanya membenarkan satu gol melepasinya dalam enam perlawanan.

Pada minit ke-67, Rivaldo melepaskan screamer kaki kiri yang melantun dari dada Kahn, dan Ronaldo merembat masuk untuk menyambarnya untuk mendahului 1-0.

Dua belas minit kemudian, Kleberson menghantar bola lintang dari kanan ke Rivaldo, dan penyerang Barcelona itu menewaskan pertahanan.

Bola ditolak kepada Ronaldo, yang tenang menyempurnakannya dari jarak 12 meter untuk menenangkan sedikit tekanan kepada Brazil pada minit ke-79.

Lapan gol Ronaldo dalam kejohanan itu memberikannya anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dan merupakan jumlah tertinggi dalam Piala Dunia sejak 1970.

Rivaldo menambah lima gol, manakala Ronaldinho menjaringkan dua gol dan satu daripadanya adalah gol epik menentang England yang ikonik dalam sejarah Brazil dalam Piala Dunia.

3R telah menghidupkan semula “seni bola sepak” yang dipertahankan oleh ramai rakyat Brazil terhadap pengkritik yang menyifatkan negara itu sudah ketinggalan zaman dalam permainan bola sepak.

Ini kerana Brazil masih berpegang kepada seni ginga ataupun bola sepak ala samba yang memberikan kebebasan kepada pemain pemainnya untuk mengekspresikan diri mereka secara individu.

Dalam pasukan Brazil apabila seseorang pemain itu berjaya menunjukkan skil, mereka akan dipuji oleh rakan sepasukan serta peminat mereka. Kerana bagi mereka, bola sepak bukan sekadar mengejar piala namun elemen hiburan tetap harus dipelihara.

Berbeza dengan bola sepak eropah yang lebih taktikal secara berpasukan. Pemain yang suka menunjukkan skil akan dikecam jika skil mereka gagal. Ia berbeza dengan Brazil, yang menganggap, pemain membuat skil itu bukan satu dosa.

Brazil membuktikan kepada dunia, mereka masih pasukan yang mampu memenangi Piala Dunia dengan cara mereka sendiri. Dengan bola sepak berseni individu. Namun semua ini tidak akan mampu dicapai ketika itu tanpa 3R.

Ronaldo dianggap kejutan terbesar apabila jurulatih Luiz Felipe Scolari menamakannya ke skuad pada Mei, ramai yang terbuka ragu-ragu bahawa penyerang Inter yang ketika itu berusia 25 tahun itu.

Ini kerana sepanjang musim itu dia hanya berada di bilik rawatan. Dia terpaksa menghubungi Scolari secara individu, merayu pengurus itu memberikan vice versa kepadanya untuk bermain dalam Piala Dunia 2002.

Piala Dunia 2002 awalnya bukan dianggap Piala Dunia Ronaldo. Kerana Piala Dunia Ronaldo adalah 1998 yang sudah dirampas oleh Zidane.

Tetapi akhirnya Ronaldo menjadikan Piala Dunia 2002 sebagai Piala Dunia Ronaldo sebenar.

Baru pulih selepas pembedahan lutut, Ronaldo bermain dengan sangat luar biasa. Dia lebih rajin dan lebih banyak berlari daripada biasa.

Selepas tamat latihan, Ronaldo akan meluangkan masa berjam jam di pusat latihan untuk mendapatkan semula sentuhan penyudahnya. Ia, bunyinya lebih kepada disiplin seorang pemain Eropah.

Ronaldo ketika itu berkata “Saya telah bekerja selama dua setengah tahun untuk kembali daripada kecederaan ini. Gol-gol itu dijaringkan menerusi usaha kami”.

Rivaldo, juga pemain yang baru pulih daripada ligamen lutut dan disashkan cergas hanya beberapa minggu sebelum Piala Dunia bermula.

Rivaldo sebelum itu sering dikecam kerana hanya beraksi baik di kelab dan tidak bersungguh sungguh ketika tugasan kebangsaan dalam setahun tersebut.

Namun Rivaldo menjawab mulut mengkritik denga menjaringkan gol dalam setiap gol pertama lima permainan, termasuk gol dengan trap control, turning dan voli ke atas Belgium yang dianggap memang tipikal gol Rivaldo.

Rivaldo🇧🇷 magical goal 🆚️ Belgium🇧🇪 in 2002🌏🏆

Posted by Golden Era. A Football History on Tuesday, April 21, 2020

Ronaldinho, ketika itu baru berusia 22 tahun, dianggap adik bongsu dalam 3R ini. Dan sudah menjadi bintang utama yang menarik perhatian media berbanding dengan dua lagi abangnya yang hadir ke Piala Dunia sebagai pemain dengan status bergelut dengan kecergasan.

Semusim bersama Paris Saint-Germain menambah kekuatan dan skil serta kemahiran pengendalian bolanya yang ajaib. Permainan cemerlangnya menyelamatkan kempen kelayakan Brazil.

Selepas permulaan yang perlahan di Piala Dunia, Ronaldinho meledak dalam kemenangan suku akhir 2-1 menentang England. Larian solo 40 meternya membantu Rivaldo mendapat gol pertama, dan dia menambah gol kemenangan menerusi sepakan percuma tepat ke sudut atas dari jarak 30 meter.

Empat tahun lalu, Ronaldinho berusia 18 tahun dan menonton di televisyen ketika Brazil tewas 3-0 kepada Perancis dalam perlawanan akhir Piala. Semasa Ronaldo dan Rivaldo sugul. Ronaldinho menganggap dia bukan datang ke Piala Dunia untuk membalas dendam kegagalan tetapi untuk memenuhi impian.

“Ia bukan balas dendam,” katanya. “Ia adalah pemenuhan impian,” tegas Ronaldinho.

Baca yang lain