Hari ini kita bangun pagi, gosok gigi, terus tengok kenyataan legenda Khalid Ali.
Beliau mempersoalkan, apa relevannya Safawi menarik diri dari Sukan SEA?
https://twitter.com/ArenaHM/status/1197688648143118337?s=19
Sebelum itu, aku nak kata ini hanyalah pandangan peribadi aku. Dan aku meraikan pandangan korang. Dengan syarat kalau kita tak sependapat kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Tak suka aku komen bergaduh gaduh ni kan.
Baiklah sambung…
Itulah realiti di negara kita. Bukan nak menafikan pandangan beliau secara total. Kerana Khalid Ali pastinya bercakap kerana nak Malaysia lebih kuat.
Di sini kita kena faham. Pemain senior dan pemain muda dalam konteks bola sepak secara lebih besar. Bukannya sekadar pada umur semata-mata.
Apabila dia sudah stabil dengan pasukan kebangsaan maksudnya dia adalah pemain senior. Lainlah kalau dia kena panggil pun tapi banyak duduk bench di skuad kebangsaan. Itu kes lain.
Sekali lagi aku tegaskan, seseorang pemain itu sudah menjadi pemain utama – terutama sekali first 11 skuad senior maka dia adalah pemain senior, tak kisahlah dia berumur 19 tahun sekalipun.
Kylian Mbappe, Gianluigi Donnarumma antara peminat yang sangat muda menempatkan diri mereka dalam pasukan utama.
Dari segi umur pastinya mereka masih muda. Baru 20 tahun. Dari segi status mereka adalah pemain senior.
Bola sepak Sukan SEA adalah pertarungan di antara pemain muda dengan campuran beberapa pemain senior.
Ia bukan kejohanan kompetitif. Namun ia tetap berprestij.
Dari sudut pengurusan bola sepak, Safawi sebenarnya sudah tak perlu komited kepada pasukan belia.
Sebelum ini pelik juga dengar apabila ada media melaporkan Tan Cheng Hoe kena minta kebenaran Ong Kim Swee kalau nak pakai beberapa pemain belia.
Ahhh, come on. Tujuan mereka berada di pasukan beliau ataupun skuad B, Adalah untuk dinaikkan pangkat ke pasukan utama.
Masa kejohanan Piala Konfederasi sebelum ini, pemain muda Portugal Renato Sanches ditolak ke skuad Piala Dunia B-21. Fernando Santos tak ada halangan nak panggil ataupun keluarkan Renato.
Korang dah takkan lihat Mbappe bermain untuk skuad belia Perancis.
Mungkin agak naif kita nak cakap, kenapa nak bandingkan dengan Perancis?
Itulah bola sepak. Pembangunan pemain itu dibuat supaya mereka mencapai potensi atau tahap tertinggi dalam karier. Misalnya menjadi pemain utama skuad senior kebangsaan.
Sebab itu ada pemain terus dapat kontrak baharu apabila buat debut kompetitif dengan pasukan senior.
Mereka ini sudah tak perlukan pasukan pembangunan. Bagi kat orang lain pula menggunakan slot yang ada.
Lainlah kalau mereka bukan pemain regular dalam kesebelasan utama. Itu tiada masalah.
Safawi Rasid musim ni banyak dah game dia di peringkat kelab dan negara. Dan selayaknya dia berehat serta recover sebaik mungkin takut nanti overuse.
Rasanya tiada isu dia penat ke tak. Sebab pemain bola sepak ni sukakan banyak minit. Namun apabila overuse Kita akan mendedahkan beliau kepada isu seperti kecederaan dan juga menutup pintu kepada pemain lain.
Dan ini juga peluang untuk pemain lain. Gunakanlah sebaiknya. Ingat senang nak dapat peluang.
Tapi itulah juga realiti peminat di Malaysia. Kita terlalu menekankan result untuk pasukan belia.
Tak salah nak kejar result tetapi aspek penting bola sepak melibatkan pembangunan pemain itu jangan diabaikan.
Selamat maju jaya kepada skuad Sukan SEA.