“Kita Berhempas Pulas, Pemain Lazio Pula Tengok Sambil Merokok Bersama Sarri Di Rumah” – Mourinho

Jose Mourinho ternyata tidak gembira dengan prestasi beberapa pemainnya dalam aksi berdepan dengan Vitesse pada UECL / Uefa Conference League / Liga Persidangan Eropah.

Namun dia tetap percaya pasukannya layak untuk mara ke pusingan seterusnya.

AS Roma terikat 1-1 dengan Vitesse dan menang secara agregat 2-1.

Mourinho berkata: “Vitesse melakukannya dengan sangat baik, tetapi dalam dua perlawanan itu kami layak mendapat apa kami dapat [layak ke pusingan seterusnya]. ”

Mourinho memberitahu bahawa beliau terpaksa mengorbankan skuad depth beliau untuk permainan ini. Kerana Mourinho menganggap keputusan 1-0 daripada perlawanan pertama adalah tidak selamat.

Keadaan itu membuatkan mereka tidak boleh menggilirkan pemain dengan lebih banyak untuk aksi derbi. Mereka terpaksa menurunkan pasukan terkuat untuk berdepan Vitesse yang sangat bahaya.

“Saya minta maaf kerana telah menggunakan begitu ramai pemain yang akan beraksi dalam perlawanan derbi pada hari Ahad ini. Kerana akhirnya seseorang harus balik [bungkus / tersingkir] dan seorang lagi akan pergi ke undian. Kami akan pergi ke undian.”

AS Roma tidak beraksi pada tahap terbaik. Mujur Tammy Abraham membantu pasukannya untuk mengikat Vitesse seterusnya mencipta kemenangan secara agregat.

Kemenangan secara agregat ini sangat penting menjelang aksi derbi menentang Lazio pada hujung minggu ini.

Mourinho berkata: “Sekali lagi Roma menjaringkan gol pada minit akhir. Apakah maksudnya?“

“Pasukan ini mempunyai had tertentu pada tahap yang berbeza . Tetapi jika beberapa bulan lalu seseorang bercakap tentang kami mengatakan bahawa kami tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal keputusan, kini mereka akan berkata sebaliknya, mereka bercakap tentang keupayaan kami untuk bertarung dalam perlawanan, kemampuan mengendalikan tekanan tekahan sehingga minit akhir.”

“Keputusan 1-0 [agregat daripada perlawanan pertama] ke atas Vitesse adalah keputusan yang berbahaya, mereka pasukan boleh bermain dengan bijak dan menunggu masa tambahan, tetapi kami bermain untuk menamatkan permainan lebih awal.”

Kemudian Mourinho tidak teragak agak memuji pihak lawan.

“Syabas, itu harus saya katakan kepada mereka. Saya tidak tahu nama jurulatih mereka, dia sangat bagus, kalau kamu nak saya beritahu padangan saya tentang mereka … mereka hebat, saya gembira kami melepasi cabaran getir pusingan ini.”

Seterusnya Mouriho menyatakan dia kurang gembira apabila memikirkan terpaksa menggunakan ramai pemain utama kerana mereka masih ada derbi pada Ahad. Sedangkan pemain pemain Lazio dan Sarri sedang berehat di rumah.

Mourinho menambah, para pemain Lazio dan Sarri pasti gembira melihat pasukannya berhempas pulas pada aksi kedua menentang Vitesse sambil mereka menikmati rehat secukupnya sambil merokong.

“Tetapi saya tidak gembira bermain dengan penggunaan ramai pemain yang akan diperlukan untuk turun padang sekali lagi pada hari Ahad — manakala mereka, pemain pemain di Lazio berada di rumah menghisap rokok bersama dengan Sarri,” kata Mourinho berseloroh merujuk kepada tabiat Sarri yang merupakan perokok tegar.

“Kami menyediakan taktikal permainan untuk memenangi perlawanan, bukan untuk mengawal keputusan. Jelas sekali ianya berlaku ketika gol dijaringkan [pemain Vitesse] untuk 1-0 oleh seorang pemain yang hebat, mereka tidak mencipta apa-apa pun sepanjang perlawanan ini.”

Mourinho kemudian menyatakan bahawa pasukan mereka berjaya memperbaiki aspek bertahan. Walaupun di bek sisi, mereka bergelut. Namun secara keseluruhannya mereka berjaya bertahan dengan baik. Masalah utama Roma bagi Mourinho adalah di zon serangan.

“3 perkara yang kami berjaya perbaiki: bola mati, sokongan dari segi depth [rakan dari belakang] dan bola kedua serta kestabilan apabila kami kehilangan bola.”

“Kami melakukan banyak kesilapan secara teknikal, tetapi di bahagian pertahanan kami bermain dengan baik.”

“Kami juga tak begitu bagus di final third. Penyerang kehilangan semua bola, di bahagian tengah yang sama. Bek sisi kami melakukan banyak sekali kesilapan.”

