Terdapat satu kisah yang mengejutkan berlaku pada 1874. Dan ianya disahkan sebagai kisah benar.
Seorang gadis bernama Blanche Monnier merupakan seorang sosialit yang tinggal di Paris.
Dia dipuja kerana rupa parasnya yang sangat cantik. Namun kisahnya agak tragis sehingga digelar “La Séquestrée de Poitiers” yang bermaksud “Wanita Terkurung Poitiers”.
Kisah di sebalik gelaran tersebut bermula dengan kisah cinta yang berakhir dengan tragedi.
Monnier berasal dari keluarga kaya dan dihormati dari Poitiers.
Pada usia 25 tahun dia jatuh cinta dengan seorang peguam yang tidak berharta.
Ini telah membuatkan ibunya, Louise Monnier sangat kecewa. Kerana dia mahu Blanche berkahwin dengan lelaki kaya dan terkenal dari golongan bangsawan.
Namun, Blanche enggan berputus asa dengan cintanya dan setia dengan kekasihnya.
Kesetiaan itu mengakibatkan ibunya telah mengurung dan memenjarakannay di dalam bilik di tingkat atas rumah agam mereka dan mengunci kakinya di katil.
Blanche pada awalnya menjangkakan hukuman itu hanyalah untuk beberapa hari.
Namun dia tak menyangka bahawa hukuman itu akan kekal selama 26 tahun. Ibunya hanya akan membebaskannya jika Blanche setuju untuk putus cinta dengan kekasihnya. Itu tidak berlaku.
Kerana Blanche sangat setia. Ibunya tidak mahu mengalah, begitu juga dengan Blanche.
Ibunya cuma memberikan sisa makanan kepada Blanche yang membuatkan dia berhadapan dengan masalah kekurangan zat.
Semasa berada di dalam bilik ini, Louise dan abang Blache, Marcel, sentiasa memberitahu orang ramai yang bertanya, bahawa Blanche baru sahaja melarikan diri.
Keluarga itu mempunyai reputasi yang baik, kerana mereka menderma kepada badan amal, dan dianggap sebagai orang yang bijak dan rajin.
Pada bulan Mei 1909, peguam negara Paris menerima surat tanpa nama yang memberitahu butiran keadaan Blanche. Dia sangat terkejut, dan dia mengarahkan supaya polis pergi ke rumah agam Monnier dengan segera.
Apabila naik ke tingkat atas, mereka terhidu bau busuk dari bilik dengan pintu berkunci. Mereka memecahkan pintu untuk mencari Blanche, yang berada di atas katil yang dikelilingi dengan najisnya sendiri, makanan busuk, serangga, pepijat dan tikus.
Baunya sangat busuk, polis memecahkan tingkap itu, yang telah ditutup selama 26 tahun yang lalu, bermakna Blanch tinggal dalam keadaan gelap gelita sepanjang masa itu.
Louise dan Marcel telah ditangkap. Marcel didapati tidak mampu secara mental untuk menghadapi perbicaraan.
Louise meninggal dunia akibat serangan jantung 2 minggu selepas penemuan anak perempuannya oleh pihak berkuasa.
Blanche telah dibawa ke sebuah institusi psikiatri, di mana dia mengalami gangguan mental sepanjang hidupnya.
Dia meninggal dunia pada tahun 1913. Dia tidak pernah berputus asa dengan kekasihnya, walaupun di dalam tahanan keluarganya sendiri serta sehingga dia mati.
Apa yang pasti kisahnya sangat menyedihkan. Kekejaman dan jenayah dilakukan keluarga sendiri.
Imej yang dilakar adalah imej Blanche sebelum dan selepas penawanannya. Ia adalah imej sebenar.
Namun, sehingga hari ini, tiada siapa yang menemui siapa yang menghantar nota itu kepada peguam negara.