“Saya minta maaf untuk mereka [kerana berterus terang], tetapi kami layak mendapatkan hasil ini selepas aksi kami dalam dua perlawanan.”

“Sekarang kita fokus tentang derbi. Maurizio berada di rumah merokok – saya katakan itu dengan penuh kasih sayang saya kepadanya, harap jangan ada salah faham.”

“Sekarang saya perlu pulang ke rumah dan berfikir tentang cara memulihkan pemain yang keletihan.”

Lazio Umum Sarri Guna Emoji Rokok, Ini Kisah Chelsea Bina ‘Smoking Area’ Buat Perokok 60 Batang Sehari

Ketika Sarri sah menguruskan Lazio, kelab itu telah mengumumkan pengurus baharu mereka dengan emoji rokok. Aquilotti kemudian memuat naik pengumuman rasmi sebaik sahaja memuat naik emoji itu.

Sarri menggantikan Simone Inzaghi yang menerima tawaran Inter Milan. Sarri mendapat kontrak sehingga 2023 di Lazio.

Sarri memang dikenali dengan kisah sebagai perokok tegar. Dia malah diberikan amaran oleh Premier League agar tidak merokok di hadapan kamera.

Itu yang membuatkan Sarri mengunyah nikotin ketika berada di tepi padang. Sarri kemudian dilaporkan sangat kecewa dengan peraturan ketat di Chelsea itu.

Lebih menarik, akhirnya Chelsea  membina ruang merokok khas buat Sarri di Stamford Bridge. Ini kerana mereka tidak mahu Sarri merokok di mana mana. Kerana ianya boleh menjejaskan imej Chelsea di mata penaja. Sebagai kelab yang disokong semua peringkat umur.

Itu adalah pertama kali dalam sejarah Chelsea mereka membina zon merokok khas di dalam kompleks sukan mereka.

Namun di Itali ianya lebih toleransi. Di mana Sarri kerap dilihat merokok di mana mana. Walaupun tidak secara terang terangan ketika perlawanan berlangsung.

Sarri gemar merokok ketika rehat separuh masa, ketika perlawanan tamat, ketika memantau sesi pemanasan badan dan sebagainya.

Pengurus Itali memang dikenali dengan sikap mereka yang agak gila dalam soal rokok. Carlo Ancelotti pernah mendapat amaran daripada Bayern Munich kerana merokok di dalam bilik pejabat sesuka hatinya. Dia juga selamber merokok ketika mengendalikan sesi latihan.

Namun Ancelotti menerima larangan itu dan menganggap ia demi kebaikan dia juga sambil menyatakan isterinya suka dengan peraturan tersebut.

Sarri dan rokok

Rokok merupakan objek yang berbentuk silinder yang diisi dengan tembakau yang telah dicampur lebih 4000 bahan kimia. Rokok dihisap mampu memberi kesan tertentu kepada penggunanya. Ukuran dan diameter rokok bergantung kepada jenis dan juga negara di mana rokok dihasilkan.

Kebiasaannya rokok berukuran panjang sekitar 10cm hingga 12cm dengan diameter sekitar 0.7cm sehingga 1cm. Mengikut amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan!

Pengurus asal Itali, Maurizio Sarri yang terkenal sebagai seorang perokok tegar telah cuba meraikan kejayaan UEL  bersama Chelsea – yang juga trofi pertamanya – dengan menghisap sebatang rokok dan kemudan cerut(cigar).

Lihat reaksi Sarri mendapat stok cerutnya. Gembira semacam. Dah macam orang dapat tahun dia lulus i-sinar.

Ramai menganggap detik Sarri menghisap rokok itu memang ikonik. Dia meraikan pialanya dengan perkara yang paling dia suka di dunia.

 

Bekas pegawai bank ini bukan hanya dikenali dengan cara permainan ‘Sarriball’nya sahaja tetapi tabiat merokoknya bukan lagi rahsia.

Sarri telah mengakui bahawa beliau menghisap rokok sebanyak 4 kotak sehari dan sukar untuk dikawal ketagihannya itu.

“Aku hisap rokok 60 batang sehari, mungkin lebih atau kurang.” Dedah Sarri kepada La Nuova Riviera.”

“Aku tak rasa nak merokok semasa perlawanan tetapi sejurus selepas perlawanan memang aku kena hisap rokok. Tidak sangap cuk!.”

“Aku mempunyai masalah sakit belakang seminggu ini, tapi sekarang dah rasa elok.”

Agak power sebenarnya jumlah batang rokok yang disedut Sarri dalam sehari. Malah ada sumber menyatakan bahawa dia sebenarnya mampu merokok 80 batang rokok sehari kalau tidak ada kerja lain dibuat.

Namun kita harap Sarri akan mengubah tabiatnya itu. Kerana rokok sangat bahaya untuk kesihatan. Banyak implikasi negatif kepada organ kita.

Baca yang lain